Definisi Cantik



Leila Lopes Miss Angola Miss Universe 2011.[gambar hiasan]

Aku pernah fikirkan satu perkara - bila aku di UK - kenapa aku tengok mat salleh waktu summer sanggup travel sejauh Ibiza, pulau Crete di Greece atau sejauh pulau Tioman untuk bersantai tepi pantai untuk menggelapkan kulit, manakala orang Malaysia sibuk membeli krim pemutih kulit untuk memutihkan wajah kulit. Aku jadi bingung - apa definisi bagi umat bumi ni? Macam mana mereka nak determine orang itu cantik, orang itu tidak cantik?

Flashback kepada kehidupan aku. Seumur hidup aku ramai yang kata girlfriend aku cantik dan tak padan dengan kehuduhan dan kegemukan aku. Ya kadang-kadang buat aku down jugak fikir pasal benda tu tapi buat aku terfikir dari dulu lagi - apa dia yang cantik, dan apa dia yang tak cantik. Kadang-kadang aku tengok kaum perempuan sanggup spend sampai beribu-ribu hanya untuk "kelihatan cantik", tapi kadang-kadang hasil beribu-ribu tu bagi aku tak cantik mana pun.

Sebelum aku bertanya kepada korang semua - aku tanya diri aku, apa itu cantik? Cantik tu ialah satu objek yang membuatkan kita terpegun, terpesona dan tertarik. Satu definisi cliche. Tapi dalam kecantikan tu macam mana nak buat kita terpegun, terpesona dan tertarik?

Definisi cantik bagi aku ialah rambut curly, mata hazel, size badan petit, femme fatale, rebel, dan juga artistik. Semua ciri-ciri ni bagi aku cantik. Siapa ada ciri-ciri ni boleh buat aku kata "wow!" dan "sumpah awak, abang tak cari lain". Erica ada semua ciri-ciri ni. Lisa Surihani takde ciri-ciri ni. Jadi hipothesis saya - awek saya lagi cun dari Lisa Surihani. Khalas. Titik. Period.

Ex girlfriend aku dulu sanggup beli pewarna rambut untuk warnakan rambut untuk buat mulut aku cakap "awak cantiklah". Tapi sebaik sahaja dia colourkan rambut dan dia tunjuk kat aku, kata ada surprise katanya - aku diam tak berkata apa. Dia tanya berulang kali "you perasan tak ada apa difference" - aku jawab "ya you colour rambut". "You suka tak". *long pause*

Bagi aku - walaupun aku ni bukan cikgu disiplin tapi aku kureng gemar awek colour rambut. Bagi aku rambut neutral yang dianugerahkan Tuhan adalah warna rambut terbaik untuk diri sendiri. Ada sebab kenapa rambut anda berwarna hitam dan ada sebab kenapa kaum Caucasoid ada rambut blonde. Semuanya bersebab - jadi kalau anda nak menukar sebab itu anda akan nampak awkward macam Ganguro Girls.

Berbalik kepada definisi cantik - kita luaskan pada konteks lelaki pula. Ada perempuan suka lelaki berwajah jambu dan berkulit putih melepak dan secute Justin Bieber. Aku tak tahulah orang ramai tapi bagi aku ini sangat awkward. Aku tak pernah tengok lelaki menggemari perempuan body builder macam Chyna atau Hollie Walcott kakak Theo Walcott. Kadang-kadang aku pertikaikan kenapa perempuan sanggup berdiri berjam-jam untuk jerit-jerit tengok Justin Bieber atau David Archuletta sebab mereka takde ciri kelelakian langsung bagi aku. Bagi aku lelaki yang nampak macam lelaki barulah lelaki - mereka yang tak kisah soal parut di muka ke apa.

Soalan ini berulang-ulang kali melalui fikiran aku sebagai seorang lelaki. Dalam aku cuba merumuskan untuk jawapan ini berdasarkan pengalaman empirikal aku, aku akhirnya dapat membuat kesimpulan sebegini.

Semasa perempuan baru akil baligh mereka tidak tahu rupa lelaki yang memang "lelaki". Preference mereka yang terdekat adalah rakan-rakan seperempuan mereka. Jadi apabila mereka melihat lelaki yang "berupa perempuan" (keyword:jambu) maka mereka akan terpikat dengan lelaki tersebut. Sebab berupa macam mereka.

