Akak SK kabo - Happy New Year !

Hai.
Assalamualaikum.

Lama betul akak tak tulis kat sini. Tahun 2015 dah hampir seminggu meninggalkan kita. Tahun 2016 mengambil alih dan sedar tak, masa berlalu dengan begitu pantas. Tak terkejar. Ada tak resolusi tahun lepas yang masih belum tertunai? Pasti ada kan? Betapa sekejapnya masa setahun sampai kita tak cukup waktu untuk langsaikan hasrat yang kita plan dari awal tahun. 

Sedar tak sedar dah lima tahun pun akak bersama dengan terfaktab. Dari zaman gagal dalam percintaan, kena dump lepas tu hari-hari meroyan update blog - lepas tu membawa ke zaman berjumpa jodoh - dan tahun ini skuad terfaktab bakal dapat anak menakan pula. Tahun lepas, tahun yang biasa-biasa saja bagi akak. Namun tahun ini pastinya tahun yang sangat menguji. Semoga kuat.

Tahun lepas akak banyak jadi kak seri siantan je. Zaman memberontak, zaman kecewa, zaman hati koyak rabak dah lama berlalu. Dah sampai masa untuk akak kongsi semula pengalaman dan perasaan yang pernah akak alami untuk mereka yang memerlukan. Tapi tipu lah dah kahwin tak ada masalah. P Ramlee pun ada kabo, sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Cuma pengalaman masa muda-muda dulu dijadikan sandaran untuk tackle masalah dengan sebaiknya. Pengalaman masa lalu lah yang membentuk kematangan dan kebijaksanaan kita dalam melayari bahtera kehidupan. 

Dari masalah-masalah yang dibentang kepada akak tahun lepas, dalam sesebuah perhubungan:

1. Kalau dah tak boleh blah, maksudnya dah tak boleh tahan dengan sikap pasangan, angkat kaki. Korang tak sepadan sebenarnya. Tak boleh nak saling faham. Benda ni applicable untuk pasangan bercinta. Yang dah kahwin different story.

2. Bila kena dump, tak payah meroyan teruk-teruk. Sebenarnya tuhan dah atur jodoh yang lebih baik. Buka pintu hati dan beri peluang, but not in the cheap way.

3. Masa bercinta tak payah tunjuk lovey dovey sangat depan orang. Public display affection is not necessary. Mula-mula je rasa manis. Lama-lama nanti rasa terpaksa. 

4. Kadang-kadang jodoh dengan cinta tak datang ikut turutan. Ada yang jodoh datang dulu, cinta hadir kemudian. Follow your instinc. 

5. Be realistic. Jangan terbawa-bawa dengan perasaan sampai kepala terapung di atas awan, kaki tak jejak ke tanah. Bila jatuh nanti sakit.

Akak doakan, untuk tahun yang baharu ini semua pembaca dan penyokong terfaktab berjumpa dengan semangat yang baharu, tak nak lah terbawa-bawa dengan perasaan yang sedih koyak rabak. Yang nak jodoh, yang nak kurus, yang nak kaya, atau apa sahaja resolusi, semoga tercapai dan tertunai.

Harapan untuk diri sendiri pula, akak harap akak dapat curi masa untuk hasilkan karya yang baik, yang dapat memberi nilai tambah kepada syarikat Terfaktab Media khususnya. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.