Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Troll pakwe sendiri

Kaca Atau Permata, Natang?

"Aku mencari yang terbaik!" "Aku setuju." "Jadi tak salahkan aku memilih?" "Masalahnya kau memilih terbaik dari pandangan luaran. Bukan dari dalaman. Kau nak yang cantik, yang putih, yang kaki panjang dan berseluar hot pant. Tapi kau tahu macam mana dia treat kau kan? Semua pun tak kesah. Untuk apa?"  Lelaki. Yang jatuh dalam kategori ini, aku memang tak faham. Yang tak kesah perempuan berperangai walau macam setan. Yang bunuh dan tikam hati kau dalam-dalam. Exception kalau perempuan tu cantik dan bergaya sakan.  Kau tahu beza kaca dan permata? Mungkin kau tak tahu sebab kau memang hanya layak dapat kaca sahaja.  Pilihan itu selalu melalaikan, bukan?  *senyum sinis*  p/s: sorry lah. Aku gian menulis. Aherherher. -ER-

Dari Makwe ke Pakwe

Pakwe oh Pakwe, Kadang-kadang kau buat makwe jadi gila, Ada masa tu senyummmm sampai ke telinga, Dalam kasar-kasar tu, makwe boleh jadi mengada-ngada, Sampai diri sendiri tak percaya, Macam tu sekali penangan cinta. Dalam selekeh tu, makwe cuba-cuba nak bergaya, Balik rumah, eksperimen macam-macam kat muka, Kononnya nak tampil menawan dan jelita, Bukan untuk siapa-siapa, Untuk pakwe juga. Pakwe oh Pakwe, Dah ada depan mata pun kau buat perangai juga, Tengok perempuan lain sampai terbeliak bijik mata, Kau tanya takkan tengok pun makwe tarik muka? Muka makwe dah start masam mencuka, Kau plak buat macam tak ada apa-apa, Makwe pun confuse kau ni buta ke apa, Tak tahu ke makwe ni dok tunggu kau punya kata-kata, Ni kau sanggup buat bodoh sampai ke lusa, Elehhhh.. Pujuk sikit pun takkan nak berkira? Pakwe oh Pakwe, Kau ignore makwe sebab dota ke bola ke, makwe tak kata apa, Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama, Kau ingat makwe suka? Kemain lagi kau kal...

Troll : Jenis Lelaki Keji

Lelaki oh Lelaki, Ditujukan khas untuk jenis lelaki yang akan butthurt sendiri, Bukan semua lelaki, Hanya yang terasa hati, Jenis kalau kau gebang habis satu negeri, Kau kata kau lah yang paling power sekali, Isu politik, isu agama, isu semasa, isu basi, semua kau bantai sekali, kononnya nak impress si puteri-puteri, kononnya kau lah lelaki idaman di abad ini, kononnya kaum Hawa ni senang je kau nak kasi jatuh hati, kononnya lelaki lain memang dah tak boleh nak pergi, kalau kira peperangan kau mestilah yang depan sekali, kaulah sempurna walaupun doa qunut pun tak lepas-lepas lagi, kau kondem orang sana-sini, lagi lagi perempuan yang kau rasa macam tak mengerti, yang tak se'power' dan hanya setaraf kau punya kaki, tapi perempuan perempuan ni juga lah kau cari kalau terasa hati, atau nak mengadu pasal jiwa dilukai, nak mengadu pasal kena troll di dalam entri, eh eh eh, bukan tadi macam berani mati? kesejatian kelelakian kau memang kami ragui, bak mai depan depan, ada berani? ...

FIRST DATE FOR DUMMIES, DOs & DON’Ts

Imej
Wahai tuan puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja, ada pembantu baru katanya. Tentunya anak ikan dia. Aww.. Ehhh.. Ehhh.. Terlepas pulak mak menulisnya. Tak tahan kepala mak memikirkannya. Maklumlah suami mak handsome orangnya. Bekas menteri pulak tu. Sekarang selalu tak balik rumah, busy sesangat dengan aktiviti-aktiviti kebersihannya. Kesian la mak ni ha.. Terkontang kanting keseorangan. Dibiarkan gersang tanpa erti kasih-sayang.  *tangan ke dada, mata ke atas* Mak bukannya apa dik non-dik non sekalian, mak rasa mak salah membuat pilihan dalam kehidupan. Mak rasa sepatutnya la kan, mak cepat-cepat blah dari my current suami ni masa awal-awal pertemuan. Kononnya perangai tak senonoh dia waktu date-date dulu tak akan memberi impak yang maksima dalam kehidupan mak. Eh.. tak sangka kau nok, kalau first date dik non-dik non dulu dulu tu memang di ambil kira either di terima atau di reject okay? Percayalah cakap mak yang dah berpengalaman dalam cintan cintun ni be...

