Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sarcasm

Cinta #VanillaCoklat derr..

Ahhh.. Cinta cinta, kahwin muda, Kononnya nak elakkan berzina, Kalau rasa nak cegah dosa, Dari awal tak payah nak mengada, Duit takde, nak perjuangkan cinta, Ya, cinta tu suci dalam agama, Tapi tak salahkan kalau kau ambil langkah berjaga, Ni tak, belajar ke mana cinta je ada, Kau ingat kahwin muda tu setakat sweetnya pergi kelas bersama? Nak halang nafsu bergelora? Apa kata kau berpuasa, Kau ingat masa belajar tu dah masuk syarat wajib bersenggama? Cuba kau kejar dulu impian masa muda muda, Dah kerja, bayar balik jasa ibu bapa, Senangkan mereka, travel satu dunia, Baru kau berumah tangga, Ni nak nikah gantung aja, Lagilah nanti nak support keluarga, Habis mak bapak lagi macam mana? Lain lah kau tu jenis kaya gila, Cuba bukak mentaliti tu kasi luas punya, Banyak lagi benda patut di dahulukan sebelum cinta, Ni aku tengok bersepah semua bermesra-mesra, Duit nak top-up pun bergantung kepada keadaan semasa, Diri sendiri tak terjaga, Rasa dah boleh pikul tanggungjawab bawak ke syurga? Pel...

Sarka Valentino

Salma mengerling jamnya. Sudah lapan pagi. Ah, hari selasa. Tak ada kelas. Dia berguling kembali memeluk bolster . Cuba melelapkan mata. Tidak berjaya, lalu bangun dan bergerak ke ruang tamu. Dibukanya sepeket roti yang tertinggal di atas kusyen semalam, sambil TV dibuka menggunakan remote control nya. Beberapa iklan dimainkan, berselang seli. “Raikan Hari Kekasih ini dengan himpunan filem-filem hebat khas untuk anda; sepuluh pagi—filem P.S.I Love You, dua belas tengah hari, filem Five Hundred Days of Summer, sembilan malam filem Sweet....” Salma menutup kembali TV itu, kali ini hanya dengan kaki yang dilunjurkan ke butang Off di TV. Dia pandang ke atas, tarik nafas panjang dan berjalan longlai ke pintu rumah. Oh, ada surat khabar Harian Meat Roll. Tarikh hari ini. “Aku beli tu, jangan nak memandai buat harta,” kata satu suara dari dapur. Farha rupanya. Sedang memasak telur scramble untuk dimakan bersama roti agaknya. Salma senyum. Boleh minta sikit, lapar ni. “Farha, nak sikit.....

Siri Awak Dan Dia : 3 Minit Air Mata

Imej
Rentetan tulisan yang sudah berjela aku rasa. [ #14 ] dan [ #15 ] [ #16 ] dan [ #17 ] [ #18 ] dan [ #19 ] Awak sayang dia. Awak sayang dia sepenuh jiwa. Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa. Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya. Awak cinta dia. Awak cinta dia sampai tahap buang manusia. Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja. Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga. Awak suka dia. Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena. Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya. Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza. Tapi, awak bukan pilihan dia. Pedih bukan rasa? [ Sumber gambar ] Awak, segalanya sudah berakhir lewat masa. Tiada apa lagi yang tinggal untuk awak kononnya setia. Awak bukan manusia yang dia tunggu dengan ceria. Bahkan mungkin (dan ternyata) dia mahu awak pergi dengan segera. Dalam hidup dia. Dalam kisah mereka. Awak...

Siri Awak Dan Dia : Berhenti Menunggu

Imej
Salam. Sejak kebelakangan ini, aku menulis sesuatu yang dikatakan menyedihkan di blog peribadi. Sesuatu yang aku tulis dekat dengan hati dan situasi yang dihadapi walaupun tidak semestinya sakit itu aku yang rasa bukan? Dan aku masih lagi menulis dengan meletakkan situasi penuh makna dalam apa sahaja. ******* I'm trying that hard not to look at my phone, to wait for your text, or to hope too much for your call. But inside my heart, I wish you do. Daripada catatan manusia beku yang menyimpan himpunan rahsia kehidupan di atas tinta yang memuatkan luahan dan muntahan rasa. [ sini ] Rentetan tulisan yang sudah berjela aku rasa. [ #14 ] dan [ #15 ] [ #16 ] dan [ #17 ] [ #18 ] dan [ #19 ] Awak sayang dia. Awak sayang dia sepenuh jiwa. Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa. Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya. Awak cinta dia. Awak cinta dia sampai tahap buang manusia. Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk k...

Mencari Harga Sebuah Ego

Imej
Salam Ramadhan semua. Salam sejahtera juga kepada sekalian yang melawat Terfaktab tanpa rasa prejudis yang berkudis. Eh, jangan curi makan 'cikedis' tahu? Bulan puasa ni boleh makan siang hari, tapi kalau batal puasa, sendiri tanggung dosa, aku tak terlibat. Sepanjang Ramadhan tahun ini, di samping buat projek #TadarusQuran (yang masih boleh kamu sertai), aku juga menulis satu hari satu tulisan setiap hari. Masih sama dengan tahun lepas juga. Dan dengan kehadiran sekelompok manusia yang entah mana peliknya mencari ego dan entah apa-apa, aku menulis ini. Sengaja. ******* Dari tulisan asal. Setiap manusia ada sifat ego. Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tidak sama, tidak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik sementelahan pula harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara membawa kepada keangkuhan yang berbeza te...

USIK MENGUSIK JANGAN UNGKIT MENGUNGKIT!

