Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel emosi

Bermuka-muka di Muka Buku.

Assalamualaikum.  Aku tules ni sambil ngadap tengok citer Ombak Rindu kat Astro First. Jangan tanya kenape aku tengok citer tu walaupon aku tak suka. Ya, memang mulut aku tak benti menyumpah citer tu. Kalau Maya Karin ke Aaron Aziz ke Osman Ali ke, atau sesape jela yang berkaitan dengan filem tu baca entri aku ni, mohon jangan mengada nak saman aku. Bawak-bawak la belajar terima hakikat. Huh. Ohh, aku takde la nak tengok sangat pon citer ni tapi sebab aku tengah online kat ruang tamu, jadi takleh nak elak la. Takkan aku nak tutup mata sambil tules entri pulak kan. Memang tu namanya aku sedang ngigau dalam tido. =.= Haaaa, dan sebelum aku tules entri ni, aku macam biasa la bukak fesbuk. Facebook = Muka buku. Orang Melayu memang suka buat direct translation kan. Aku sampai skang takleh terima. Facebook bukan ke membawa maksud buku muka? Jadi, kenape orang sebut muka buku? Sebab Najwa Latif nyanyi lagu muka buku, so terus menjadikannya betul untuk sebut muka buku? Yela, yela. Aku t...

Emosi

Imej
Aku berlari. Emosi. Duduk di penjuru. Membatu. Lorong yang gelap dan kelam. Hitam. Aku berlari lagi. Mana nak pergi? Pergi mati? Sial.  Tak boleh jadi ni. Rasa itu tak mahu pergi. Jadi bagaimana ni? Aku sendirian lagi. Memerah otak dari pagi sampai ke pagi. Pilihan terbentang luas, nak apa lagi? Ahh.. berbual tepi. Pandai la kau memaki. Yang buat keputusan ini, diri sendiri la babi! Cinta, sayang, rindu, dendam. Masih lagi terpendam. Nak melangkah ke belakang. Selalu di bangkang. Habis? Kau boleh jamin yang di depan itu, Adalah mahu ku? Adalah takdir ku? Boleh membahagiakan ku? Kadang kadang aku rasa. Dunia ni kejam. Tuhan tu tak adil. Astaghfirullah. Aku hanya mampu berdoa. Yang di atas sana supaya tetapkan hati. Kepada apa yang dirasakan-Nya terbaik untuk diri ini. Kepada si dia, Cinta itu pasti. Separuh mati. Tapi. Aku mahu yang hakiki. Dapatkah kau menemani ku di syurga nanti? p/s: entry ni agak emosi. tapi paling tepat untuk meluahkan isi hati.