Apa Yang Perempuan Nak?

Imej
Errgghh . Lelaki memang sukar di fahami. Apa yang dia nak dalam hidup? Apa yang dia nak dalam suatu masa? Susah nak di terjemahkan. Yang lelaki tahu balik-balik ; 'Rilek dulu, isap rokok sebatang, kalau ada, adalahh tu '. Kenapa susah sangat nak decide ? Pavillion atau Sungei Wang? Tak pasal-pasal kereta kena hon kat simpang Bukit Bintang pasal argue ke mana tempat hangout yang best nak pergi. Lambat! Errgghh ! Benciiii!! Kenapa lelaki suka buat keputusan drastik tiba-tiba? Penatlah kita mengharapkan sesuatu yang boleh di kongsi. Contohnya, berkaitan masa depan. Kenapa kebanyakkan lelaki suka mengelak bercerita tentang masa depan? Yang lelaki tahu, hanyalah bagi harapan pum-pang-pum-pang! Tapi, dari semua tu, hampir separuhnya harapan palsu. I benci laa... Apakah yang perempuan risau mengenai lelaki? Taklah risau mana. Emm, risau jugak. Risau dengan lelaki yang nampak tak serius dalam perhubungan. Macam anggap perhubungan ni seperti permainan forex . Macam angga...

Masuk Toilet Pun Dah Naik 40sen, Bro.

Imej
Lokasi : Dalam bilik Mood : Sedang menghabiskan Marlboro Biru berperisa gula gula Gua agak struggle dari minggu lepas. Gua agak bengang bila idea tak datang datang dalam kepala hotak gua. Kadang kadang gua rasa agak benak la jugak. Tapi lately ni agak hangat bila gua baca tentang hantaran ah, mas kahwin lah, dinar emas lah, apa kejadahnya lagi lah. Tapi lu perasan tak, kalau jejantans ni semua, bila berbual bab ni je mesti jadi super kedekut. Hellloooo? Nak menikah dengan anak orang okayyy.. Bukan hanak hayam. Bila tanya, nak tunang ke tak sebelum nikah? Laju je jejantans ni semua. Tak payah tunang-tunang, membazir je. Hah? Menjawab la kau dengan bakal mak mertua. Kalau gua, haruslah merisik, bertunang, nikah. 3 cincin kau. Tak nak ke? Lepas tu semua benda nak ala kadar. InsyaAllah benda ni sekali je seumur hidup, apa salahnya. Bukan nak suruh buat gah macam Elly Mazlin bertunang siap naik kereta kuda bagai. Tapi biarlah senonoh sikit. Banyak benda boleh kita buat kalau pandai. ...

Lelaki & Perempuan VS Nafsu

Imej
Perempuan's 'WET DREAM' GUCCI 249709 J0731 2461 EST PRICE : RM 880.00 CHANEL CLASSIC LEATHER BLACK EST PRICE : RM10340.00 DAFFODILE 160 CHRISTIAN LOUBOUTIN EST PRICE : RM 3383.00 LV - SUHAILI LEATHER LE MAJETUEX EST PRICE : RM 9662.40 Lelaki's 'WET DREAM' SOURCE : GOOGLE FOC SOURCE : GOOGLE FOC SOURCE : GOOGLE FREE GAK AH! p/s : ni semua ni,  DUNIAWI   ni!!

Realiti Seks Dalam Percintaan

Imej
Salah satu realiti yang kita tak boleh tepis dalam kehidupan, yang kita sering risau terjadi pada diri, ataupun satu keadaan yang sukar di elak ialah SEKS . Pemahaman masyarakat Malaysia mengenai seks sebenarnya bersifat kelompok. Contohnya, mereka yang terbuka, mahu mereka yang orthodoks menerima keterbukaan. Manakala mereka yang melarang, mahu mereka yang terlalu terbuka kembali kepada skop yang taboo. Aku rasa, topik ni boleh buat masyarakat pening kepala. Yalah, kalau beri topik ini pada #serbanitas, di keluarkan fatwa mutlak. Kalau di beri topik ini kepada golongan moderate, ada yang kata ' pentingnya kahwin awal '. Namun, bila mengkaitkan seks dengan hubungan pasangan, terutamanya pasangan bercinta yang belum berkahwin atau ' couple ', berat pemahaman dan penerimaanya dalam masyarakat. Jadi, biarlah aku ringkaskan kes ini melalui time-line. Permulaan bercinta. Timbul perasaan kasih. Memberanikan diri mendekatkan diri antara satu sama lain. (jantung berdegup kenca...

