Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Buku Baru : Kamar Sutera

Imej
Kamar Sutera merupakan buku terbaru dari Terfaktab Media untuk bulan September 2013 ini. Merupakan tulisan penulis blog keretamayat.blogspot.com atau dikenali Hamka Kereta Mayat, buku ini mengisahkan kisah kehidupan laki bini yakni dari Hamka sendiri. Islamik, namun digarap dengan unsur humor, sindiran dan ilmiah dalam memastikan perkahwinan laki bini #TillJannah. Sesuai juga untuk belia yang ingin berkahwin dan ingin melihat lebih dekat kehidupan perkahwinan secara 'Islamik' itu sebagaimana. Kurang sesuai untuk 18 tahun ke bawah melainkan berangan nak kahwin lepas SPM. Itu dikecualikan. Sudah boleh dibeli di laman online www.terfaktab.com dan akan dilancarkan pada 14 September 2013 di Danga Bay, Johor Bahru bersempena Johor Bahru Writers and Readers Festival. Bakal memasuki pasaran toko buku Kinokuniya, MPH dan Kedai Buku 1Malaysia mulai bulan hadapan. Apa lagi, tilljannah la~

Surat untuk bakal bekas kekasih

Awak, Buat apa tu? Dah makan? Ada sakit apa-apa? Kerja okay? Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak? Kalau semua orait, baguslah. Awak, Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat. Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka. Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita. Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat. Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat. Awak, Seperti malam boleh menjadi pudar, Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang, begitu juga dengan perasaan. Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba, Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya, Itu mungkin kehendak Tuhan. Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah. Dan jangan pula awak menyerah kalah. Benda dah lepas, maka lepaskanlah. Pegang masa depan dengan erat, andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni. Awak, Biasakanlah hidup tanpa

Dari Pejabat Terfaktab September 2013

Imej
Sweet surrender on September. Bulan ini bulan sibuk bagi pejabat kami kerana kami akan ke sana sini mengharungi tuntutan jelajah ke pelusuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Namun, kami tentunya kekal komited dalam menjalankan misi menyebar cinta kepada para pembaca disamping mencari idea apabila berkelana. Berikut ialah aktiviti dagang yang kami akan bersama atau sertai pada September ini. i) Alternative Book Fest di UiTM Lendu Melaka - 4 September 2013 ii) Al Malik Faisal Hall UIA Petaling Jaya Bookfair - 4 dan 5 September 2013 iii) Johor Bahru Writers and Readers Fest Danga Bay - 14 dan 15 September 2013 iv) Pesta Convex'13 USM Pulau Pinang - 18 hingga 22 September 2013 v) Art For Grabs Annexe Central Market KL - 28 dan 29 September 2013 Kalian yang mungkin menyimpan cita-cita atau impian untuk memiliki buku-buku penulisan dari penulis kami ini bolehlah datang ke lokasi-lokasi berikut pada tarikh yang telah diberitahu. Dan pihak kami juga menjangkakan b

Jam Tangan Kanan

Aku memandu dan dia duduk di sebelah. Mata aku melihat tangan kanan dia dan terlihat dia memakai jam tangan di tangan kanan. Terus, aku buka jam tangan aku yang ada pada tangan kiri dan menukarnya ke tangan kanan aku seperti kebiasaan.              "Eh, kenapa awak tukar kat tangan kanan?" tanya dia.             "Oh, saya memang pakai jam kat tangan kanan. Saya pakai jam tangan kiri sebab biasanya makwe sebelum-sebelum ini yang saya keluar ramai yang pakai jam tangan kiri. Karang berlaga" jawab aku             "Elehh, tiru ke apa? Saya pakai jam kat belah kanan sebab nak cover ini.." tunjuk dia pada tangan kanan dia yang ada parut kecil pada pergelangan tangan.             "Eh? Saya pun sebab itu juga. Nah tengok." aku dengan segera tunjuk parut pada tangan kanan aku itu.              Dia tergelak. Dan kami tergelak di dalam kereta. Tak sangka sebabnya sama.              "Saya ada parut ini sebab eksiden." aku memberitahu.