The Less You'll See.

Sejak akhir-akhir ini, aku dan rakan-rakan kerap bermain permainan 'Mafia, Doctor dan Spy' melalui daun terup. Permainan ini mencabar dan menguji minda dalam meneka dan menganalisis sifat manusia melalui perbuatan, percakapan dan keseluruhan permainan itu sendiri. Kalian patut cuba permainan ini dan kadang-kala boleh terleka sampai ke Subuh.

Aku mendapat satu input dari permainan ini iaitu;

"The closer you look, the less you'll see."

Ya. Ia quote yang sama dalam sebuah filem Hollywood. Sememangnya benar quote itu dalam kehidupan seharian. Apabila menyentuh kehidupan seharian, semestinya ia juga akan berkait dengan relationship. Aku boleh katakan quote itu tadi hampir sama dengan satu quote;

"Kalau dah sayang atau cinta, tahi pun dikatakan wangi."

Ingin aku bernatijah di sini tentang sikap trust atau follow the flow yang sering digunapakai dalam relationship. Apabila semakin rapat diri kau dengan seseorang itu, semakin kecil keburukkan yang kau nampak tentang seseorang itu.

Ini sebuah analisis relationship? Betul.

Aku sarankan jika kau mahu mencari 'tulang rusuk kiri-lah', 'the only one-lah', 'my future fate-lah' dan apa-apa istilah lagi yang menerangkan si dia yang kau cari untuk hidup bersama dalam perkahwinan. Mohon jangan narrow-kan skop pilihan kau itu kepada hanya satu pilihan sahaja. Cari dan buatlah banyak pilihan supaya kau boleh menjumpai orang yang betul.

Determine-nya mudah. Kalau kau hanya lihat dia sahaja. Bermakna hanya sedikit sahaja kau dapat lihat tentang dia. Jika kau melihat ramai makwe/pakwe, semakin banyak yang kau dapat lihat tentang dia. 

Mungkin akan ada yang menyanggah hujah ini dengan mengatakan;

"Bukankah jika ada satu sahaja, kita boleh mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat?"
"Kau tak tahu tentang aku kalau kau tak rapat dengan aku"

Ya, itu juga betul. Tapi itu valid setelah kau telah pun memilih si dia dari si dia, si dia, si dia dan si dia yang ramai. Kebiasaanya, kes ini hanya untuk lelaki. Kerana lelaki yang mencari seorang perempuan dalam ramai perempuan, perempuan pula hanya memilih dari pilihan yang kecil. 

Kecuali, jika perempuan itu mempunyai ramai pilihan dan kecuali, jika lelaki tidak pandai mencari ramai perempuan untuk dijadikan pilihan. Aku dapat rasakan mereka akan mengalami kefaktaban yang akan membuatkan mereka kekal menjadi forever alone. Serabut pun ya juga.

Penyelesaian untuk elak dari jadi forever alone itu telah aku jumpa. Jika kau lelaki, pergilah berkawan dengan ramai perempuan dan pilih yang terbaik. Jika kau perempuan, kecilkan jumlah pilihan kawan lelaki dan pilih yang terbaik.

Sebab, umum kita telah tahu. Lelaki walau teruk mana rambang mata, dia akan pilih yang betul. Jika tak dapat pilih yang betul sekalipun, dia akan pilih yang hampir betul atau pilih yang dia yakin akan jadi betul on the next day. Kalau lelaki cuma stick to that thing as their options; Sama ada memang itu sahaja yang dia percaya atau dia bangang.

Perempuan pula, aku telah lihat apabila menjadi rambang mata. Akan mengambil masa terlalu lama dalam memilih yang betul.




Tak percaya yang ia akan jadi terlalu lama? Cuba try ikut perempuan pergi window shopping. Heh.



p/s : Hebat permainan relationship zaman sekarang.

Ulasan

Unknown berkata…
mcm batu t'hempap kepala sendiri....kuang2...
Tanpa Nama berkata…
aku mengalami masalah untuk memilih teman lelaki merangkap suami, sebab terlalu ramai pilihan..susah nak pilih yg terbaik...memang ambik masa setahun dua..
Pencinta Seni berkata…
erm..betul3...huhu..
Nina berkata…
Pilihan pun takde, guane nak pilih.. haha, takde yang berkenan..
zarifahmr berkata…
window shopping dan teman hidup emmmm.


btw, nak join korang main mafia kat party maksu aritu tapi korang dah start !
AlexiaAqram berkata…
Kann? susah kann?
Unknown berkata…
Macamner pun kiter pilih tp bkn ditetapkan sebagai jodoh,xde guna juga..same2 kita berdoa untuk dpt jdoh yg baik.
CikJa berkata…
aku pula.. tidak byk yang boleh dipilih~ dan mungkin bukan terpilih.. hurmmm.. blum jodoh agaknya..
farizah farr berkata…
Memilih untuk memilih..

Memilih untuk dipilih..

#bigQmark

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.