Perkara Yang Benar Mengenai Cinta. Kemungkinan.

Lambat-laun semua orang akan tahu bahawasanya cinta itu memerlukan dan diperlukan oleh semua manusia di muka bumi hatta dia paderi atau sami sekalipun. Tapi, adakah semua orang benar-benar perlukan cinta pada masa yang tidak tepat dan tempat yang salah? Nope. Kita semua perlukan cinta itu pada waktu yang sesuai dan tempat yang betul seperti bila kamu rasa 'nak bermanja' tapi tersekat dengan peraturan 'couple itu haram', lalu kamu bentang sejadah merayu diberi cinta azali oleh Tuhan tanpa ada usaha fizikal. Entah mengapa bagi aku cara ini kurang logik. Doa saja tidak berguna jika tiada usaha yang real bukan? Padahal boleh saja kalau Whatsapp (kalau ada Whatsapp) lepas menghadap Tuhan pada seseorang yang kau fikir; 'eh dia ini menarik dan aku teringin jadi kekasih dia yang halal' dengan satu ayat ringkas;

(typing..)
Asalamualaikum. Nak tanya, demi Allah adakah kau sayang aku?

(typing.)
Waalaikumusalam. Demi Allah, aku menyayangimu dan berusaha untuk dimilikimu secara sah.

(typing..)
Ok. Alhamdulillah. Goodnight. :)

(typing..)
Goodnight ;-)

Lepas itu, kamu baca doa tidur dan tidur sambil tersenyum kerana dapat juga bermanja. Secara Islamik dan cool, kan? Kalau ada juga orang kata ini juga sebahagian zina. Tidaklah aku dapat menjawabnya, lebih baik aku diam.

Baiklah. Hal ini bukanlah perkara yang aku ingin tekankan dalam entri ini. Sebaliknya telah aku fikirkan tentang teori 9 akal 1 nafsu dari lelaki dan 9 nafsu 1 akal dari perempuan untuk hal cinta. Ya, ini perkara benar. Mungkin.

Tentang cinta. Lelaki mempunyai 9 cara untuk memiliki/memberi/membahagi cinta tetapi hanya ada 1 saja perkara yang difikirkan/dikaji/diputuskan tentang cinta.

Tentang cinta. Wanita mempunyai 9 perkara untuk difikirkan/dikaji/diputuskan tentang cinta tetapi hanya ada 1 saja cara memiliki/memberi/membahagi cinta.

Lalu hal ini buat aku termenung sebentar dalam bilik selepas habis rabbana atina fiduniya hasanah wafil akhirati hasanah wakinna azabannar... 

Padu jugak bila solat dengan penuh rasa cinta. Kemaen khusyuk.

Ulasan

Unknown berkata…
terimakasih empunya jari. :D
lama juga untuk mendalami ayat-ayat tu. hee
farizah farr berkata…
Terfaktab..how come kita br jmper u olls kt sini..jodoh tahun br nmnye..sgt suka entri ni..doa tanpa usaha..x kn mmbuahkn apa2 hasil.. ;)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.