Imej
Salam berpuasa semua! Maaf, masih lagi saya kurang berblogging, kerana kali ini sukar pula saya membuka Blogger menggunakan Opera mahupun Mozilla Firefox. Entah kenapa asyik-asyik bad request padahal I’m not a bad person. LULZ! Anyway, pagi ini saya terbaca entri pasal ungkit-mengungkit si Aqram tadi dan terfikir untuk membalasnya dengan entri usik-mengusik pula. Ya, selain ungkit-mengungkit, usik-mengusik juga adalah sesuatu perlakuan yang common di dalam sesuatu perhubungan, kawan mahupun kekasih. Tapi seperti mengungkit, ia juga boleh membawa kepada pergaduhan dan perpisahan. Usik mengusik ada banyak bentuk. Ada mengusik rupa, ada mengusik perilaku dan ada mengusik fahaman dan ideologi seseorang. Namun ada garis halus antara mengusik dan mengutuk. Apatah lagi bagi yang bermulut sarkastik seperti saya, banyak betul pengalaman terlepas mengusik. Jadi sesuailah sangat saya memberi panduan kepada para-para penggurau di luar sana. Usikan kenalah sesuai masa dan tempat Peraturan pe...

Walaupun Pahit, Kita Telan Juga

Imej
Menulis untuk Terfaktab adalah suatu kepuasan. Tatkala ramai yang sibuk menidakkan siapa aku dalam barisan yang hebat ini, aku hanya ketawa sambil main jentik jari dengan meja dan diri sendiri. Lawak jenaka berbaur celaka kadangkala boleh hiburkan hati duka. Tak, bukan salah sesiapa sebenarnya. Dan sedikit dari kesibukan dunia aku yang tidak pernah padam, aku hanya mahu berkongsi penulisan aku dari sini . Ya, tentang ketagihan manusia dan dunia. ******* Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda. Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan. Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah. Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang. Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh. [ Sumber gamb...

Kau Sayang Dia Lagi Ke?

Imej
Hari ini aku banyak melepak di ruang Terfaktab. Hari Jumaat adalah hari membaca lima kali ganda dari biasa dan memandangkan hari ini tidak perlu memasak disebabkan orang dalam rumah ini semua puasa, maka, masa untuk aku membaca dan menelaah banyak benda meningkat dengan jayanya. Oh, lagi satu, aku suka berkomunikasi dengan kamu semua di laman Terfaktab dan juga yang dah memberanikan diri ke laman peribadi aku. #salute! (Baiklah, ini bukan Twitter, main nak suka hati letak simbol #) Dipersilakan baca hasil tulisan ceduk dari blog picisan warna putih susu lembu . ******* Istilah sayang, suka dan sebagainya memang sukar mahu ditelah sebenarnya. Kalau kita suka seseorang, kadangkala bukan bermaksud kita mahukan dia sebagai teman istimewa. Kita mahu dia sebagai kawan sahaja. Ya, kawan yang memahami serta boleh duduk berbual dengan kita. Tapi, itu yang kita selalu fikir. Malangnya bukan semua orang mampu merentas diri mereka sendiri dan lihat apa yang mereka mahukan dalam hidu...

Mesin Masa Cinta Dan Kembali Ke Disember.

Imej
Seorang gumiho kimia (aku la tu) pernah melalui kesakitan yang nyata dalam hidup ini. Membahan benda yang jahanam dalam masa yang singkat rupanya membunuh lebih daripada sekadar neuron. Jadi, dia tidak mahu kekal di lembah celaka. Mesin masa? Dari tulisan aku sebagai serampang dua mata.[ sini ] Kalaulah ada mesin masa dalam kehidupan nyata ini, pastinya manusia akan gunakan sehingga melebihi had sama seperti sesetengah daripada kita menggunakan Twitter. Kita akan dengan tidak sabar (serta tamak) mahu melihat apa akan terjadi pada masa akan datang ataupun kembali ke zaman silam semata-mata untuk mendapatkan kembali apa yang kita sudah terlepas dari genggaman. Celaka badan bila terlampau mendambakan sesuatu yang tidak dapat ditunaikan secara nyata dan tinggal impian gila. Gambar : Manusia lebih dekat mencintai manusia yang membenci mereka, dibandingkan dengan manusia lain yang memuja dan mendambakan mereka lebih daripada dibayangkan. (Shafaza Zara, 2011) Setiap ...

Mereka Mungkin Perempuan Yang Lelaki Suka

Imej
Tulisan aku dari blog picisan . Cinta itu bukan Matematik. Cinta itu lebih Kimia. Dah. Tinggalkan kepayahan. Buang segala penderitaan. Senyuman sahaja kekal untuk masa hadapan. Ternyata, diri masih lagi manusia dingin yang punya perasaan. Berbual dan mendengar celoteh manusia di sekeliling tentang kehidupan dan bagaimana mereka melaluinya membuatkan aku lebih terbuka berbicara tentang kehidupan itu secara umumnya. Sosiologi adalah inti pati yang dilalui walaupun tanpa manusia sedari, mereka sendiri adalah sebahagian daripada masyarakat dan dunia itu sendiri. Itu yang pernah aku pelajari dan sejak memberikan selayaknya kepada dunia siapa diri aku ini, ternyata, istilah sia-sia tidak pernah terlintas dalam hati. Ironinya, manusia selalu memberikan yang terbaik pada tempat yang salah. Mungkinlah. Gambar : Kepercayaan adalah asas dalam sesuatu hubungan termasuk juga persahabatan. Jika tiada kepercayaan, maka sebenarnya tiada istilah perhubungan. Melihatkan ...