Bercakap Pasal Kahwin.



Aku baca entry Hellioz - Your Relationship Is Not A Priority Unless You Are Officially Married To That Person dan aku ingin keluarkan pendapat aku pulak. Honestly, apabila refer dengan entry tu dengan entry Bukan Penggoda pasal nilai hantaran - aku rasa lebih baik kita berpijak pada realiti yang ada sekarang.

Kahwin - satu perkataan yang cakap je senang. Masa aku kecik-kecik dulu adik aku pun main kahwin-kahwin dengan budak jiran sebelah. Kacis je bunyinya - main sanding kahwin-kahwin. Tapi berdasarkan entry Bukan Penggoda - aku rasa dia nampak realiti tu. Sekarang ni aku nampak orang suka letak status kat Facebook - SPM berapa, STPM berapa, degree berapa, master berapa - dah macam harga kilo kat pasar malam. Macam Indeks Pasar Ramadhan aku buat dulu.

Ada yang bercakap perkahwinan ini adalah tuntutan ugama. Tetapi ada juga manusia yang tidak berugama dan meragui ugama - contoh macam ex girlfriend aku. Tapi bagi aku ex girlfriend aku - yang cakap dia akan jadi annoyed bila aku start bukak cerita kahwin sebab dia rasa perkahwinan ini adalah satu rantaian sistem dari daulah untuk mengongkong manusia untuk tidak melawan sistem (harap maaf dia seorang hipster anarkis yang agnostik), tapi aku rasa tak boleh blame ugama jugak. Bak kata Bukan Penggoda, dalam surah al-Quran mana ada cerita hantaran kena ikut degree atau master. Aku rasa yang silap di sini adalah sistem dowry atau hantaran yang menjadikan priority Homo Sapiens Melayu ini untuk membiak menjadi lebih sukar.

I mean, you're young and you're just start a life. Takkan kau nak tunggu umur 40 - masa tu kau dah stabil dan steady baru nak kahwin? Dude - yang menjadi problem dan duri dalam daging sampai ex aku yang agnostik tu salah sangka bukan masalah ugama - tapi masalah budaya orang Melayu ni. Lagi pulak Melayu urban pasca moden yang terpengaruh dengan Nona dan Cerekarama ni.

Mak bapak dah bising - "anak Saodah jiran sebelah tu dah kahwin dah, dah timang cucu, mak kepingiiiiiinnnn nak timang cucu". Tapi atas desakan endorfin dan testosteron kau pun cakap dengan awek kau nak berkahwin - loan bank hutang. Ada jugak yang kerja kilang memang nak loan pun pak guard bank tak kasi masuk.

Akhirnya - kau stuck in the puddle, kau nak jadikan priority membiak kau tu gagal disebabkan harga yang mahal. Aku rasa kalau semua bangsa manusia macam Melayu - nak kena letak harga bagai - aku boleh kira-kira species Homo Sapiens bakal pupus tak lama lagi.

Perempuan jenis letak harga tinggi-tinggi ni bagi aku mengingatkan aku dengan kedai audio visual aku kerja masa kat Bangsar dulu. Harga speaker RM30,000, harga TV RM50,000 - gila mahal. Orang memang pandang "waaahhh" tapi beli? Tak jugak ye tak? Kadang-kadang ada la towkey balak Sarawak, mat salleh kerja kedutaan atau pak menteri yang beli speaker kat situ - tapi nak mengharapkan mereka-mereka ni je beli, lama-lama barang tak terjual. Akhirnya tak laku dan bankrap.

Akhirnya jual lelong dan turun harga gak.

Lagipun bagi aku - student yang masuk universiti ni bukannya pandai mana pun. Ada yang aku pernah jumpa - Jozef Stalin pun tak kenal. Ada yang tak reti beza George Washington dengan Denzel Washington. Aku darjah tiga dah kenal dah siapa dia tu. Lagipun aku ni percaya kepandaian manusia tu tak bergantung kepada universiti. Socrates, Plato, Cicero, Muhammad, Buddha, Che Guevara, George Washington - mereka ni mana masuk universiti - hebak-hebak pun. Bill Gates, Mark Zuckerberg, Steve Jobs - mereka ni flunk universiti tapi relax je make money dari student university dari pembelian iPhone atau Facebook. Kalau alasan pelajaran kau tu nak mark up harga tinggi - cuba tengok kau power masak ke, power mengemas ke, power ehem-ehem ke - sebab akhirnya itu yang seorang suami mahu. Belajar tinggi-tinggi kalau suami tak puas hati pun tak guna juga.

Akhirnya - berbalik kepada isu priority - untuk membiak - akhirnya manusia Melayu ni dapat melahirkan generasi yang gembira dan ceria kerana tidak dibelenggu hutang - sebab benda bodoh macam hantaran ni jika kita meninggalkan budaya ini. Barulah kita boleh meletakkan priority yang tulen kepada pasangan seperti yang Hellioz katakan tu.

Oh ya sila haramkan Nona - atau sekurang-kurangnya paksa Nona cerita bajet kahwin rendah pula. Kalau Tony Fernandes boleh berjaya tambang murah rendah - kenapa Nona tak boleh pulak? Sampai bila nak cerita Datuk itu Tengku itu je berkahwin? Sekali sekala Nona memarheinkan siaran dengan tunjuk perkahwinan mamat kilang atau minah 7E apa salahnya ye tak?

