Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ibubapa

Versi Ibu Mertuaku ! Tips bertemu bakal mertua.

Imej
Amboi lama dah tak tulis kat sini. Ini juga betapalah effortless punya entry. So girls, this is for you ! ----------- Komunikasi adalah penting dalam kehidupan setiap insan. Bercakap, menangis, ketawa, waima pergerakan badan dan bahasa isyarat sekalipun adalah antara medium berkomunikasi. Tulisan dan lukisan jangan pula kita lupakan. Mereka tergolong di dalam medium komunikasi. Jadi sekarang ini kamu boleh teka apa yang sedang dilakukan oleh saya? Boleh teka? Ya ! Pandai ! Saya sedang berkomunikasi ! Okey okey.. back to the main issue. Sepandai pandai kita bercakap di depan public, sepandai pandai kita berpidato, berceramah, kita akan merasa gugup jua apabila berhadapan dengan bakal ibu dan bapa mertua. Siapa yang setuju angkat tangan ! See.. ramai yang setuju. Okey tipu. Tak nampak pun korang angkat tangan. The truth is, aku ni adalah seorang yang sangat sangat suka bercakap depan public. Bukan nak membangga bangga, tetapi realitinya kalau disuruh aku buat presentation...

Surat untuk bakal ibu mertua

Assalamualaikum.. Hai mama eh makcik..Apa khabar? Saya harap makcik sekeluarga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Tuhan. Walaupun saya tahu makcik takde blog,takde fesbuk,takde formspring saya tetap degil untuk menulis surat ini kepada makcik. Siapa tahu ada kawan-kawan makcik yang membaca blog dan menceritakan tentang surat ini kepada makcik kan? Untuk makluman makcik,saya sedang serius mencintai anak makcik. Maksud saya anak perempuan makcik,tak pernah terfikir lagi saya nak mencintai anak lelaki makcik. Jangan risau,saya normal orangnya. Saya yakin makcik cantik orangnya,kalau tak cantik mustahil makcik mempunyai anak secantik itu. Untuk pengetahuan makcik,saya berasal dari Kuantan,Pahang. Rumah saya dengan Teluk Cempedak tak sampai 4 lagu main kat radio dah boleh sampai. Sebagai orang Kuantan saya tidak mempunyai loghat atau dialek yang sukar untuk difahami. Jadi saya yakin makcik boleh berkomunikasi dengan saya secara mudah dan jelas. Pada masa lapang mungkin saya ...

Anak Angkat

Berikut merupakan kiriman penulisan yang di kirim ke email Terfaktab (terfaktab@gmail.com) oleh pemuda yang meminta tidak mahu mendedahkan identitinya. Apatah lagi mahu memberikan link-nya. Katanya, " Aku terlalu hensem untuk di dedahkan ". Marilah kita membaca penulisannya berkaitan Minggu Familyhood. Enjoy! " Saya anak angkat? Oh tidak. Mama mesti menipu. Mama penipu! " Skrip tipikal drama-drama yang berkisar tentang keluarga angkat selalunya berakhir dengan tragis bila mana yang diangkat akan melarikan diri jauh dari yang mengangkat. Lari kerana tidak dapat menerima kenyataan. Bodoh. Sebenarnya drama itu mengajar semua anak angkat supaya tidak lari dari keluarga angkat meski mereka sudah dewasa dan mampu hidup sendiri malah berupaya untuk melupakan jasa ibu dan bapa angkat mereka membesarkan mereka. Adakah anda yang membaca ini anak angkat? Jika ya, usah tundukkan kepala. Usah malu usah takut dengan masyarakat. Adakah masyarakat itu yang membesarkan anda? Ada...

[Edisi Keluarga] Dementia. Alzheimer.

Imej
Penyakit dementia. Lebih kurang penyakit alzheimer juga. Orang tua yang lupa jalan balik rumah. Lupa macam mana nak perform one task. Dan mereka hanya boleh ingat memori memori yang dah lama berlalu. Mereka tidak dapat ingat perkara yang baru terjadi. T_T. Kadang-kadang kejap ingat kau siapa. Kejap tak ingat langsung kau siapa. Bersempena dengan edisi keluarga minggu ini, mari kita sama sama menonton sebuah short film daripada Singapore ni. Sangat tacing habis tahu. Tengok hoi sampai habis. Ada subtitle english. Kalau malas nak tengok. Meh aku cerita summary dia. Cerita dia pasal seorang nenek yang cuba masak nasi untuk cucu perempuan dia. Lepas tu periuk nasi kat dapur tu katanya tak boleh pakai. Rosak padahal periuk tu tak rosak pun. Cuma nenek tu terlupa nak pasang plug dia. Lepas tu nenek tu pergi kedai nasi ayam. Bungkus nasi untuk cucu perempuan dia tu. Then, nenek tu dalam pertengahan nak balik rumah tu. Dia terlupa jalan balik rumah. Sampai ke malam dia cuba cari jalan nak bali...