Stupid DUMP DUMP!

Imej
*Pada suatu petang yang sunyi ditemani hujan rintik rintik di sebuah taman rekreasi* "Kenapa you? Kenapa? Apa salah I? Kenapa you nak tinggalkan I?" "Ohhh, don't tell me you tak tau kenapa?" "I tak tau. I buntu. Apa yang tak cukup lagi I ni? I bakal Gastroenterologist. Cantik bergaya, menawan. Semua suka sifat sifat terpuji I." "Oh oh oh. I dont care kalau ada 10 ribu pun orang nak back up you. You tau tak yang I rimas? Dengan penuh macam pasu bunga you letak kat kepala you. Terbelit sana, terbelit sini. Pakai legging pun jalan kengkang. Setiap kali lalu pun semua orang pandang. You nak bergaya I tak kesah tapi cuba jaga sikit. Dah pakai ketat ketat tu habis menarik perhatian semua lelaki, dah kira sama je berdosa macam berbogel. Baik you bogel je. I dah nasihatkan you banyak kali. You degil. Back up ramai. Susah la I. Dah la sampai sini je. Tak payah contact I lagi. I pun nak balik. Nak tengok ulangan AJL, ada Anna Raffali. "$...

Keluh Kesah Bersama Elena Reeney - Part Budak KL

Imej
Ke hadapan Kak Elena Reeney (nama nak market je, budget nak memancing jantan berkarisma ah kan?) Kaka eh salah, budget pemain bola, Kakak, Ate nya , aye ni memang sayang bebenor le kat pakwe aye tu. Okay okay tukar slang. Kita berbual I, U la baru ah gempak amat kan? Baru ah KL. Okay macam ni ceritanya. I ni memang high taste. Setakat mat mat rempit ni, I memang tak pandang. Apatah lagi mamat jual burger. Apa kes? Nak beli mascara Estee Lauder I pun kalau burger tu harga RM3.00 kena jual 40 bijik. Masakan pula I ni stock mascara sebulan pakai sampai 3 batang. Harus lah kan, I nak lawan Rozita Che Wan. Jadi I memang tutup mata kalau lalu depan mamat mamat ni apatah lagi kalau dieorang tu semua selalu buat suara suara cencorot men'suwet' I. I rasa macam apa kes weyh ingat buat suara tu I teruja tahap gaban sampai rasa nak bogel ah kan? Tu lah, I pun tak paham la kak Elena sayang, apa kes mamat mamat Melayu sekarang mengurat tahap cipan? Damnnn.. Asyik sebut mamat Melayu je...

Siri Surat Cinta Pilihan : Jangan, Pisahkan Please?

Penah dengar forbidden city? Ok. Gua taknak citer pon pasal forbidden city. Sebab gua pon taktau jadaharam mende alah tu. Kehkeh. Gua sbnanye nak citer pasal forbidden love aka cinta terlarang. Jejom kita layan surat pilihan minggu ini. Jengkejengjeng~ ***** Menemui kakandaku yang jauh di cermin mata dan juga kanta lekap. Tapi, tak penah jauh di hati dan sanubari. Sob. Sob. :'( Dinda harap berat badan kanda yang dah lepas tahap obesiti tu tak turun dengan mendadak lepas baca surat dinda ni. Wahai kakanda yang kusayangi, Tahukah kanda bahawa cinta dinda pada kanda umpama langit yang terbentang luas, laut yang terhampar bak permaidani? Mesti kanda taktau kan? Bagus jugak. Sebab dinda tipu je. Mana mungkin cinta dinda boleh diukur. Cinta dinda bukannya gula yang boleh ditimbang. Sebab cinta dinda lagi mahal daripada gula yang ditimbang tu tau. Gula pon dah naik harga. Kemaen lagi tau. Eh sorry. Tergeram pasai gula pulak kat sini. Yela. Kanda bukan taktau yang mami dinda tu meniaga...

