sedalam mana cintamu
Love is more than a noun -- it is a verb; it is more than a feeling -- it is caring, sharing, helping, sacrificing.
- William Arthur Ward
Berapa ramai dari kita yang berapi api bilang cinta, tapi bila tiba satu ketika, pada suatu keadaan, cinta yang dilaung laung itu seperti hilang arah. Sepertinya sudah tidak cukup perisa. Hari hari manis berganti hambar. Malah kasih sayang dan kemesraan yang dahulunya hangat, dengan tak semena mena bertukar menjadi dingin dan beku.
Situasinya mudah.
Kekasih engkau ditimpa petaka. Kekasih engkau dilanda malang bertimpa.
Kau jadi gusar.
Kau jadi tak senang.
Kau tidak lagi girang.
Kau mula rasa susah.
Justeru itu kau jadi menyampah.
Bala sudah datang. Kau juga ditimpa tempiasnya. Yang belum pernah engkau buat, terpaksa engkau lakukan. Yang tak mahu kau tanggung terpaksa juga kau bawa. Yang memberat di kepala terpaksa juga kau hirau. Kau mula rasa kacau.
Sekejap.
Nanti dulu.
Dulu kau kata kau kasih. Tapi, kenapa bila tiba waktu kau diperlu kau seakan menyisih?
Mana dia lukisan wajah girang, redup pandangan, manis tingkah engkau yang dulu?
Tanya kembali sama hati kamu.
Apa kamu masih cinta? Apa sejak dulu kamu memang cinta? Atau ada sesuatu padanya yang membenihkan cinta? Maksud aku, mencintai dia kerana sesuatu. Mungkin rupanya. Mungkin kesenangan yang disogokan olehnya. Atau mungkin, hanya semata kerana ingin membalas semula perasaannya dan kamu juga tidak betah hidup sendiri sendiri, lalu berteman dengannya menjadi opsyen terbaik untuk kau mengisi kekosongan selama ini.
Kadang kadang kesusahan boleh menjadi titik relatif untuk menguji sejujur mana perasaan kita. Seikhlas mana kita menerima. Sebab pada hemat aku, kalau kita tidak sanggup berkorban, kalau kita tidak sanggup berkongsi segala susah payah sakit pening, kalau kita tak tahu erti menjaga dan peduli, maka cinta dan kasih sayang itu masih belum cukup mapan. Belum utuh. Atau mungkin sebenarnya kau tak ada lansung rasa cinta melainkan rasa yang terlalu perlu akan hadir dirinya untuk kamu. Untuk mengisi kekosongan kamu.
Jadi sedalam mana cinta dan kasih sayang kamu?
Jangan lah masa sihat cergas kaya berduit je kau sayang. Bila dia jatuh, kau tinggal tinggalkan.
from my very own blog; Aku Bukan Kamu
Ulasan
Cinta pada manusia tak akan kekal.
hmm, xdalam mana pn cintanya kat aku.. apa pn, aku bsyukur. bnda tu ajar aku untuk lebih cintakan DIA yg lbih berhak, DIA yg maha hebat perancanganNYA.
~bUkaN puTeRi rEmBuLan~
lepas tu... dia minta maaf...
dia xdpt lupa awek lame...
sekian terima kasih.
Bila satu2 perkara jadi masa tuh lah kita nampak dia still ada untuk kita ke tak atau wujud masa kita senang je .