Ulasan

NFE. berkata…
aku sokong.ape jadah nye guna kelulusan utk duit hantaran.salah satu sebab kenapa laki takut nak kahwin dgn awek yg ade kelulusan lagi tinggi.takut hantaran tinggi sgt.hehe
Wadi AR berkata…
sile bace belog gua. mak gua dah tetapkan LIMA RIBU aje. tak mahal bukan?
Tanpa Nama berkata…
em..dun get me wrong.tapi ni dah mcm jual anak.brapa harga kau kene jual. huhu.
Ariffin Janal berkata…
hey, entry ni kacak. kalaulah semua orang berfikiran macam ni. ahhh gua nak paksa semua berfikiran mcm ni!
Aslina berkata…
nona?

bosan ah...

baek layan spongebob.
norinaomar berkata…
best entri ni,kena bukak mata semua orang ni.

isu ni takkan habis,kecuali semua orang berfikiran macam ni.
inna_risna berkata…
entry nie lebih baik suruh mak bapak baca. bukan apa kadang2 tu inna perhatikan isu hantaran kahwin nie berlaku sbbnya ada golongan mak bapak yg selalu aja nak btanding dgn orang lain bab2 hantaran kahwin anak mereka. tp yg susahnya bakal pengantin lelaki la...
Ibu Ammar berkata…
kalau kawen pun sampai berhutang yg jerat diri kan ke menyusahkan. kalau awal2 nak bina keluarga dah susah macam mana nak bahagia... boleh tenang ke hati dgn berhutang?.. kang pas kawen lagi banyak tanggungan.
PussyCat berkata…
part nona tu terbaekkk! :)
AsyieqiN Rkey berkata…
mmg tak releven langsung letak harga ikut education...
ilmu rumahrgge bukn blaja kat u pon kan?

aku lak prefer sharing...sama2 usaha..sama2 rasa susah..so harap2 pas kawen tu..same2 rasa hubungan tu
RaNee berkata…
aku rasa show Nona nk cover perkahwinan gilang-gemilang tu lebih bersifat BUSYBODI.. yelakan.. nk tunggu jemputan dr Datuk & Tengku mmg sah2 xdpt..untung la ada pas 'reporter nona'..ehem
spongebob yg kartun tu pn lg real la.
Alin berkata…
wah! baik punya entri :D
oda narwida berkata…
baru start baca pun dah tahu siapa yang tulis ni.
Tanpa Nama berkata…
sokong!!!!
wawa berkata…
ya aku benci dengan konsep hantaran mahal. semua tokok tambah dalam hal-ehwal islam ni buat makin ramai muslim jadi macam ex kau. kesian.
tapi alih2 aku pun terpaksa akur dgn kehendak keluarga letak harga rm11ribu. tp bukan sbb aku graduate uni. tp sbb perkahwinan sebelum ak dalam keluarga aku berharga rm10ribu.pelik...

kalau lah kita semua boleh balik kepada basic nikah tu; dan tumpukan macamna nak ajar budak2 muda tentang sistem kekeluargaan yg berjaya; mst jumlah penceraian boleh lah dikurangkan...(sbb ramai yg kawin muda skrg; bagus juga)

back to basic dalam semua hal kan bagus
back to basic=Allah

sekian
wawa
Unknown berkata…
btol la wei.. ape dorg ingat, seme org yg tgk nona tu anak2 atau gundik2 dato' ke?
Qaseh Dalia berkata…
like entry ni
qaseh ada post ynag degree ,spm bagai tuh sebab semua post nak tgk reaksi org camane hihi ..

setuju tak semesti yang masuk u sume bijak2 , ada yang bernasib baik pun banyak , tu atas pemikiran maybe tggi pointer dalam kos yg dia amek saja tapi yang lain failed,

dlm perkahwinan bukan hanya cerdik pandai yang suami mahukan , masak , kemas rumah ,ehem2 tu agree .. asalkan suami puas hati , pandai mikir tapi tak pndai buat kerja , kalut !
RastaMat berkata…
wa ingat umur 47 baru boley kawen kalau harga ikut macam tu..
Tanpa Nama berkata…
ni bergantung juga sebenarnya..duit tu digunakan juga utk majlis kawen tu nanti..so tuk mengelakkan hantaran yg tinggi majlis kawen tu tak payahla grand2 sngt..kalo nak grand gi minta sponsor mcm artis2..
Tanpa Nama berkata…
antara faktor lain nak buat majlis grand2 atau hantaran tinggi sebab budaya kita yang suka menyebok dan mengata..rege rendah orang mengata, tak langsung famili konon nak jaga "pride" tanak orang ngata, buat rege tinggi..

-belia24F
CallMe-NW berkata…
betol2..tgok Nona tu asyik nk tunjuk kawen grand2 jeh...
Xana Razak berkata…
part nona tu terbaik...
should put the blame on nona yang menjadikan gadis2 melayu nak impikan wedding cam dalam nona...
Tanpa Nama berkata…
baru la logik cikit. pada laki2 yang nak kawin tetapi mak mertua @ awek nak hantaran tinggi bagai, bagi je entry ni sbg mukadimah sebelom masok minang. hehehe.
Aslina berkata…
naseb baek la aku da takde mak ayah.

tapi risau plak kalo akak ipar aku terpengaruh dengan nona tuh. mati aku.

abang aku chill je... takyah jage aku dah lagi bagos rasenye...
TeratakAzmi berkata…
huhu aku sangat setuju. aku ada buat dua post pasal kawen lewat ni ngn expenses kawin.. harap dapat menyedarkan!

http://teratak19.blogspot.com/2011/05/pasal-kahwin-lagi.html

:)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.