Karisma. Bukan Karim mahupun Karipap Lep Lep

Imej
Mate teman mata karisma berlaser. Dalam dua tiga minggu ni, semua orang sibuk cerita pasal karisma. Ni Elena Reeney punya pasal lah. Kalau korang tanya aku maksud karisma ni, aku blur. Karisma Kapoor aku tau lah. Lantas, di waktu petang yang damai di sulami kicauan burung berkocak-kocak mengalunkan lagu di tepi sawah yang indah. Aku cuba menafsirkan karisma itu. Ha, cer crite..cer crite.. Karisma bagi awokk adalah lebih kepada AURA seseorang itu atau penampilan yang menarik perhatian. Namun, teman rase karisma ni bukan terletak pada penampilan kabornye. Ia lebih kepada sikap. Ya, sama ada nak bersikap ke hadapan menonjolkan diri atau nak membelakangkan diri malu-malu macam abang Usop tangan gelek. Kome yang jantan ni, tak payoh lah nak jadi segan tak berlagu dengan gepren sendiri. Memanglah ' biar segan-segan ' macam dalam lagu Suhaimi Mior Hasan tu. Ni lain. Maksud teman kat sini, kalau melibatkan mende-mende yang memang kome kena kehadapan sebagai lelaki, kome kena ...

Lelaki Tak Tahu Malu

Imej
Hai semuaaaaaaaa!! Bertemu kembali bersama ER :) Lama gila oh tak update post kat sini. Busy gila rasanya lately ni. Yang penting blog ni tetap panas dengan entry entry yang berguna dan hujah hujah yang jitu. Gua bukannya apa, gua memang takde masa nak update bagai. Kerja gua bapak berlambak oh oh oh! So, pada hari ini gua nak berbual kenapa LELAKI sekarang banyak yang tak tau malu! Gua nak tanya pada perempuan perempuan di luar sana, pernah tak sekali dalam hidup lu orang, lu orang kena face satu conversation yang lu orang rasa tak comfortable? Macam boleh di kategori kan macam 'SEXUAL HARASSMENT' la kan. Kalau tanya gua, gua memang selaluuuuuu sangat mengalaminya. Apa yang ada dalam otak dieorang ni semua eh? Gua langsung tak faham. Bayangkan, dengan orang tak kenal pun kaum LELAKI jenis ni boleh selamba badak mak enon je petik petik pasal isu sensitif. Contohnya, lu orang naik teksi pun, mamat bawak teksi tu boleh start berbual LUCAH. Perghhh.. desperado sangat ke die...

Lelaki Lelaki Poyo, Elena Kirim Salam.xx

Imej
Hola semuaa!! Wah syahdu je masing masing post entry. Gua je terkapai kapai kat belakang. Takpe, gua pun layan je entry tetiap hari. Memang syahdu gila setiap masa asyik refresh baca comment, tengok update post baru. Sekali terpikir, eh bukan gua pun kena tulis ke? Demmmmm!! Okay, apa gua nak berbual hari ni eh? Haaaa mari spot jantan jantan kat luar sana. Apa yang lu orang pandang pada luaran lelaki tu? Okay fine. Gua memang memandang luaran. Fine fine. Tapi mari berbalik pada realiti. Sebab gua memang straight to the point sikit. Memang orang berbual ' dont judge a book by its cover ' but weyhhhh, lu orang nak ke bagi no phone kat mamat dress up gothic siap eyeliner ngan gincu super hitam? Gila apa? First sekali gua tak suka betul jenis mamat mamat budget handsome dalam shopping mall pun nak pakai shades hitam. Perghhh.. Menyirap siak. Lu orang buta mata ke buta hati? Kalau shades tu lu orang pakai waktu panas terik time lu orang bersidai kat kolam depan KLCC tu okay la....

Budaya Budaya Dalam Bercinta

Imej
Salam, Elena kembali. Gua nak cakap 'thanks' pada semua komen komen lu orang. Pedih pedih bagai semua ada, tapi gua tak terasa hati pun. Yang siap buat entry pembalasan pun gua tabik spring. Gua betul betul terharu siot. Okay lah. Hari ni kita berbual pasal relationSHIT pulak. Enough la kondem lelaki punya posts buat selamanya  sementara waktu. Bila lu orang berbual pasal satu perhubungan mesti la dalam kepala lu orang berbual 'COUPLE'. Apa budaya yang ada dalam ber-couple ni? Yang korang rasa alergik ah kan? Kat sini gua nak share beberapa budaya yang gua rasa haihhhhh henti henti kan lah weyh. Geli ketiak gua. 1 - Budaya Menge'check' Phone Pasangan. Perghhhhh.. Gua pun pernah buat dulu. Tapi gua bukan jenis selalu nak check ah kan. Ada ah dalam 2 kali setahun. Bila gua rasa something wrong ah kan. Selalunya memang gua berjaya menemui benda yang tak sepatutnya. Memang kepuasan ah. Haha. Btw, yang gua cuba sampaikan ni jenis 24 jam lu check phone awek/p...