Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Penutupan Terfaktab

Imej
MAKLUMAN & HEBAHAN Pada November 2017 ini, Terfaktab akan menyambut ulang tahunnya yang ke-7. Sepanjang 7 tahun Terfaktab di dalam arena penulisan dan perbukuan, kami telah menempuh pelbagai rintangan dan kejayaan dalam memandaikan masyarakat dengan buku-buku terbitan kami. Namun, segalanya seakan tidak menjadi dalam 2 tahun kebelakangan ini akibat kesan kelembapan ekonomi, penurunan mendadak minat membaca masyarakat terhadap buku dan masa depan industri buku yang terumbang-ambing. Hal ini membuatkan kami terpaksa melakukan keputusan yang berat dan pahit. Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini. Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak. Bak kata pepatah; "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Sehubungan dengan itu, sebelum penutupan operasi Terfaktab Med