Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ni bukan iklan sangat lah

P E R O M O S I

Imej
Gua kena paksa sebenarnya nak buat entri ni dengan LejenPress. Namun, gua akur kerana demi menegakkan unsur kapitalisma yang bersih dari cengkaman freemason dan illuminiti. Gua tulis jugak demi kesejahteraan umat manusia yang dahagakan ilmu dan kasih sayang. Ya, kami-lah hero sebenar. Kamilah penyelamat minda kamu semua yang semakin hari semakin dijerluskan dengan program-program realiti dan siri Cinta Elysa. Nasib baik dah tamat siri itu. Layari laman LejenPress di www.lejenpress.com LEJEN PRESS - Sebuah syarikat penerbitan buku yang berlagak dan angkuh. Tetapi tidak menerapkan semangat Umno mahupun Pas. Sebaliknya syarikat yang diterajui dua anak muda, dan bakal tiga tak lama lagi dengar ceritanya adalah satu-satunya syarikat penerbitan buku yang mempunyai masa depan cerah dalam menumbangkan monopoli Alif 21 (abaikan typo) kerana hanya yang terbaik dari yang terbaik sahaja akan diterbitkan oleh Lejen Press untuk selera anak muda kini. Dengar khabar Ben Ashaari juga berminat hendak ...