12 Januari 2015

Rezeki

Wow. Pejam celik banyak kali, dah 2015 rupanya.

Dalam satu tahun lepas yang cepat, aku rasa aku paling banyak belajar untuk memberi dan menerima. Ada benda yang boleh buat aku gembira, ada benda yang boleh buat aku kecewa. Tak selalunya aku akan berduka, tak semua masa aku gembira. I guess that's life, isn't it? Always letting you down, the moment kau rasa ah fak aku nak give up dengan dunia, all of sudden dunia bagi kau hadiah coklat. Iya, bahagia itu datang selalunya bila kau tak pinta. Rezeki itu selalunya datang bila kau tak mencari. 

Sebab tu namanya rezeki. Yang kau usaha pastu dapat tu balasan. Buat usaha baik, dapat la usaha baik, tapi kalau dunia tetiba rasa nak jadi palat masa tu, kalau rezeki masa tu tak ada, usaha la kuat mana pun, memang tak kemana. Sebab tu kalau hilang barang ke, tak dapat offer job ke, orang selalu cakap - takde rezeki.

Sistem rezeki ni boleh aplikasi dalam jodoh tak kau rasa? Bertahun couple pun break jugak sudahnya. Ada yang lagi drama, dah kahwin dapat anak pun bercerai jugak akhirnya. Itu bukan kira tak ada usaha, ye dak? Dah usaha tapi tak ada rezeki untuk kekal sampai mati. 

Saya tak kisah apa orang nak kata, suruh kahwin lambat atau kahwin muda. Sebab yang berada dalam permasalahan itu kita. Yang nampak semua yang indah tentang kita itu mereka, tapi yang dah separuh mati dalam perjalanan hubungan hingga ke hari ini itu kita sendiri. Yang kononnya gelak penuh gembira tapi sedang berpura-pura itu kita. Ya, kita lah, yang hingga ke hari ini asyik stuck pada tahap yang sama.

Bila asyik diulang benda yang sama, lama lama akan bosan juga. Sensasinya sama, resah gelisah bila terfikir peluang untuk kita hidup bersama. Adakah saya yang kamu perlukan, atau saya yang kesunyian dan memerlukan kamu sebagai teman? Mungkin juga kita berdua cuma tak yakin dengan diri, dan tak yakin dapat cari pengganti.

Jadi kalau awak yang saya sayang tu, kalau antara kita tak berkesampaian, aci tak kalau guna alasan tak ada rezeki? Bukan saya tak usaha, bukan saya tak sayang, tapi apa yang saya dah usahakan tu, dah bina tu, Tuhan tarik balik. Dia kikis sikit demi sikit, hari demi hari, dosa demi dosa yang kita dah buat sampai dari besar gunung, dah besar bukit, lama lama makin sikit. Dan hati yang sakit mana boleh dicemarkan dengan cinta. Kata orang kan, cinta itu suci. 

Apa kita berdua masih suci?

Sudah lah. Salah seorang dari kita harus berhenti, barulah yang seorang lagi boleh mencari pengganti. Mungkin ada harapan dalam perpisahan. Mungkin dunia lebih memerlukan situasi di mana kita berdua hanya sekadar kawan. Mungkin, saya tak boleh janji. Tapi dah lah, antara kita mungkin tak ada rezeki. Mungkin ada, tapi malas. Saya malas nak usaha lagi.

6 ulasan:

Nurani SHAKLEE berkata...

sekali baca macam sengaja nak putuskan perhubungan.

Tapi itulah derita kita yang rasa, bahagia hanya mereka yang lihat

Khairil Amir berkata...

Slmt thn bru wat zaffe sang penyair karya.. msh mnnt cinta yg ikhlas dan suci... mana perg shbt sjti anda si jas?

Tears Of The Mask! berkata...

Penulisan Zaffe makin lama makin terbaik. Hampir terlupa lineup2 lama terfaktab. Happy new year to all.

Tears Of The Mask! berkata...

Penulisan Zaffe makin lama makin terbaik. Hampir terlupa lineup2 lama terfaktab. Happy new year to all.

zaffe berkata...

@khairil amir : aaa si jas mana pulak ni haha

Terima kasih, selamat tahun baru jugak kepada semua! :D

Khairil Amir berkata...

Eh jahizah jaafar yg keje pro-office.. xknl ehh ha3 lama xdgr cte dri kamu berdua