20 Jun 2014

Crush.

Hai hai semua orang, kita bersua kembali. 

Hari ni saya nak share satu benda. Eh bukan benda. Nak share satu perkara. Tentang crush. Crush adalah orang yang anda diam diam suka. Ini definisi saya, kalau definisi anda lain, ikut sukalah. Tapi konsep dia lebih kurang macam tu lah, kan? Correct me if I’m wrong. 

Crush, kalau di negara seberang, senang cakap negara separuh darah saya lah, Indonesia. Kami panggil crush itu ‘gebetan’. Yes, you people learn a new word today. 


1) Kenapa mereka panggil gebetan? 

Gebetan sebenarnya nama yang dah disingkatkan, yes kami (orang Indonesia) suka akronim. Nama pendek adalah G-B-Tan. Tapi sebab orang seberang sebut G as 'gay' (ok this sounds so wrong) and B as 'bay'. Maka terciptalah kata ‘gebetan'. 


2) Apa hidden meaning semua ni? Kenapa kena ada G dengan B? Kenapa bukan huruf lain? 

Sebab saya pun curious, saya buat research sikit. Dan ternyata oh ternyata, ada nama lagi panjang untuk G-B-Tan sebenarnya: GERAKAN BAWAH TANAH.


3) Masih tak faham juga? L’emme explain. 

Kalau anda suka seseorang, eventually anda akan stalk dia. Betul? Kamon tak payah nak tipu. Jangan sampai saya check browsing history anda. Haaaa. Jadi, sekarang cuba letak posisi anda dalam dunia konon konon tak ada internet. Boleh bayang? Bagus. 

Apa yang akan anda buat seterusnya? Anda senyap senyap dan sembunyi diam diam nak cari tau semua informasi tentang dia. Proses ‘digall the information tu haruslah discrete kan? Anda macam go all the way out dengan semangat inkuiri yang tinggi, tanya orang orang, dan kalau anda seorang yang terlebih ekstrim, anda akan lalu semua corong, hutan rimba, lautan api, lautan air masin, pantai berpasir, and underground – ya, bawah tanah. BOOM! Part gerakan tu rasanya tak payah nak jelaskan lah kan. 

Makes sense, now?




Nama pun crush, takkan nak pergi terus approach terang terangan. Tak hot lah nanti. Heh.