Tetapi bagi kaum lelaki - bagi aku - awal-awal kaum lelaki hampir semua yang aku kenal adalah gay. Gay bukan dari segi orientasi sexual tapi hampir semua aku kenal masa kecik dulu cukup geli nak duduk sebelah perempuan. Aku masa kecik bila cikgu aku suruh aku duduk sebelah perempuan - itu adalah hukuman paling berat. Kalau sekarang kalau boleh memang nak awek duduk sebelah aku. Tu perubahan utama bagi kaum lelaki. Tak tahulah masa kecik lelaki suka kepada Chyna atau Hollie Walcott.

"Macam mana pulak dengan kulit gelap kulit cerah ni Nami, tu soalan awal kau kan?"

Berbalik kepada soalan asal, merujuk kepada penduduk UK yang aku jumpa dulu - mereka merasakan orang berkulit putih adalah mereka yang tidak sihat. Putih macam mayat. Apabila kulit mereka sawo matang mereka dianggap sihat dan cantik. Masa mula-mula aku pergi UK ramai yang cakap kulit aku cantik sampai aku rasa aku sendiri pun nak muntah hijau. Ada pulak kulit gua ni cantik? Mereka mengidam-idamkan kulit sawo matang dan mereka sanggup bayar beribu-ribu pound menghabiskan masa di tempat tan tiruan. Sedangkan orang Malaysia ni seboleh-boleh nak putih macam mayat.

Sebabnya "kita selalu inginkan apa yang kita tidak ada". Masa kawan aku yang rambut curl pergi straightkan rambut aku facepalm mengkritik tindakannya. Aku memang nak sangat rambut curl - securly rambut Justin Timberlake sebelum beliau botak. Aku juga selalu inginkan perempuan yang bersaiz petit sebab aku ni berbadan besar. Aku tanya member aku yang badan kurus mesti nak awek yang ehem-ehemnya bersaiz besar. Serius aku tak minat.

Jadi konsep itu juga boleh digunakan untuk menjawab kenapa manusia Caucasia sanggup spend masa dan duit di tempat tan tiruan sedangkan orang Malaysia sanggup membeli krim pemutih. Aku percaya Fair and Lovely takkan laku di negara-negara Hemisfera Utara. Kalau ada Tan and Lovely pasti laku.

Jadi benarlah "beauty is in the eyes of beholder". Cuma aku rasa perempuan-perempuan seluruh Malaysia ini telah dipergunakan kapitalis untuk menjual krim pemutih kulit dan membandingkan dengan kaum Caucasia pulak. Siapa cakap kaum Caucasia cantik anyway? Minda kita masih terjajah? Opps - kita tak pernah dijajah kata professor Zainal Kelentong.

Jadi soalan untuk semua - apa definisi cantik bagi anda?


Ulasan

Che Pokcek berkata…
cantik = sedap mata memandang (mata aku la, bkn mata org lain) = subjektif..

conclusionnye, bergantung pada individu tu sndiri macam mane die definisikan cantik tu..
CallMe-NW berkata…
sy x suka laki kulit putih..my bf skrng ni memenuhi citarasa.haha
ceklala berkata…
cantik itu subjektif. asal pada pandangan mata sendiri bole terpacul perkataan 'cantik' so maksudnye cantikla orang itu. :)
oda narwida berkata…
lagu penutup tu best.
a berkata…
smua org chantek.. ade kelebihan n kekuranga..=)
Ferfarfer berkata…
cantik di muka tidak guna kalau di dalam huduh gile. so let it balance. cantik yang kita nak bukan luaran. lagi satu, i setuju ttg warna rambut yg u cakap. Allah dah beri yang terbaik. so no need to change it
Najlaa 'Aqilah berkata…
perempuan itu cantik bila dia rasa dia cantik i.e confident. bold

perhaps :)


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4e52498272801ff74ce6fc5e8deea4fa
Ibu Ammar berkata…
seseorang itu benar2 cantik bila mana dia menghargai/mensyukuri apa yang dia ada, kulitnya, ketinggiannya, hidungnya, matanya, rambutnya tanpa perlu mengubahnya walau sedikitpun.
Tanpa Nama berkata…
cantik ni sgtla subjektif tidak kira pada perempuan mahupun lelaki..what we perceive as beautiful now are by society standard and yes so much of it had dictate on us..but i say confidence is what can change it..sehuduh2nya kamu pada standard masyarakat but if you have the confidence to werk it confirm bole..hehehe
Udy berkata…
Cantik itu definisi utk perempuan..Kacak utk lelaki..aku tak cantik tapi aku Kacak..wakaka..
cafiena berkata…
cantik tu apabila seseorang tu menerima diri sendiri seadanya.

