Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat.
Perkahwinan membawa aku ke suatu dunia baru yang bernama realiti. Perkahwinan sama sekali tidak serupa dengan alam percintaan. Maksud aku, percintaan sebelum berkahwin. Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat. Yang menyengat itu lah realitinya. Betapa selepas berkahwin, baru aku sedar bahawa bercinta selepas diikat dengan ijab dan kabul adalah lebih manis. Manisnya, apabila segalanya tentang pasangan adalah yang baru sebab sebelum ini kita tak pernah benar benar kenal dengan dia. Segalanya tentang dia adalah sesuatu yang kita harus belajar untuk pertama kali. Segala galanya juga adalah pengalaman untuk yang pertama kali. Faham maksud aku? Misalnya bila merajuk, untuk yang pertama kali kita dipujuk dengan pelukan. Kan manis. :) Bila bercinta lama lama sebelum kahwin, keindahannya adalah berbeza. Sementara nak biasa, kita akan rasa ada saja yang tidak kena. Aku kasi contoh. Leman dengan Timah bercinta tiga tahun. Sepanjang tiga tahun, setiap...