derhaka. sebuah catitan untuk kawan-kawan perempuan.


Aku selalu bilang, sebelum bertindak kita fikir dulu. Kalau sedang berjalan kita berhenti. Kalau sedang bercakap kita diam. Suluh dalam-dalam ke jurang sanubari kita. Apa benar tindakan kita? Apa betul kelaku kita? Punca masalah sebenarnya dari siapa? Dari orang? Kalau kita fikir salah itu datang dari orang lain, tanyakan kembali kepada diri apa benar salah itu bukan dari kita? Atau barangkali salah itu salah kita, cuma kita merasa terlalu malu mahu mengaku salah. Terlalu mahal perasaan bersalah itu untuk mencari tapak di dalam sanubari kita lalu ditempatkan ia di atas bahu orang lain.

Suluh dalam-dalam.

Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, terus diterkam orang yang kita anggap salah. Kita terus jatuhkan hukum. Padan muka. Biar koyak perasaan engkau.

Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, terus dicapai kunci, memacu laju motokar hitamnya. Biar diri dicari-cari kononnya. Biar dia tahu bagaimana rasanya bila kita hilang.

Tetapi kemudian, perasaan orang perempuan sebenarnya akan lebih koyak lagi. Keadaan tidak makin baik, malah sebenarnya semakin kusut.

Lumrah manusia. Selalu nak menang. Tercalar maruah kalau kalah. Jadi dipertahan ego yang tinggi melangit. Dipertaruhkan damai semata kerana mahu menang. Padahal sebenarnya kalau kita mahukan kemenangan, kita harus mengalah.

Sungguh.

Mengalah dulu. Beri menang kepada yang berhak. Tidak lama lagi kemenangan untuk kita akan jadi milik yang mutlak. Kalah dulu tak apa-apa.

Biarlah kalah di mata manusia.
Biar tercalar kita menangung sebal kerana meruntuhkan ego setinggi langit.
Biar.
Biar.
Biar.

Kalah kita hadiah untuk dia.
Hadiah untuk dia yang sepatutnya kita rajakan.
Hadiah kita, menang kita, tibanya kemudian.

Bila?

Saat tuhan memandang kita dengan penuh kasih sayang.
Saat kita diberi pahala atas sabar.
Saat kita berjaya melawan keinginan untuk berlaku durhaka.
Saat syaitan dan iblis menangis atas kuat dan teguh pendirian kita.

Mengalah itu tak apa-apa.
Percaya lah !




Ulasan

ika berkata…
betul..hope karma will slap him on the face and kick him the ass...

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.