Anjakan Paradigma di Hari Raya.


Assalamualaikum.

Entah berapa kali aku tules-padam-tules balek-padam balek-tules lagi-padam lagi-tak tules dah tajuk untuk entri ni. Sebab aku macam tak jumpa tajuk yang sesuai. Haha.

Baru-baru ni aku ada mesej yang biasa orang bagi bila raya menjelma kat ex aku. Mesej apa lagi kan, mestilah mesej 'Selamat Hari Raya',  takkanlah 'Selamat Hari Jadi' pulak kan. Ok tak lawak. Lepas aku text tu, aku serius tak mengharapkan dia balas pon. Kalau dia nak balas pon, KALAU lah kan, aku teka-teka respon dia mesti macam 'Selamat hari raya tapi ni sape ye?', tak pon buang selamat hari raya kat depan tu, teros-teros je tanya aku ni sape kan. Haa, kalau macam tu gayanya, bolehlah aku berpura-pura salah hantar mesej ke atau pretend to be someone else ke atau pape jela kan. 

Tapi sungguh tidak kusangka, dia balas; 'Selamat hari raya. Maafkan salah silap saya. Halalkan makan minum yer...' Humangaih. Macam tak terbuntang pulak kan bijik mata aku baca mesej tu. Korang nampak tak yang dia ada mention 'saya' kat situ? Maknanya, dia tahu kot aku sape. Alamak, kantoi sudeh. =.= So, bila aku tanya dia sape, dia kate dia musykil sebab aku yang mesej dia dulu tapi taktau sape yang aku mesej. Ahh, boleh tahan bangang jugak trick aku ni. Tapi aku kaver baik punya. Aku cakap la yang nombor tu aku memang tak save tapi ada dalam ingatan since aku memang jenis yang senang sangat nak ingat nombor-nombor ni. Cuma aku tak sure la tu nombor sape. So, dia kenalkan la diri dia and tanya aku still ingat dia lagi ke tak. Kehkehkeh. Lawak haremmmm...

So, kitorang pon berborak la yang ringan-ringan dan aku tunjukkan yang aku macam tak berminat sangat nak mesej dengan dia. Dan entah kenapa perasaan tu dah tak sama. Selama ni aku admit la kan yang aku rase macam susah gila kot nak move on and tambah-tambah lagi sehari sebelum tu aku macam terperangkap dalam memori silam aku dengan dia membuatkan aku untuk kesekian kalinya cried myself to sleep. Sangat bodoh bila aku fikir-fikir balik. Tapi perasaan tu dah macam pudar. No excitement. Kalau boleh nak balas mesej lambat-lambat. Rase rimas pon ada. Rase macam dia poyo gila pon ada. Rase macam dia berpura-pura baik pon ada. Segala macam rase yang negatif la senang citer. And I just don't know why.

Kalau dulu, keburukan dia semua aku tolak tepi sebab bagi aku, aku boleh terima dia seadanya. Even sampai saat sebelum aku rase perasaan yang dah tak sama tu, serius aku boleh terima segala keburukan dia. Sampai bila orang cakap fikirkan keburukan dia untuk hilangkan rase sayang aku kat dia pon tak lut. Tapi tu dulu. Skang ni bila aku dah found out satu benda yang memang aku takleh terima, aku rase macam meluat gila kat dia. Kalau dulu, mesti aku boleh terima lagi tapi skang dah tak. Ape agaknya penjelasan untuk perasaan aku ni?

Cuma, bila aku tengok dia dengan perempuan lain, aku rase kesian kat perempuan tu. Ayat "Saya bahagia kalau awak bahagia" pon kedengaran lawak bagi aku. Sebab aku tak percaya tu semua. Tapi bukanlah bermakna aku nak tengok dia memderita. Kalau aku cakap macam tu, menampakkan macam aku ni perempuan jahat la pulak. Kahkahkah. Tapi ape salahnya kalau dia menderita sekalipon kan. Hado haku kesah???

Aku lega sbnanye sebab aku macam baru keluar dari rumah yang terperangkap dengan asap kebakaran. Makin lama aku terperangkap boleh menyebabkan aku mati dan satu-satunya jalan untuk aku hidup adalah untuk keluar dari rumah tu. Macam mana cara sekalipon, aku kena keluar dari situ. KENA! Dan bila aku dah berjaya keluar, kompem aku akan tarik nafas sedalam-dalamnya. Puas. Tu pon kalau aku tak pengsan teros la. Huhu. Dan rumah yang dah terbakar, takleh nak buat ape la kan. Ape lagi, bina rumah baru sudah. Hehehe.

Sempena hari baik bulan baik ni, aku nak amek kesempatan (suka sangat kan amek kesempatan LOL) ni untuk bagi korang something. Tadaaaaa...

gamba bajet hari raya. kikiki.

So, skang ni aku rase aku betul-betul dah boleh move on. Okayyyy now, hai awak-awak yang single~ *lambai tangan* KAHKAHKAH! 안녕...

Ulasan

hanis berkata…
kite dlm fasa yg same. HAHA.
AsyieqiN Rkey berkata…
nak move on jugak.....sob~sob~
adahrashid berkata…
kte dlm fasa yg sme jgk. hahaha~!
biela bell berkata…
hahaha..samalah..penah guna trick macam tu..masa awal2 pisah tu mmmg rasa syg tu ada lagi..tp dah lama2 tu..biasa2 je..trick bguslah knon2 xde feel nak msg dgn dia.hehe
Tyra Lullaby berkata…
takkan selamanya nak bersedih kan, tahniah untuk anda :)
Fy Hashim berkata…
yeah. i also dah move on! ;)
m.E.e.N berkata…
banyak kali rasa nak move on.. tapi belum cukup kuat lagi.. rasa sayang tu masih kuat..hmmm
Maisara Roslin berkata…
seronok sangat baca, macam nak bace banyak kali .
Tanpa Nama berkata…
best baca entry ni..teringin sangat move on tp masi ada rasa sayang kot
Izzah | zulkifli berkata…
have been in this situation before..huhu.. =p
Tanpa Nama berkata…
haha.sama r.sep sket!mcm bodoh je dulu aku nangis gila gile setiap malam kot.dgr lagu jiwang je sedih.betahun tahun.mcm siot.tapi bila dah jumpa reunion balik feel tu dah tak sama.rasa menyampah pon ade.last last aku REALIZA YG AKU DAH BERJAYA MOVE ON.aku berjaya!!!HAHA

-i-
Tanpa Nama berkata…
alaa. susah la nak move on. dia dah jadi macam darah daging kita. sayang tu tebal, tapi susah nak terima cara dia. kenapa ek cinta ni sakit. sangat sakit. tak tentu arah. aku jadi mcm taksub. demn. peninggggg. bodo. kenapa mesti ada cinta!. kenapa mesti ada dia! *emo*
Tanpa Nama berkata…
then,,,nape perlu awak msej dia msa mula2???


sorry,,xde google accout...



slmat hari raya maaf zahir batin kpd bukan penggoda dan semua warga terfaktab...(^^)
cik_PAIN berkata…
trbaik! nak jgk rase mcm gitu! ^__^
bukan penggoda berkata…
tanpa nama: aku mesej sbb mmg aku asek teringat dia je. pastu lepas mesej tu bru perasan yg perasaan tu dah tak sama. aku rase aku ada explain kot. :)
farhahSaidin berkata…
Same... Aku rse bnde yg sme gk skrg.. :D
Ezu berkata…
peewitt,,,tahniah untuk anda...semoga terus bahagia tanpa dia.. =)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.