Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kahwin

Bila kawan kau dah kahwin...

Imej
Jangan tolong dia. Serius. Kalau kawan anda ceritakan masalah rumah tanggga dia, tolong! Tolong jangan bantu. Iye, aku serius. Walaupun kau dengan dia sama jantina dan kau confirm 99.99999% tak gay. Kau bantu dengar je. Bagi satu dua ayat "sabarlah member, apa-apa keputusan, aku support engko" satu tepuk di bahu atau peluk, lepastu setel. Dah. urut bahu pun boleh. "Tapi kalau member tu kena pukul, kena maki, kena curang, kena curi?" kau tanya aku. Well, jawapannya ya, tetap tak boleh. Nasihat sikit-sikit. Jangan maki jangan emo. Dah. Sebab apa kau tanya? Ramai dah kawan aku kena. Isteri menangis-nangis cerita lelaki curang DM perempuan lain. Kawan-kawan perempuan semua join bash lelaki tu. Siap offer support kalau cerai. Alih-alih, ehhh sambung balik. Lagi haru, persahabatan dengan kawan tu putus terus jadi musuh. Tak pasti samada sebab dia sentap laki dia kena kutuk atau pun dia rasa malu pergi balik kat jantan dia kutuk. Dua tiga kali juga aku ...

Jom lah kahwen

Imej
Majlis perkahwinan tuan punya gambar untuk Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti. Sekalung tahniah kami ucapkan dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat! Kredit buat Ruang Waktu, Azri dan Nina serta Tok Kadi Cikgu Ghani. Peh cikgu ghani pernah lempang aku dengan pengantin lelaki masa time kami sekolah dulu kot. Bisa bisa.. tapi bermakna! Bab lamar makwe untuk jadi kahwen kena ada ayat power. Contoh; Saya ingat nak ajak awak makan malam, tapi kalau awak macam okay, saya ingat nak ajak awak kahwen sekali. Mwahahaha.

Ai Lep Yu, Yu Pay.

Imej
Ah, dah lama tak menulis *regang-regangkan jari*. Ye la maklumlah sibuk naik London turun Paris kan. Kejap-kejap orang kat Milan panggil, kejap-kejap orang kat Amsterdam buzz. Lepas tu kene berulang-alik Bandung-Surabaya-Jakarta jumpa klien-klien, nak duduk menulis pun payah. Eh tipu je lah. Saja je tulis gaya Abang Borhan. Mana tahu jap lagi penuh inbox FB dengan ayat-ayat mengorat para peminat. Hihi. Ok berbalik kepada isu utama, ni terfikir-fikir juga la. Fasal hantaran. Maskahwin. Ala, time single la kena pikiaq. Kan nanti dah kahwin buat apa nak pikiaq lagi, nasi sudah menjadi congee.   Kalau jadi kari, makan dengan congee pun tak inzal lagi. Ada ke orang makan congee inzal? < gambar dari sini > Haa! Nah, ramai sangat lelaki sekarang merungut fasal harga tinggi. 5-6k tak pa lagi (kalau dah kerja la, kalau Boxer pun rembat rumet pastu pakai sampai rabak jangan la memandai nak meminang); tapi kalau dekat 20k 30k parah jugak nak mencari. Nak suruh tunggu lagi lima ta...

Kualiti Hidup Berpasangan.

Imej
Zaman sekarang ni ramai betul nak berbicara mengenai kualiti. Semua benda nak kualiti. Kononnya kualiti haruslah membenam kuantiti. Kualiti dalam segala hal termasuklah hendak memiliki pasangan hidup yang kualiti tanpa memikirkan tahap kualiti diri sendiri. Kalini, aku sebagai penulis yang rendah darjatnya di sisi kalian pembaca-pembaca blog terfaktab, ingin berkongsi sedikit idea mengenai apa yang aku tahu mengenai kualiti di dalam hidup. Lebih spesifik, hidup berpasangan. Bila bicara mengenai kualiti, pastinya ia terlampau subjektif untuk di spesifikkan kualiti jenis mana yang kau harapkan ada pada pasangan kau. Ya, ia sangat subjektif. Mungkin kualiti yang aku harapkan ada pada bakal kekasih aku nanti tidak sama kualiti dengan apa yang kau harapkan. Umpama bila membancuh air milo yang berkualiti (ada setengah orang sebut melo. Aku tak tau celah mana huruf 'e' tu wujud), sememangnya ada orang yang suka milonya nipis dan rasa manisnya tinggi. Macam aku, aku suka kepekatan cok...

