Untuk apa bercinta lagi jika kau sudah tidak percaya kepada si dia?
Baru selesai bermain game Runescape . Sumpah best game ni. Aku dah belajar tengok peta melalui game ni. *tepukan gemuruh untuk diri sendiri* Sekarang stalk tak payah pakai penyiasat persendirian. Cuma stalk melalui alam maya. Mudah dan percuma! Credit Picture . Menjadi stalker tak bergaji di Facebook dan Twitter. Kau mahu memastikan si dia tidak berfoya foya di alam maya. Jadi kau stalk 24 jam. Hasil stalking, kau mendapati si dia selalu bermain comment di status Facebook atau bermention mention dengan seseorang di Twitter yang kau tak kenali langsung. Jadi tak lama lepas itu sudah pasti kawan kawan si dia pun kau akan stalk sekali semata mata mahu melihat sejauh mana hubungan mereka. Sudah pasti banyak nama kawan kawan si dia dalam "list must stalk" kau itu bukan? Untuk apa kau mahu stalk? Tambah sakit hati kau sahaja sebenarnya bila kau seorang diri memerhatikan perbualaan mereka. Walaupun perbualaan yang biasa seperti seorang kawan biasa kepada seorang kawan biasa. T...