Tentang Hati

Assalamualaikum wbt.

Hai semua ! Amboi lamanya dah tak menulis kat sini. Rindu pulak nak tulis. Jadi, macam mana dengan engkau orang semua? Sihat? Tu benda yang kaler merah kat belakang rusuk tu, sihat? Kalau orang yang tak merokok, tak ada tersedut asap rokok tu memang merah lah kalernya. Tapi kalau yang sekejap-sekejap nak berasap tu, entah kaler apa aku pun tak tahu. Kang sebut hati kaler hitam kang, ke lain pulak maksudnya.

SK tak nak memceceh panjang-panjang. Jadi, topik apa mende yang SK nak tulis hari ni?
Deng deng deng !!

SK nak tulis tentang hati.

Hati kita ni, ada masa dia seronok. Ada masa dia tak seronok. Ada masa dia nampak elok. Ada masa nampak keronyok-keronyok. Kadang-kadang macam pisang bonyok pun ada. Kita tidak akan sepanjang masa merasa gembira. Pasti akan ada harinya di mana kadang-kadang kita rasa nak keluarkan hati tu, lepas tu letak dalam peti sejuk di ruangan sejuk beku supaya kita tidak rasa ngilu dan sakitnya. Ewah ! Dramatik.

Kita pernah fikir tak kenapa kadang-kadang hati kita rasa tak gembira? Pernah?

Kalau hati kita sakit, sedih, yang pertama sekali pasti kita akan menuding jari kepada orang yang menyebabkan hati kita sakit bukan? Si Ali ni yang buat hati aku pedih. Jahanam betul Ali. Selama ni kita tatang-tatang hati dia, tapi hati kita? Sikit pun dia tak ambil endah. Penting dirinya si Ali ni ! Mati lagi baik la Ali. Tak payah aku nak sakit-sakit hati. Tak payah aku nak cinta rindu ke engkau hari-hari walaupun kadang-kadang engkau buat aku benci.

Ewah ! Dramatik lagi sekali.
Well, orang seronok asyik masuk bercinta ni memang akan jadi dramatik sekali sekala tak gitu?

Pernah tak kita fikir, kenapa didatangkan kepada kita orang yang seperti Ali?
SK nak tanya lagi. Kalau hati kita sakit, sedih, pedih, siapa yang kita cari?

Yes ! Kawan-kawan. Tak habis cerita dengan kawan yang nama dia A, kita sambung bercerita ke kawan kita yang namanya B. Kemudian hati kita tak elok-elok lagi, kita takut A dengan B bosan dengar cerita kita, kita cerita pulak ke C. Kita bercerita kepada orang sampai hati kita rasa lega.

Kan?
Jangan nak tipu sangat lah. Orang perempuan memang sikapnya macam itu. Sebab itu ramai orang perempuan lebih panjang usia dari orang laki-laki. Kalau masalah datang ke dia, dia share dengan orang lain sorang sikit. Ngeh ngeh ngeh. Paling tidak pun, dia akan share di status facebook dan twitter. Kalau nak panjang lagi, dia tulis dalam blog.

Baiklah. Berbalik kepada cerita hati tadi.

Hati kita ni, sakit ke, riang ke, sihat ke, gembira ke, sayu ke, sedih ke, berdukacita ke, masih lagi hati itu berada di dalam jasad kita. Apabila ia berada di dalam jasad kita, maka ia merupakan sebuah amanah kepada kita. Jadi siapa sebenarnya yang kena jaga hati kita? Kita sendiri atau Ali?

Jawapannya tentu lah kita.

Hah hah. SK nampak ada yang menjawab sambil baca tu. Tak puas hati lettew.
Memang. Kalau Ali sayang ke kita, Ali kena jaga hati kita. Ali mesti jaga hati kita. Cuma itu sahaja lah penanda aras kasih sayang Ali ke kita. Tapi kita kena ingat, Ali seorang manusia, juga seorang laki-laki. Selain dari menjaga hati kita, dia perlu menjaga dua butir perkara lagi yang lebih fragile dari hati kita. Okay tak kelakar. Ngeh ngeh ngeh.

Dengar sini. Ali cuma seorang manusia biasa. Manusia sifatnya tak sempurna. Manusia kadang-kadang lalai. Alangkan dengan tuhan pun kadang-kadang kita lalai, apatah lagi dengan manusia. Jadi pada setiap kalinya disakitkan hati kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk merawatnya kembali. Soalnya? Bagaimana mahu merawatnya? Adakah dengan bercerita akan perihal masalah antara kita dengan Ali kepada A, B dan C?

Tidak ! Sama sekali tidak.

Berceritalah hanya kepada pemilik hati.
Hanya pemiliknya sahaja yang mengerti dan memahami segala sakit pedih kita.
Hanya pemilihnya sahaja yang mampu membantu kita merawatnya.

Kalau Ali sakitkan hati kita, tak hendak keluar dating dengan kita, tak apa. Biarkan Ali. Kita tak rugi. Kalau Ali tak hendak keluar dating, kita dating dengan yang lain. Kita dating dengan yang namanya pemilik hati tadi. Hati kita akan dibelai-belai. Hati kita akan merasa tenang. Mesti kita akan lupa kepada Ali sekejap. Padan muka Ali. Ha Ha Ha !

Selepas dating dengan yang namanya pemilik hati, kita akan tahu kenapa hati kita disakitkan oleh Ali.

=)

La Tahzan.

Ulasan

reenapple berkata…
Hooo... hati aku hari tu, sakit bukan kepalang. Sakit sampai aku rasa tak nak hidup.. last2 aku buat macam kau cakap la, mengadu pada pemilik hati. Dan yaaa... aku rasa lega. dan mungkin sedang cuba move on. :)

*Hati kita milik DIA*
Jannah Latif berkata…
nice entry! kebetulan hati memang tgh rasa x best. skg dh ok. :)
zarifahmr berkata…
kalau kita sayang sangat kat ali tapi ali makin hambar dengan kita, plus ali sebenarnya sedang mencari yang lain dan langsung tak hargai apa yang kita dan ali lalui selama ni apa nak buat?
zarifahmr berkata…
tapi memang betul, berdampingan dengan pemilik sebenar hati lebih menenangkan. sikit sikit dia kasi kita jalan macam mana nak handle ali.


eh? hihihi
Unknown berkata…
baca entry ni waktu hati tengah sakit dan terluka pedih..dan memang itulah yang sedang dibuat saat ini...sentiasa mengadu pada pemilik hati... :)
IjoPunkJutee berkata…
Come to here, after a long time....
farizah farr berkata…
Xoxo..very nice entry! Hati kita..kita lh jg..nk hrp org jg..emmm klau nsib bdn dpt yg pndai jg..klau nsb x baik..dikeronyok habis ht kita..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.