Hey Ho!
Lama jugak tak update perkembangan terbaru Terfaktab ni. Balik-balik kat Twitter, Facebook dan Instagram. Yang kat blog ni dah berhabuk tak update. Baiklah baiklah, kami minta maaf. Masing-masing bizi dengan kerja. Yang si Aqram sibuk ke hulu ke hilir berdagang. Yang si Reeney sibuk jaga menguruskan apa binatang semua tu. Yang si Leplep sibuk jaga hati makwe-makwe. Yang lain-lain semua tengah sibuk buat yang terbaik untuk Kitab Terfaktab 4.
Wait, kitab terfaktab 4? Omaigod dah start rupa-rupanya Kitab Terfaktab ini. Bakal menemui korang pada Disember. Jangka pada Pesta Buku 1Malaysia kat PWTC nanti. 11-15 Disember. Engko semua get ready lah. Selepas kita dah ada Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti, Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal dan Kitab Terfaktab Sarkastik Cinta, selepas ini apa pula tajuk dia engko hagak-hagak?
Apa-apa pun kami semua memang tengah brainstorm nak pilih tajuk, nak pilih cover, pilih artikel dan editing lagi. Cuma yang pasti, kali ini Kitab Terfaktab menampilkan penulisan dari penulis-penulis blog yang engko tengah baca sekarang ini dan blog TerfaktabZine. Senior dan junior berganding bahu. Dari semuda penulis 17 tahun ke setua-tua bangka penulis berumur 30an. Pasti lain macam kali ini ye dak?
Tapi sebelum itu, yes kita ada buku baru tau. Dari 2 orang penulis yang merupakan Co-Founder kumpulan Terfaktab ini. Penulis Sahaja dan Alexia Aqram.
Buku bertajuk November ini akan dilancarkan kat Dubook Party pada 30 November 2013 bertempat di Red House Bungalow Jalan Ampang KL. Belakang Pelita KLCC tu lerr. Buku ini menurut temuramah ringkas kami tanya pada Penulis Sahaja dan Alexia Aqram;
"Mula-mula aku nak buat buku sendiri, aku hantar ke Terfaktab. Tapi, nampak nipis benor. Lalu si Aqram pun kabor dia nak hantar buku sendiri ke Terfaktab pun kena rijek sebab nipis benor. Jadi, kami decide untuk bergabung tenaga supaya power kat buku ni terhasil hingga meluruhkan hati gadis dan membantu jejaka lebih berbudi dengan wanita." jelas Penulis Sahaja sambil petik gitar.
"Buku ini koleksi penulisan aku dengan Apit (Penulis Sahaja) yang mungkin ada pernah kau baca dan ada yang langsung kau tak pernah baca. Aku boring dengan lagu Havoc sebenarnya macam beria sangat nak kabor orang Subang Jaya tu havoc. Dia tak tahu ke orang yang tinggal kat Shah Alam macam kami ni sweet and fun?" kata Alexia Aqram yang mengaku jadi orang Shah Alam padahal setahu kami dia berasal dari Johor Bahru. Amboi amboi amboi bos niii.
Sekarang ini kami juga nak beritahu selain kat PWTC dan Dubook Party. Terfaktab juga akan berdagang kat Puisi Eksotikata, Rumah Pena KL pada 23 November dan kat UiTM Dungun Terengganu pada 3-5 Disember. Jadi, lepas kami balik Sarawak hari tu, kami ke Terengganu pulak. Boring jugak asyik Lembah Klang ye dak?
Itu saja lah kot update dari kami. Harap engkorang semua kekal fun. Takkan nak deep memanjang, boringgg.
Kbye.
Ulasan
Elegan gile kulit buku.
Makwe dia pun.............lawa tu senyum dia, lesung pipit yawwww.
Penulis ke tu? ngeh ngeh ngeh
From: Bila Karipap Boleh Bercakap
Jujur i bilang u olls punyer karya mmg real..bestt..congrats terfaktab..;)
Tp tlg yer..i nk buku u olls yg lg 3 tu.. *peace*