Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel varsity love

Sarka Valentino

Salma mengerling jamnya. Sudah lapan pagi. Ah, hari selasa. Tak ada kelas. Dia berguling kembali memeluk bolster . Cuba melelapkan mata. Tidak berjaya, lalu bangun dan bergerak ke ruang tamu. Dibukanya sepeket roti yang tertinggal di atas kusyen semalam, sambil TV dibuka menggunakan remote control nya. Beberapa iklan dimainkan, berselang seli. “Raikan Hari Kekasih ini dengan himpunan filem-filem hebat khas untuk anda; sepuluh pagi—filem P.S.I Love You, dua belas tengah hari, filem Five Hundred Days of Summer, sembilan malam filem Sweet....” Salma menutup kembali TV itu, kali ini hanya dengan kaki yang dilunjurkan ke butang Off di TV. Dia pandang ke atas, tarik nafas panjang dan berjalan longlai ke pintu rumah. Oh, ada surat khabar Harian Meat Roll. Tarikh hari ini. “Aku beli tu, jangan nak memandai buat harta,” kata satu suara dari dapur. Farha rupanya. Sedang memasak telur scramble untuk dimakan bersama roti agaknya. Salma senyum. Boleh minta sikit, lapar ni. “Farha, nak sikit.....

The only girl in the world.

Imej
Assalamualaikum guys and girls. Dah lama tak berjumpa. Kalau ada datang time book launching hari tu ada la jumpa. Tapi maaf saya tak boleh borak lebih. Memang lazim blogger, kat dalam bising kat luar pemalu. Hihi! gambar dari Terminator Salvation. ( link ) Apa-apapun bercakap tentang buku, saya teringatkan buku yang bertajuk Z-For Zachariah. Kisah tentang seorang gadis muda yang menjadi satu-satunya survivor bencana nuklear. Setelah hidup berdikari selama setahun (nasib baik dia belajar ERT kalau tak confirm kebulur, haha!), dia menyelamatkan seorang lelaki yang sakit radiasi. Dalam dia memulihkan lelaki itu, dia mengimpikan hidup bahagia bersama lelaki itu—menjadi pasangan manusia terakhir di dunia kecil post-nuclear-apocalypse itu. Apakah ini ada keserupaan dengan kita? Tolak tepi kisah bencana nuclear itu— after all it’s still not proven that Lynas is truly radioactive so “Kampung Radioactive” is far from reality —apabila kita dihadapkan dengan satu sahaja pilihan pasangan, a...