paksa - rela

Imej
Assalamualaikum wbt.. eceh ! aku ni ada masa sibuk macam ibu ibu beranak lima. tapi tu kadang kadang je la. tadi siang aku bercengkarama di page terfaktab. tertangkap dek pandangan aku wall post pasal kahwin paksa. tak tahu bila punya post. kat bawah bawah ala jugak. aku merasa terpanggil untuk berkata kata sedikit tentang isu ini. kahwin paksa. dari segi istilahnya, maksud dia perempuan dengan lelaki, di kahwinkan bukan dengan kerelaan. selalunya perkahwinan yang kita namakan dia 'kahwin paksa' ini di aturkan oleh keluarga. pasangan yang ingin dijodohkan mungkin saling tidak mengenali, apatah lagi menaruh perasaan antara satu sama lain. pasangan ni pulak mungkin dah ada calon pilihan sendiri. atau mungkin tak mahu urusan masa hadapan mereka di atur sedangkan mereka sudah cukup dewasa untuk mengatur kehidupan sendiri. okey potong ! mukaddimah panjang benor. gini lah. Allah pernah kabo dalam perutusan warkahNya untuk kita kita "Boleh jadi kamu membenci se...

Cerpen: Melankolik Nasi Telur Goreng

Imej
“Assalamualaikum.. .honey, I’m home !!” Aku terdengar sayup suara yang amat dikenali itu. Tangan kananku membetulkan sanggul rambut di samping tangan kiriku menolak kuali ke dalam sinki. Aku menyusup keluar melalui pintu dapur dan melihat si suami baru sahaja menutup pintu peti surat. Lalu dia berjalan ke arah aku sambil tangannya menyelak satu persatu helaian surat yang dikirim. Pantas aku ke pintu—surat itu ku sentap dengan tangan kiri—dan menyalam tangannya. “Baru balik, bang?” kataku sambil mencium salam dia. Helaian bil berwarna merah dalam celahan surat itu aku sorokkan di belakang dan aku lontarkannya jauh dari pandangan. Lalu menariknya ke meja makan. Bang, tengok...Dila dah siap masak untuk abang,” aku membuka tudung saji. Sepinggan hidangan lengkap, masih berasap; berserta dua gelas Teh-O. “Amboi, Omuri rice ...” katanya. Omuri rice adalah Nasi Goreng Pattaya versi Jepun, pastinya membuatkan dia tersenyum. Aku tau sangat apa kegemaran weaboo macam beliau. Tambah lagi b...

Bercakap Pasal Kahwin.

Imej
Aku baca entry Hellioz - Your Relationship Is Not A Priority Unless You Are Officially Married To That Person dan aku ingin keluarkan pendapat aku pulak. Honestly, apabila refer dengan entry tu dengan entry Bukan Penggoda pasal nilai hantaran - aku rasa lebih baik kita berpijak pada realiti yang ada sekarang. Kahwin - satu perkataan yang cakap je senang. Masa aku kecik-kecik dulu adik aku pun main kahwin-kahwin dengan budak jiran sebelah. Kacis je bunyinya - main sanding kahwin-kahwin. Tapi berdasarkan entry Bukan Penggoda - aku rasa dia nampak realiti tu. Sekarang ni aku nampak orang suka letak status kat Facebook - SPM berapa, STPM berapa, degree berapa, master berapa - dah macam harga kilo kat pasar malam. Macam Indeks Pasar Ramadhan aku buat dulu. Ada yang bercakap perkahwinan ini adalah tuntutan ugama. Tetapi ada juga manusia yang tidak berugama dan meragui ugama - contoh macam ex girlfriend aku. Tapi bagi aku ex girlfriend aku - yang cakap dia akan jadi annoyed bila aku start b...

Nilai Hantaran Kahwin VS Maruah Seorang Perempuan

Assalamualaikum. 안녕... Aku tengok kat status fesbuk skang ni merata orang letak nilai hantaran kahwin terkini. Kononnya. Aku bukannya nak menentang ke ape. Cuma aku kurang bersetuju. Sebab benda-benda macam ni sbnanye hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Apa masalah yang sedia ada? Masalah maksiat sudah tentulah, takyah cakap pon sume dah tahu. Masalah andartu dan buter (bujang terlajak) pon akan meningkat. Kadar perceraian dan poligami pon akan turut sama mencanak naik.  Eh, cakap pasal poligami, aku bukanlah tak setuju tapi harus kena pada cara dan kemampuan jugak. Hari tu aku ada jumpa sorang mamat ni, nak dijadikan cerita, aku borak la dengan dia. Dia terus terang je gtau yang dia dah ada dua anak, isteri je baru sorang. Dan biasalah, orang lelaki... Kalau bab-bab kawen lebih daripada satu ni memang cepat je keluar hukum tu hukum ni. Ikut sunah la, ikut hukum agama la, dan sebagainya. Memang fasih je dorang akan keluarkan segala macam fakta kan. Bak kata orang lelaki;...

Erti sebenar akad nikah

Imej

Bride-Want-To-Be : Awareness for Dummies

Imej
Hai gojes gojes semua. Mesti semua ternanti-nanti tip-tip serta informasi terkini dari mak kan? Tinggalkan segala drama mama di wall Terfaktab tu. Marilah bersama mak menuju kegembiraan duniawi. Wahh gitu.. Itu je mak boleh janjikan. Selain dari duniawi, noks noks semua jawab lah sendiri ye. Jadi berbalik kepada tajuk yang terpampang di atas sana, mak tengok sejak akhir akhir ni ramai betul orang kahwin. Nak kahwin lepas raya pun berlambak. Maklumlahkan, dah hujung hujung tahun ni haaa... Kerllassss kau noks, nak berlaki dah bagai. Mulalah memasing kemain sibuk bebenor la mengatur majlis. Semua nak serba serbi updates. Baru lah grand kan? Yang lain kahwin yang lain beriya iya mak tengok. Haruslah berlawan sesama jiran, sedara mara, adik beradik gitu. Pedulik apa kan? Mak andam jugak kaya raya gitu. Tapi kan sayang-sayang sekalian, kalau nak beriya iya pandang jugak lah kiri dan kanan haaa.. Jangan dok main taram je. Dah la kahwin sekali seumur hidup (melainkan kau jantan kaya raya...

[Edisi Perkahwinan] Ayat Selepas Berkahwin. kahkahkah!

Wkwkwkwkwkwkwkwk! Siapa woi yang buat ayat macam ni memang lawak doeeeeeeeee. I seriously laugh with all this! Siapa pemilik asalnya? Ah. Jumpa kat forum sebenarnya. ENJOY! Sebelum Tido: 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha Pakai Toilet: 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 6 bulan: Masih lama lagi ke nih? 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!! Balas SMS: 6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K.. 16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe…. Dating process: 6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??? More Than ...

[Edisi Perkahwinan] : Dah ready belum nak kahwin?

Imej
(Today was a fairytale, you were the prince I used to be a damsel in distress You took me by the hand, and you picked me up at six Today was a fairytale, today was a fairytale Today was a fairytale, I wore a dress You wore a dark gray t-shirt You told me I was pretty when I looked like a mess Today was a fairytale) Lalalalalala~ Ah. Lagu tu sesuai lah untuk orang yang dah nak kawin. Perkahwinan ialah ikatan dua jiwa. Marriage is not all about sex tahu? Kalau nak sex, sekarang juga kau boleh buat kan? Tak payah langsung tunggu time kahwin. Berkahwin sebab elak maksiat salah satu sebab dia. Tapi berkahwin juga sebab kita dah yakin "He's the one" or "She's the one" . Yes. Kalau pakai mulut "Sayang, jom nikah" "Will you marry me?" is easy to said YES. But nak buat tu susah. YANG PALING PENTING DUIT DAH ADA KE NAK KAWIN DENGAN ANAK ORANG? Kalau umur kau baru under 18 tak relevant langsung nak cakap pasal marriage bagai. Makan minum pun mak ...

Lima perkara perkahwinan Omputih yang patut Omelayu ada.

Imej
Ha, nak ikut tema minggu ini, saya nak berikan pendapat dari bahagian saya pula. Semenjak dua menjak ni member saya asyik cerita pasal persediaan kahwin sana sini. Kena buat pelaminlah, kena beli baju untuk orang langkah bendullah, kena buat hantaran bilangan ganjillah...amboih, macam-macam syaratlah perkahwinan ni!  penat saya menulis, penat lagi anda yang membaca! kehkeh. tapi kata orang tua, ada faedah dan kebaikan tertentu; bukan diorang saja-saja letak syarat macamtu. Tak kisahlah apa diorang nak kata, sebenarnya ada juga budaya perkahwinan yang baik tetapi kita tak buat. Maksud saya, dari perkahwinan orang bukan Melayu--contohnya orang putih. Sebenarnya ada banyak ciri-ciri perkahwinan diorang yang yang saya fikir, alangkah bagus kalau orang kita ikut. Tak percaya? Meh baca ni....lima benda dalam Wedding Omputih yang kita patut ada! 1) RSVP Card Kalau majlis kahwin orang putih, mereka akan selitkan poskad RSVP dalam kad kahwin. Dalam tu ada soalan “Attending? Not ...