Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bajet 2012

Cerpen: Melankolik Nasi Telur Goreng

Imej
“Assalamualaikum.. .honey, I’m home !!” Aku terdengar sayup suara yang amat dikenali itu. Tangan kananku membetulkan sanggul rambut di samping tangan kiriku menolak kuali ke dalam sinki. Aku menyusup keluar melalui pintu dapur dan melihat si suami baru sahaja menutup pintu peti surat. Lalu dia berjalan ke arah aku sambil tangannya menyelak satu persatu helaian surat yang dikirim. Pantas aku ke pintu—surat itu ku sentap dengan tangan kiri—dan menyalam tangannya. “Baru balik, bang?” kataku sambil mencium salam dia. Helaian bil berwarna merah dalam celahan surat itu aku sorokkan di belakang dan aku lontarkannya jauh dari pandangan. Lalu menariknya ke meja makan. Bang, tengok...Dila dah siap masak untuk abang,” aku membuka tudung saji. Sepinggan hidangan lengkap, masih berasap; berserta dua gelas Teh-O. “Amboi, Omuri rice ...” katanya. Omuri rice adalah Nasi Goreng Pattaya versi Jepun, pastinya membuatkan dia tersenyum. Aku tau sangat apa kegemaran weaboo macam beliau. Tambah lagi b...