Catatan

PROMOSI BULAN DISEMBER 2015

Imej

PROMOSI 3 BUKU RM50 POSTEJ PERCUMA!

Imej

Akak SK membebel: BAHAGIA

Hidup ni, dah cukup asam-garam-gula nya. Kita cuma perlukan bahan-bahan yang lain untuk melengkapkannya menjadi menu yang kita idamkan.  Kita akan merasa bahagia apabila kita merasa cukup dengan apa yang ada. Berhentilah mencongak congak apa yang kita tak ada. Berhentilah membanding bandingkan hidup kita dengan hidup orang. Bahan bahan untuk buat tomyam manakan sama dengan bahan untuk buat rendang. Bergembira dan hargailah apa yang ada di depan mata.  Orang putih ada kata, padang orang memang selalunya akan nampak lebih hijau dari padang sendiri. Tapi cuba kau pergi dekat dekat. Padang yang kau nampak hijau dari jauh tu pun sebenarnya tak rata, berlopak lopak. Padang hijau yang nampak cantik tu pun barangkali sebenarnya padang sintetik. Palsu. Jadi bersyukurlah. Lagipun kan tuhan dah janji, dia akan beri lebih lagi kepada mereka yang bersyukur. Jadi nak merungut apa lagi? 

Temubual Terfaktab Episod 3 Bersama Cik Srikandi

Imej
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" Quote ini sangat popular di negara kita. Pelbagai tafsiran tentang quote ini dipanjangkan dalam kehidupan masyarakat negara kita yang berbilang kaum. Jadi kita akan bersama dengan Cik Srikandi untuk kita temubual mengenai bidang penulisan yang beliau mahir iaitu penulisan sejarah. Sebelum ini Cik Srikandi telah menghasilkan solo-work yang bertajuk Emas Para Dapunta & Maharaja terbitan Terfaktab serta collaboration work yang bertajuk Membongkar Rahsia Dunia Melayu terbitan Hijjaz Publishing. Kedua-dua buku ini telah menjadi bestseller di toko-toko buku. S = Soalan J = Jawapan Cik Srikandi S: Apa perkembangan terkini cik Srikandi? Ada projek solo-work baru mengenai sejarah pada masa akan datang? J : Salam semua. Bismillah, terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi menemubual saya. Okay tanpa membuang masa saya jawab dengan sebaiknya insyaAllah. Terkini, saya sedang giat membuat penyelidikan membabitkan cabang li...

Temubual Terfaktab Episod 2 Bersama Embun Karina

Imej
Embun Karina merupakan seorang pemuisi independent yang aktif di tanah air. Sehingga kini Embun telah menghasilkan satu solo-work bersama Selut Press dengan judul Bandaraya Bougainvilla dan sebuah cerpen dalam Kitab Terfaktab Pasca Gelap. Pada tahun ini, Embun turut terpilih untuk menyampaikan puisi-puisinya di Asian Literary Festival Jakarta. Jom kita temubual Embun dan menyelingkap dunia literary beliau. S = Soalan J = Jawapan Embun Karina S : Hai Embun, apa perkembangan terbaru kau sekarang? Ada solo work terbaru yang akan rilis? J : Perkembangan terbaru untuk tahun ini adalah persediaan untuk tahun hadapan. Ya, secara kebetulan juga semasa ke Jakarta tu aku berurusan dengan beberapa pihak bagi menjayakan solo exhibition berkenaan artwork yang akan dipamerkan kelak dekat sana. Juga sedang mencari ilham serta idea untuk skrip teater terbaru.  Buku terbaru, InsyaAllah ada buku kolabrasi bersama Malam Puisi Jakarta. Iaitu salah sebuah kolektif juga penaung puisi di...

Temubual Terfaktab Episod 1 Bersama Syahid Abdullah.

Imej
Buat yang ingin tahu tentang Syahid Abdullah. Beliau telah hasilkan dua solo work iaitu novel Servis Satu Malam terbitan Terfaktab dan Bukan Perempuan Sundal (self-published dan terbitan Dubook Press). Syahid juga kini aktif dengan stand-up comedy dan baru-baru ini telah mempersembahkan stand-up comedy di Komediri yang dihoskan oleh Harith Iskandar. S = Soalan J = Jawapan Syahid Abdullah S : Apa perkembangan terbaru kau sekarang dalam penulisan? Ada plan nak rilis novel baru? J : Insya Allah dalam proses. Tapi dek penangan kekangan masa (malas), proses belum jadi produk. Novel yang dalam proses ni secara kasarnya bertemakan cinta anti mainstream yang memaparkan cinta itu adalah keperluan manusia dan yang paling penting, cinta bukan hanya milik orang kaya seperti yang kita tonton dalam drama. Aku juga ada plan nak bukukan pengalaman aku buat macam-macam jenis kerja dalam hidup ni yang aku rasa tema dia kelangsungan hidup (survival). Pengalaman aku tolon...

Sedangkan kereta pun kita jaga, apatah lagi...

Imej
Suasana hingar-bingar di dalam bangunan biru berjalur kelabu itu. Separuh dozen kereta berada di situ menunggu servis, sepadan dengan reputasinya sebagai pusat servis rasmi bagi sebuah jenama kenderaan Eropah. Sepadan juga dengan cuaca membahang hari ini, seorang klien di dalam itu turut panas hatinya. "Apasal lama sangat?" katanya, bercekak pinggang. Kemeja jenama Jepun tapi buatan Chinanya mula basah merecik peluh. Dia menyapu lehernya. Berdaki. "Sabarlah bang," jawab lelaki ber'coverall' kelabu yang bertugas di situ, tenang. Dia menggaru-garu lencana di dadanya. Wajah tenang tapi hati sedikit gentar, mungkin. "Kalau macamni ELOKLAH SETAHUN jelah kau simpan kereta aku." sindir si klien, geram. "Abang tengok ni,"  ujar si mekanik. Sambil itu tangannya mengetik papan klip. Dia menyelak helaian di situ. "Standard lah lepas jalan jauh. Minyak hitam kena tukar, brake disc abang dah haus. Coolant air cond kena ganti. Alignment ta...