Buang Keluarga.


Demi cinta.
Demi janji hidup selamanya.
Kau buang keluarga.
Terajang ibu bapa.
Adik beradik kau sumpah ke neraka.

Apa hebatnya kau tanpa mereka?
Apa bagusnya kau tanpa jagaan mereka?
Siapa kau tanpa nama bapa?
Siapa kau tanpa ibu yang bertarung nyawa.

Demi cinta.
Demi kasih sayang gila.
Kau buang segalanya.
Demi kejar dunia.
Kau dan dia.

Hebatkah kau yang kini anak derhaka?
Hebatkah kau sebab agungkan cinta?

Cinta itu palsu.
Kelak kau juga lesu.
Adakah kau akan pulang menemui keluarga yang kau tidak mahu?
Malu mengaku.



Ulasan

ain izzati berkata…
cinta tanpa restu ibu bapa dan keluarga takkan kekal dan bahagia . restu ibu bapa penting

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.