menerima bahawa takda celanya ciptaan Tuhan dan bersyukur.

bak kata miss Leila; "Thank God I’m very satisfied with the way God created me and I wouldn’t change a thing"

dengan bersyukur org tu tak berusaha mengubah dgn mengurang atau menambah, cuma memelihara.

dengan bersyukur, dia tak kutuk orang lain yang cuba mengubah ciptaan Tuhan.
Tanpa Nama berkata…
cantik = aku

aku = cantik

kuikuikui.. :P
alexayussida berkata…
depends pada individu la..tp yg pastinya sah2 la yg sedap mata memandang kan :D
Unknown berkata…
cntik itu subjektif. definisi setiap org berbeza. ada org suke awek rmbut curly like u. ada jgak org suka awek die rmbut kurus. same goes to badan. ade suke awek kurus, ade suka gmuk. yg pastinye. cntik itu berbeza setiap org. :)
EnaDhia berkata…
cantik tu perkara besar. and everyone care for it. tipulah takde. fitrah alam. tapi mostly org tak sedar,. fakta whether kita nak orang terpegun dengan kecantikan make up 5 inci or terpegun hanya dengan kita..
macam girl ni capel dgn boy ni , kalau dating mesti pakai dress up nak over, make up nak heavy, sopan santun aw bukan main. sekali dah kawen , msti suami menyesal bila dah tgk pmpn tu luar dalam tak cantik. then kene cerai ~ realiti cantik palsu tu makan diri =='
Indah Mulya berkata…
mostly org nk something yang bertentangan dengan diri masing2 kot? ape yg org laen ade itu lg baek dr apa yg kita ada..even kalo org laen masak megi skali pun rasanya lagi sedap dr megi yg masak sndr..ye dak? tp mmg btol la,xde krim pemutih ngara omputey ni..puas dok belek kt supermarket,xdak satu pn..hehe
Tanpa Nama berkata…
aku gemuk. perut aku ade 3 lapis. bile bejalan dgn kwn2 aku yg kurus, aku berasa seperti raksasa dr zaman silam yg hidup didunia moden. Cume aku rase aku chantek ckit sbb kulit aku putih. dan tanpa jerawat dimuka. sbb tu aku rase aku leh survive. Itulah definisi aku tentang cantik. But then,aku penah jumpe org yg kurus, bermata hazel, berambut blonde yg asli, berkulit putih dan berhidung mancung..tapi perangai ada iras manusia hidup dizaman jahiliah. So until now, aku still rase confuse dgn diri sendiri. But believe me, i am fat....haha
Dunia Mommy Comel berkata…
erti cantik terlalu complicated tuk kita sume describe sbb bagi i sendiri cantik xsemestinya luaran semata dalam pun mau cantik..sape cakap kita xboleh kelihatan cantik ngn kos yang rendah??

yang penting bagi i bersyukur dengan apa yang kita ada dan pasangan harus terima diri pasangan masing2 dgn apa yg mereka ada.
Cik Elle berkata…
ini pendapat aku,

http://illusicikhati.blogspot.com/2011/07/cantik-ke-kak.html

pendapat aku laa.
peanut berkata…
lelaki yang nampak macam lelaki barulah lelaki - sokong~
Kik0 ♥ QiLaH berkata…
gua comel, gua x cantek. yedak? harhar

pinjam ayat terfaktab jap oi,

http://fieqilah.blogspot.com/2011/09/orang-cakap-cinta-yang-diganti-boleh.html
Tanpa Nama berkata…
entahlah .. selalu rasa orang yang kulit cerah mulus tu sejuk mata memandang ... dan dna yang bakal dibaginya kat anak2 kelak macam terjamin bagus . well mungkin mentaliti orang malaysia who knows kan ? putih je cantik, padahal orang tengok kebersihan kulit tuh actually .. tak payah nak putih sangatla kalau daki berkohok.huh. what a dork i am ..
Tanpa Nama berkata…
"Allah sukakan kecantikan tapi Dia xsuka manusia mengubah ciptaanNya." Yang penting hati mesti mau baik. Nnt kecantikan tu akn lahir dr hati yg ikhlas. Muka kalo cantik tp perangai cam taik xde gune jugak..

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.