Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel telekom malaysia

Cinta Pertama Atau Perkahwinan Sekarang?

Imej
Semua orang mungkin pernah melalui fasa percintaan dalam hidup. Kalau yang menyatakan tidak pernah langsung, mungkin dia perlu periksa hati dia. Menyimpan perasaan pada orang lain, hatta bertepuk sebelah tangan dan memendam perasaan sahaja pun sudah cukup untuk masuk kategori melalui perasaan bercinta. Susahkah mempunyai perasaan sedemikian rupa? Bila Terfaktab muncul dengan minggu perkahwinan, di sebalik himpunan tulisan aku mengenai perkahwinan, ada sesuatu yang lain mahu aku kongsikan di sini. Sesuatu yang mula menyelit dalam statistik pasangan berkahwin mula memikirkan untuk ke kelas kaunseling keluarga, mengupah peguam dan sebagainya serta naik turun mahkamah. Kes penceraian yang berleluasa membuatkan ramai anak muda (dan juga golongan tua sebenarnya), takut dengan istilah perkahwinan. [ Ini kisah dia ] Ada seorang teman meluahkan masalahnya kepada aku tatkala aku menceritakan betapa aku menjalani kehidupan dengan bersungguh-sungguh dan mendambakan gelak tawa yang ceria. Dia...