Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cinta terhalang

Kepercayaan Kepada Pasangan

Imej
Kalaulah prinsip Kepercayaan Kepada Pasangan ini di letakkan dalam Rukunegara, mesti tak ramai orang cerai-berai. Tak pun, di letakkan dalam Syarat Sah Nikah, mesti ramai orang akan mendapat keberkatan dalam perkahwinan. Oh, mungkin juga baik di letakkan dalam Love Lesson 101, confirm semua orang akan bercinta dengan hati yang tenang dan bahagia. Hati berbunga-bunga bak kedamaian taman-taman syurgawi yang di limpahi air dari telaga Kausar. Semua orang pernah bercinta dan semua orang akan bercinta. Tetapi, yang selalu menjadi permasalahan bagi seseorang yang bercinta ialah ; Kesukaran melupakan cinta pertama, kekasih lama dan peristiwa lalu yang menggugat kepercayaan kepada diri dan pasangan. Sekaligus, ia menyebabkan hubungan penuh dengan syak wasangka tanpa sebab yang jelas. Tak percaya? Terdapat satu kes yang penulis jumpa mengenai seorang perempuan yang dahulunya adalah seorang lesbian. " Bagaimanakah aku hendak menjelaskan zaman gelap aku dahulu yang merupakan seorang les...

Cerpen : Janjiku Tetap Janjiku, Janjimu Tinggal Habuk.

Imej
Dah lama betei gua tak menulis cerkon. Bagi siapa yang tak tahu, cerkon tu ialah cerita kontot. Gua dulu di grab masuk ke skuad terfaktab ni sebab cerkon jiwang gua yang merapu. Semalam boss kasi notis 24 jam untuk gua update satu cerkon untuk tatapan semua pembaca setia Terfaktab atau gua di buang kerja serta-merta. Jadi, selamat membaca. ***** Malam tu Adam (bukan nama sebenar) dan Hawa (bukan nama sebenar) keluar makan buat kali terakhir sebelum Hawa kembali ke Universiti Teknologi Malaysia di selatan sana. Cuti semester kian menipis buat Hawa. Dalam seminggu ni, Hawa diam betul. Setiap kali Adam ajak keluar, ada sahaja alasannya. "Harini saya nak rehat. Eh?" "KLCC jauh sangat tu Adam. Saya nak jimat duit. Nanti buka semester nanti ada banyak barang nak kena beli." Macam-macam lagi alasan yang di berikan Hawa. Padahal gua syak dia memang tanak keluar. Seminggu ni macam-macam Adam buat untuk buat Hawa senyum kembali di depan dia. Tapi ternyata gagal. Malam n...

Harapan Hitam Putih

Imej
Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernah fikir tak logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal? Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap.  Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap. Hope is for losers -Ez- . Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari.  Bagi aku, harapan ada dua keputusan. Hanya hitam atau putih. Tiada kelabu. Sebab jawap...

Siri Surat Cinta Pilihan : Jangan, Pisahkan Please?

Penah dengar forbidden city? Ok. Gua taknak citer pon pasal forbidden city. Sebab gua pon taktau jadaharam mende alah tu. Kehkeh. Gua sbnanye nak citer pasal forbidden love aka cinta terlarang. Jejom kita layan surat pilihan minggu ini. Jengkejengjeng~ ***** Menemui kakandaku yang jauh di cermin mata dan juga kanta lekap. Tapi, tak penah jauh di hati dan sanubari. Sob. Sob. :'( Dinda harap berat badan kanda yang dah lepas tahap obesiti tu tak turun dengan mendadak lepas baca surat dinda ni. Wahai kakanda yang kusayangi, Tahukah kanda bahawa cinta dinda pada kanda umpama langit yang terbentang luas, laut yang terhampar bak permaidani? Mesti kanda taktau kan? Bagus jugak. Sebab dinda tipu je. Mana mungkin cinta dinda boleh diukur. Cinta dinda bukannya gula yang boleh ditimbang. Sebab cinta dinda lagi mahal daripada gula yang ditimbang tu tau. Gula pon dah naik harga. Kemaen lagi tau. Eh sorry. Tergeram pasai gula pulak kat sini. Yela. Kanda bukan taktau yang mami dinda tu meniaga...