dongeng yang selalu kita dengar
Realiti yang mungkin berlaku bukan kepada hubungan kamu saja, malah kepada kebanyakan atau mungkin semua perhubungan..
perempuan: yu.... yu tengok la ni. tengok muka ai. nak naik jerawat..
lelaki: haih~ ai terima yu seadanya. apa nak kisah jerawat tu. karang-karang hilang lah tu sayang..
lelaki: ai tengok jerawat yu ni makin teruk la. nak cubit pipi pun rasa macam kertas pasir dah..
perempuan: yuuuuuu.. hari tu yu kata okey je..
lelaki: buat la something yang.. comel je awak dulu kan..
kesimpulannya?
sejauh mana kesanggupan menerima itu boleh pergi?
macam ni.
realitinya, rupa tetap sesuatu yang kita titik beratkan.
tapi.. jangan terus nak prejudis dengan entry ni. dengo dulu apa aku nak kabo.
rupa kekasih kita, bukan ikut sedap mata orang lain yang memandang. ikut sedap mata kita sendiri. kalau orang pandang hidung kemek tu hodoh, boleh jadi kita kata hidung kemek tu comel. ye dok? kalau ada yang kita tak berkenan dengan kekasih kita, kabor awal-awal. jangan ikut sedap tekak kata takpe.. saya terima semua baik buruk awak. last last, kau tinggal dia terkontang kanting, lepas tu dan dan menjadikan bentuk fizikal kekasih sebagai alasan.
orang kata, kalau dah sayang, macam mana pun kekasih terima saja.
jangan main pakai bulat-bulat apa orang kata. cuba berpijak pada realiti. kalau kecacatan yang memang tak boleh diubah tu, memang lah logik. kening terangkat sebelah ke, mata juling itik ke, rabun tahap tak nampak peti sejuk ke.. tapi kalau sesuatu tu kau boleh ubah? kau cuba ubah. perbaiki diri agar kau kelihatan lebih menarik bukan sahaja untuk orang, malah untuk diri kau sendiri juga.
back to reality..
yang lelaki, jangan nak seronok seronok tabur janji manis. masa mula mula nak tekel semua okey. bila dah lama-lama semua key-o.
dan macam yang aku kabo tadi.. pandangan dan pernilaian orang berbeza-beza.. yang lawa bagi orang, tak semestinya lawa di mata kita, yang lawa di mata kita, tak semestinya elok di mata orang.
tepuk dada, tanya selera !
sinderelacakap: setiap pasang mata menginginkan yang cantik, hidung selera menghidu yang wangi, telinga selesa mendengar yang merdu.
Ulasan
1. Terkejut macam nampak raksasa
2. Membebel dan suruh saya do something before jadi lebih teruk.
seb baik skang dah ok. Dan sekarang lebih berhati2.