25 Januari 2014

Persaingan

Antara kita dan kawan-kawan kita, akan wujud satu persaingan yang adakalanya buat kita runsing 2-3 minit. Lepas tu kita lupa dah. Kita akan hanya ingat balik apabila kita buka facebook mahupun twitter, takpun bila berjumpa time reunion. Persaingan ini selalunya melibatkan pemuda-pemudi lingkungan 23 tahun ke atas.

Sama ada persaingan siapa ada kereta paling gempak.
Siapa ada kerjaya paling sempoi.
Siapa ada makwe/pakwe paling baik atau ada rupa.
Siapa ada rumah paling mahal.
Siapa ada henpon atau barangan paling canggih dan terkini.
Dan yang paling rungsing dalam banyak-banyak persaingan ialah.

Siapa yang kahwin dulu?

Part ini paling pedih lagi-lagi dapat kad undangan perkahwinan dari bekas kekasih mahupun bekas crush. Pedih sikitlah bagi jantan walau acah-acah kool.

Kau ingat dalam meniaga saja ada persaingan? Ingatlah sewaktu kau terjadi-lahir kat muka bumi ini pun hasil dari kemenangan kau bersaing dengan benih-benih sperma lain.

Jadi, hal siapa kahwin dulu dalam konteks agama Islam tidaklah disebut secara meluas (rasa aku lah). Yang ada hanyalah seruan berkahwin pada usia muda untuk mengelakkan maksiat bla bla bla... Bab persaingan siapa kahwin dulu dia tera, langsung tak disentuh.

Namun, secara realitinya memang persaingan siapa kahwin dulu itu wujud dalam benak diri kita semua sampaikan secara tak sedar kita mungkin merendah-rendahkan kawan yang gagal kahwin awal ataupun memilih untuk tidak berkahwin awal. Secara sindiran selalunya hal itu disampaikan.

Ada juga yang belum berkahwin awal ini secara tak sedar melakukan penghakiman kepada mereka yang berkahwin awal seperti betting akan bercerai. Tak pun mempersoalkan sama ada bolehkah mereka itu survive dalam perkahwinan.

Cukuplah. Persaingan siapa kahwin dulu ini patut dihentikan. 
Yang merasa sedapnya kahwin ini lantaklah dia punya sedap. Sebab yang tak berkahwin itu pun akan merasa sedap dalam hal lain dengan cara tersendiri.







Sedap juga tengok Nora Danish bagi 4 bintang ni.


Tiada ulasan: