Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ER

Kaca Atau Permata, Natang?

"Aku mencari yang terbaik!" "Aku setuju." "Jadi tak salahkan aku memilih?" "Masalahnya kau memilih terbaik dari pandangan luaran. Bukan dari dalaman. Kau nak yang cantik, yang putih, yang kaki panjang dan berseluar hot pant. Tapi kau tahu macam mana dia treat kau kan? Semua pun tak kesah. Untuk apa?"  Lelaki. Yang jatuh dalam kategori ini, aku memang tak faham. Yang tak kesah perempuan berperangai walau macam setan. Yang bunuh dan tikam hati kau dalam-dalam. Exception kalau perempuan tu cantik dan bergaya sakan.  Kau tahu beza kaca dan permata? Mungkin kau tak tahu sebab kau memang hanya layak dapat kaca sahaja.  Pilihan itu selalu melalaikan, bukan?  *senyum sinis*  p/s: sorry lah. Aku gian menulis. Aherherher. -ER-

Permasalah Cinta?

Permasalahan Cinta. Kadang-kadang aku tertanya. Itu babi apa? Termenung tepi tangga, bucu katil, luar jendela. Makan tak lalu, mandi tak basah. Rabak tak sudah. Ditinggalkan, meninggalkan itu perkara lumrah. Sama ada kau yang akan blah, ataupun dia yang akan pergi. Tak kesah lah kalau kau dah berkahwin, untung sangat lah kau mati sekali dengan pasangan. Tapi sebenarnya, salah satu akan pergi dulu. Tapi aku meninjau sekeliling, pandang kiri kanan. Orang putus cinta pun boleh terjun bangunan. Aku tak tau nak kata bangang ke meroyan. Bila tanya balik baru 3 bulan berkenalan. Kau nak aku terajang kau dari belakang? Kena tinggal macam kau dah mengandung 5 bulan, macam kau ada kongsi anak sampai 8. Orang lain masalah cinta dan perhubungan lagi besar beban. Tak ada pun nak pisang 24 jam. Bila kau rasa kau patut sedih selama 5, 6 bulan, aku rasa akau kena pikir balik tentang diri kau. Adil atau tidak kau biar benda tu pengaruhi diri kau, emosi kau, mak cakap pun kau nak melawan, dengan ...

Pergi Tak Kembali

Bila kau rindu dia,  Tapi tak dapat dengar suara,  Tapi tak dapat bergurau mesra, Tapi tak dapat berlawan bicara, Tapi tak dapat lagi bersua muka. Kau hanya ada, Kenangan bersama, Gambar yang lepas sewaktu Hari Raya, Gambar yang lepas sewaktu bergembira.  Masih jelas gambaran si dia di saat hampir tiada, Masih jelas tangan-tangan yang mengesat air mata,  Masih jelas berita sedih itu bergema, Masih jelas sewaktu kau, aku dan mereka bersama.  Kau merenung jauh, kosong.  Kau rindu dia separuh nyawa.  Kalaulah dapat putar semula.. Kalaulah dapat luang lebih masa bersama.. Kalaulah dapat berada di sisi sewaktu nafas terakhir direntapnya.  Abang, ayah, ibu, adik, kakak, sahabat, suami, isteri, anak, jantung hati. Bersemadilah engkau di sana. Di dalam hati yang dipaksa rela. Semoga Ramadhan meringankan bebannya. Dan semoga Syawal mempertemukan kita semula dalam Fatihah yang dibaca. ...

Cinta #VanillaCoklat derr..

Ahhh.. Cinta cinta, kahwin muda, Kononnya nak elakkan berzina, Kalau rasa nak cegah dosa, Dari awal tak payah nak mengada, Duit takde, nak perjuangkan cinta, Ya, cinta tu suci dalam agama, Tapi tak salahkan kalau kau ambil langkah berjaga, Ni tak, belajar ke mana cinta je ada, Kau ingat kahwin muda tu setakat sweetnya pergi kelas bersama? Nak halang nafsu bergelora? Apa kata kau berpuasa, Kau ingat masa belajar tu dah masuk syarat wajib bersenggama? Cuba kau kejar dulu impian masa muda muda, Dah kerja, bayar balik jasa ibu bapa, Senangkan mereka, travel satu dunia, Baru kau berumah tangga, Ni nak nikah gantung aja, Lagilah nanti nak support keluarga, Habis mak bapak lagi macam mana? Lain lah kau tu jenis kaya gila, Cuba bukak mentaliti tu kasi luas punya, Banyak lagi benda patut di dahulukan sebelum cinta, Ni aku tengok bersepah semua bermesra-mesra, Duit nak top-up pun bergantung kepada keadaan semasa, Diri sendiri tak terjaga, Rasa dah boleh pikul tanggungjawab bawak ke syurga? Pel...

Dari Makwe ke Pakwe

Pakwe oh Pakwe, Kadang-kadang kau buat makwe jadi gila, Ada masa tu senyummmm sampai ke telinga, Dalam kasar-kasar tu, makwe boleh jadi mengada-ngada, Sampai diri sendiri tak percaya, Macam tu sekali penangan cinta. Dalam selekeh tu, makwe cuba-cuba nak bergaya, Balik rumah, eksperimen macam-macam kat muka, Kononnya nak tampil menawan dan jelita, Bukan untuk siapa-siapa, Untuk pakwe juga. Pakwe oh Pakwe, Dah ada depan mata pun kau buat perangai juga, Tengok perempuan lain sampai terbeliak bijik mata, Kau tanya takkan tengok pun makwe tarik muka? Muka makwe dah start masam mencuka, Kau plak buat macam tak ada apa-apa, Makwe pun confuse kau ni buta ke apa, Tak tahu ke makwe ni dok tunggu kau punya kata-kata, Ni kau sanggup buat bodoh sampai ke lusa, Elehhhh.. Pujuk sikit pun takkan nak berkira? Pakwe oh Pakwe, Kau ignore makwe sebab dota ke bola ke, makwe tak kata apa, Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama, Kau ingat makwe suka? Kemain lagi kau kal...

SHARING IS CARING HONEY.

SELAMAT DATANG KE MINGGU POLIGAMI Pada kali ini aku akan memulakan minggu bertema kita. Jarang-jarang betul nampaknya bila aku yang memulakan acara. Tapi atas dasar permintaan boss aka kawan karib aku sendiri, memang aku tak boleh nak menolak. Aku rasa entry ini berbau serius. Ya, aku memang serius. Dan huraian-huraian di bawah adalah lahir dari hati dan naluri aku sendiri.  Bagi yang mengenali sisi penulisan aku, ramai tahu yang aku ini pejuang hak-hak kewanitaan. Dan sudah semestinya ramai yang akan berkata bahawa aku memihak anti-poligami. Tapi sebenarnya aku ini seorang yang PRO-POLIGAMI *lelaki bangun ramai-ramai dan tepuk tangan* Setelah aku rasa menulis begini dah macam jurnal majalah sekolah, baik aku menulis dengan lebih santai lagi.  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Prinsip ini aku dah pegang dari zaman sekolah. Jangan tak percaya. Aku selalu berangan untuk dapat 'Payung Emas'...

Kekasih Berbau? Awwww...

                                                                                                                                                                                                Ye dik non-dik non sekalian, mak tahu mak dah lama menyepi gitu. Mak bukannya apa, mak busy sikit dengan bapak gula dan jugak anak-anaik ikan mak. Mak ni jenis kasih sayang melimpah ruah tahu? Haruslah di bahagi sama rata kepada orang-orang yang memerlukan. Kasih-sayang yang lebih tu nak simpan buat pekasam buat hape? Tak mend...

Long Distance Relationship is BULLSHIT!

*patah-patahkan jari bagi bunyi-bunyi sikit* *bersiap sedia untuk di maki* p/s: Tulisan ini adalah 100% pandangan peribadi gua. Mohon pasrah. Ya, tengok tajuk pun lu orang dah boleh tahu apa isu yang gua nak ketengahkan. Gua tahu ramai yang tak akan puas hati. Ramai juga student-student berlainan universiti melemparkan kata-kata kesat ke gua di dalam hati. Sebab kebanyakan lu orang ni jenis berbudi pekerti katanya. Sudah bertudung litup takkan nak hisap rokok pulak eh eh takkan nak memaki hamun di khalayak ramai pulak kan? Kenapa gua katakan LONG DISTANCE RELATIONSHIP ITU BULLSHIT ?! Kenapa? Gua rasa banyak dah tahu kenapa, tapi pura-pura tak nak amik tahu katanya. Konon-konon ianya berjaya. Ya, adalah kot yang berjaya tapi ntah aku tak pernah nampak lagi kengkawan yang dah kahwin sebab LDR ni ha. Yang punah ranah itu berlambak. Pada gua, satu relationship yang sihat itu haruslah mendaki puncak bersama-sama. Maksud gua ialah susah senang. Contohnya, lu kat Malaysia, pakwe lu ...

TERFAKTAB - Terima Kasih!

Hai semua, Gua harap semua dalam keadaan sihat walafiat. Gua agak slow sikit kebelakangan ni. Mungkin kerana gua merasa kehilangan rakan puaka gua iaitu si Leplep. Dan juga gua busy pindah ke rumah baru. Jadi kesimpulannya, gua memang busy. Oh ye, gua nak mengucapkan SELAMAT HARI JADI YANG PERTAMA buat TERFAKTAB . Semoga lebih maju ke hadapan, semoga lebih gempak, lebih menyengat, lebih power, lebih bergaya, lebih di iktiraf, lebih ramai pembaca, lebih membantu, lebih segala-galanya lah. Setinggi penghargaan di ucapkan kepada, kemain poyo plak ayat gua ni. Ye, kepada boss merangkap BFF yang dikenali sudah 9 tahun rasanya. Tepukan untuk Abam Pendek, AQRAM. Kehkehkeh! Sorry Boss. Tanpa anda, siapalah Elena Reeney. Ye dak? Juga kepada skuad TERFAKTAB , anda semua memang POWER! Terima kasih atas segala kerjasama, support, saling memback up each other, dah rasa macam satu famili tahu? Tanpa anda semua, TERFAKTAB tidak akan berada di tahap ini. TERIMA KASIH! Para readers dan ow...

Troll : Jenis Lelaki Keji

Lelaki oh Lelaki, Ditujukan khas untuk jenis lelaki yang akan butthurt sendiri, Bukan semua lelaki, Hanya yang terasa hati, Jenis kalau kau gebang habis satu negeri, Kau kata kau lah yang paling power sekali, Isu politik, isu agama, isu semasa, isu basi, semua kau bantai sekali, kononnya nak impress si puteri-puteri, kononnya kau lah lelaki idaman di abad ini, kononnya kaum Hawa ni senang je kau nak kasi jatuh hati, kononnya lelaki lain memang dah tak boleh nak pergi, kalau kira peperangan kau mestilah yang depan sekali, kaulah sempurna walaupun doa qunut pun tak lepas-lepas lagi, kau kondem orang sana-sini, lagi lagi perempuan yang kau rasa macam tak mengerti, yang tak se'power' dan hanya setaraf kau punya kaki, tapi perempuan perempuan ni juga lah kau cari kalau terasa hati, atau nak mengadu pasal jiwa dilukai, nak mengadu pasal kena troll di dalam entri, eh eh eh, bukan tadi macam berani mati? kesejatian kelelakian kau memang kami ragui, bak mai depan depan, ada berani? ...

Lelaki & Fakta

Selamat kepada semua. Selamat Hari Raya, Selamat Hari Satu Malaysia, Selamat Hari Ulangtahun, Selamat untuk Move On, Selamat untuk Menackle Awek Baru, Selamat Hari Pertunangan, Selamat Menjadi Pengantin, Selamat Menyambut Anak dan sebagainya. Kemain banyak lagi SELAMAT. Gua tahu hari-hari korang tak akan bermakna tanpa membaca TERFAKTAB. Ecehhhh.. Okay, hari ni gua tertarik nak menulis pasal awek-awek semua. Setelah gua amati dan selidik dan pertimbangkan, al-maklumlah gua ni kan dah dikira separa lelaki. Dari kecik-kecik sekolah tadika ke dah tua bangka, kengkawan lelaki lagi ramai dari kawan perempuan. Jadi gua boleh dikatakan cukup masak la dengan perangai dieorang ni. So kat sini gua nak list down kan hasil pemantauan gua selama bertahun-tahun lamanya. 1) Lelaki Tak Suka Perempuan Banyak Tanya Korang tahu tak yang kaum Adam ni jenis cepat rimas? Jadi pertanyaan hendaklah K.I.S.S (Keep It Simple Stupid!) Ini tak, kalau dah janji nak dating, bf/suami lu lambat sikit, lu dah mengg...

Bride-Want-To-Be : Awareness for Dummies

Imej
Hai gojes gojes semua. Mesti semua ternanti-nanti tip-tip serta informasi terkini dari mak kan? Tinggalkan segala drama mama di wall Terfaktab tu. Marilah bersama mak menuju kegembiraan duniawi. Wahh gitu.. Itu je mak boleh janjikan. Selain dari duniawi, noks noks semua jawab lah sendiri ye. Jadi berbalik kepada tajuk yang terpampang di atas sana, mak tengok sejak akhir akhir ni ramai betul orang kahwin. Nak kahwin lepas raya pun berlambak. Maklumlahkan, dah hujung hujung tahun ni haaa... Kerllassss kau noks, nak berlaki dah bagai. Mulalah memasing kemain sibuk bebenor la mengatur majlis. Semua nak serba serbi updates. Baru lah grand kan? Yang lain kahwin yang lain beriya iya mak tengok. Haruslah berlawan sesama jiran, sedara mara, adik beradik gitu. Pedulik apa kan? Mak andam jugak kaya raya gitu. Tapi kan sayang-sayang sekalian, kalau nak beriya iya pandang jugak lah kiri dan kanan haaa.. Jangan dok main taram je. Dah la kahwin sekali seumur hidup (melainkan kau jantan kaya raya...

FIRST DATE FOR DUMMIES, DOs & DON’Ts

Imej
Wahai tuan puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja, ada pembantu baru katanya. Tentunya anak ikan dia. Aww.. Ehhh.. Ehhh.. Terlepas pulak mak menulisnya. Tak tahan kepala mak memikirkannya. Maklumlah suami mak handsome orangnya. Bekas menteri pulak tu. Sekarang selalu tak balik rumah, busy sesangat dengan aktiviti-aktiviti kebersihannya. Kesian la mak ni ha.. Terkontang kanting keseorangan. Dibiarkan gersang tanpa erti kasih-sayang.  *tangan ke dada, mata ke atas* Mak bukannya apa dik non-dik non sekalian, mak rasa mak salah membuat pilihan dalam kehidupan. Mak rasa sepatutnya la kan, mak cepat-cepat blah dari my current suami ni masa awal-awal pertemuan. Kononnya perangai tak senonoh dia waktu date-date dulu tak akan memberi impak yang maksima dalam kehidupan mak. Eh.. tak sangka kau nok, kalau first date dik non-dik non dulu dulu tu memang di ambil kira either di terima atau di reject okay? Percayalah cakap mak yang dah berpengalaman dalam cintan cintun ni be...

Emosi

Imej
Aku berlari. Emosi. Duduk di penjuru. Membatu. Lorong yang gelap dan kelam. Hitam. Aku berlari lagi. Mana nak pergi? Pergi mati? Sial.  Tak boleh jadi ni. Rasa itu tak mahu pergi. Jadi bagaimana ni? Aku sendirian lagi. Memerah otak dari pagi sampai ke pagi. Pilihan terbentang luas, nak apa lagi? Ahh.. berbual tepi. Pandai la kau memaki. Yang buat keputusan ini, diri sendiri la babi! Cinta, sayang, rindu, dendam. Masih lagi terpendam. Nak melangkah ke belakang. Selalu di bangkang. Habis? Kau boleh jamin yang di depan itu, Adalah mahu ku? Adalah takdir ku? Boleh membahagiakan ku? Kadang kadang aku rasa. Dunia ni kejam. Tuhan tu tak adil. Astaghfirullah. Aku hanya mampu berdoa. Yang di atas sana supaya tetapkan hati. Kepada apa yang dirasakan-Nya terbaik untuk diri ini. Kepada si dia, Cinta itu pasti. Separuh mati. Tapi. Aku mahu yang hakiki. Dapatkah kau menemani ku di syurga nanti? p/s: entry ni agak emosi. tapi paling tepat untuk meluahkan isi hati.

Masuk Toilet Pun Dah Naik 40sen, Bro.

Imej
Lokasi : Dalam bilik Mood : Sedang menghabiskan Marlboro Biru berperisa gula gula Gua agak struggle dari minggu lepas. Gua agak bengang bila idea tak datang datang dalam kepala hotak gua. Kadang kadang gua rasa agak benak la jugak. Tapi lately ni agak hangat bila gua baca tentang hantaran ah, mas kahwin lah, dinar emas lah, apa kejadahnya lagi lah. Tapi lu perasan tak, kalau jejantans ni semua, bila berbual bab ni je mesti jadi super kedekut. Hellloooo? Nak menikah dengan anak orang okayyy.. Bukan hanak hayam. Bila tanya, nak tunang ke tak sebelum nikah? Laju je jejantans ni semua. Tak payah tunang-tunang, membazir je. Hah? Menjawab la kau dengan bakal mak mertua. Kalau gua, haruslah merisik, bertunang, nikah. 3 cincin kau. Tak nak ke? Lepas tu semua benda nak ala kadar. InsyaAllah benda ni sekali je seumur hidup, apa salahnya. Bukan nak suruh buat gah macam Elly Mazlin bertunang siap naik kereta kuda bagai. Tapi biarlah senonoh sikit. Banyak benda boleh kita buat kalau pandai. ...

Not Really A Love Song

Imej
Wahhhh.. selamat kembali bersama ER. Maklumlah, TERFAKTAB sekarang banyak penulis and gua sure korang semua terhibur dengan pelbagai genre in writing. Okay, gua dah boleh bersara. Since lagu lagu cinta super sweet and sedih berlambakan di entry entry sebelum ni, marilah kita meneruskan minggu LOVE song ni dengan nada yang sinis. Kadang kadang bila kita break up, kita rasa menyampah. And nak cakap, " Eh, eh.. Macam gua mati je lu takde kan? " Gua rasa gua banyak memilih untuk mendengar lagu lagu nyanyian Lily Allen. Sebab pada gua lagu dia realistik. Even ada benda taboo pun but hey tu lah benda yang kau kena telan. First, lagu ni memang comel. Gua rasa macam sweet revenge :) At first when I see you cry, yeah it makes me smile, yeah it makes my smile At worst I feel bad for a while, but then I just smile I go ahead and smile Second one, okay ni macam taboo sikit la. Lets say, u guys dah jumpa lelaki idaman. memang perfect ah serba serbi but can't satisfied u ...