I got it from my momma.


Salam semua. Hai, saya lagi, Ze Bent Penzel. Asyik-asyik saya je kan? Well, hari ni saya nak mencapap sikit. Nak buat perutusan selamat ulang tahun kat mak ayah saya. Eh, sukatilah, saya kan author jugak. Ada hak buat post merepek meriban. Ah, tak adalah! Sebenarnya, sempena ulang tahun mereka, saya ingin menulis sedikit-sebanyak ilmu percintaan dan perkahwinan yang saya belajar dari mereka. Sesuailah dengan tema definisi cinta infiniti. So here are the things that I learned from them:

1) Couple before marriage, they do exist.
Jadi anda semua expect bila saya bercerita tentang kisah cinta ibu bapa saya, saya akan sebut tentang "pakcik/makcik kampung sebelah datang meminang, mak tak pernah jumpa muka dia, terus kahwin blablabla,bahagia ke anak cucu blablabla..." well, no.

Ibu dan bapa saya sama seperti kebanyakan anda--belajar di universiti, bertemu semasa belajar, terpikat pandang pertama, minta nombor dorm (dulu mana ada hanset), berutus surat, outing hujung minggu keluar bandar...etc, etc. Jangan terkejut, 20-30 tahun dulu trend macam ini sudah ada (blame Woodstock on that--oh, everything is westerners fault). Tapi, unlike kata orang, yang cinta zaman belajar tak ke mana--well, cinta zaman belajar dia dah bertahan hampir 30 tahun.

OK, saya bukan nak justify couple itu tidak haram--we had that discussion before do we?--cuma nak cakap, nak tak nak cinta macam ini boleh wujud dan akan wujud. Cuma pandai-pandai la jaga diri. I'm sure my parents takde adegan menggeletis dalam kereta sebelah Tasik Sri Cempaka macam budak-budak Uni zaman sekarang. Nak bercinta, bercintalah. jaga adab!

2) Kahwin tu senang je. Jangan susahkan.
Ingat tak dalam artikel Bukan Penggoda minggu lepas saya ada komen bahawa mak saya dikahwinkan dengan mahar+hantaran yang agak murah, serta majlis yang agak simple? Ya, walaupun dia wanita lulusan universiti (yang zaman dulu, memang tak ramai).

"Tok lepaskan mak hang murah ja," saya ingat kata-kata tok saya ketika kami duduk bercerita berdua. Tok menceritakan yang perkahwinan mereka pantas dan mudah. Ayah saya datang ke kampung mak, meminang. Dua minggu kemudian, kahwin. Pakai baju melayu putih, kebaya les putih. Duduk atas kusyen leper, mana ada pelamin gerbang cinta bunga ros segar. Ye la, mana ada masa dan duit nak buat grand-grand. Rasionalnya kerana ayah bukannya kaya sangat, maklumler baru berapa bulan grad. Elaun seciput jari kelingking nak buat majlis kahwin sampai lima enam persalinan baju, apekedehel?

3) Semua bahtera perkahwinan boleh dilanda badai.
Ya, cuma bezanya nak cara kita handle badai tu. Nama pun bahtera, nahkoda kena pandai kemudi, pembantu kena sentiasa sapot. Krew pulak kena setia patuh kat dua-dua walau apapun jadi. Geddit?

Ada saintis pernah berkata bahawa perkahwinan memang akan dilanda krisis apabila tiba tempoh 6-10 tahun. Lagi-lagi time tu semua orang dah berada dalam "comfort zone"--sibuk dengan kerjaya, anak dll--dan lupa nak semai cinta tu balik. Jadi ada lopong-lopong dalam hati diorang yang lupa ditampal balik. Dan bila tiba racun (gangguan), samada dari luar atau dari dalam, maka terhakislah, makin dalamlah lopong-lopong tadi.

Apa yang buat saya tabik spring kat mereka berdua ni, ialah mereka betul-betul nak fix perhubungan tu dengan pelbagai cara--dari cara psikologi (berbincang dari hati ke hati), minta advice orang, sampailah cara spiritual (doa-doa, sembahyang dsb). Yang paling penting lepas semua tu selesai, he said, she said, he forgive, she forgive, everybody moved on. Tak ada siapa ungkit pasal krisis tu since then. And now they are stronger than ever--sekarang macam couple zaman muda-muda pun ada. Oh!

Tu la kita, time couple ni kalau krisis sikit je pun dah give up kata "ah takde harapan dah ni...mungkin berpisah lebih baik," padahal bergaduh benda yang merepek-repek (petty arguments) yang cuma dibakar oleh ego. Like a saying, petty arguments are common, just make sure nobody gets hurt from it--bergaduh tu biasa. Tapi pastikan gaduh tu diselesaikan cara baik.

Ok, ada banyak lagi sebenarnya. Tapi kan, cukuplah tiga. Nak gi google jap, fikir apa hadiah yang terbaik untuk diorang. Oh lupa, hadiah terbaik untuk ibu bapa yang baik adalah anak-anak soleh. Harharhar!

Ok lawak la sangat. bai!

Ulasan

AsyieqiN Rkey berkata…
wahwah....syabass...teror mak ayah anda..=)
norinaomar berkata…
contoh yang baik kepada anak-anak dan sesiapa saja yang membaca entri ni.

kalau nak tips rumahtangga,saya yakin parentslah tempat yang paling patut dirujuk.

http://noipunyablog.blogspot.com/2011/09/motto-semasa-camping.html
amira_hasrori berkata…
uuu, nak buat macam tu jugaklah. hehe.
Wadi AR berkata…
macam mak gua. mas kahwin murah je
immi berkata…
er, kalau sampai 30 tahun tu perkahwinan xdilanda badai. normal tak? huhu #_#
Tanpa Nama berkata…
best nye cm2..ak nk kawen cpt, 22..tp parents x bg..haha..kalo ikut, kt tmpt bf ak kenduri nk buat skali kakak dia..kire jimat la kn..doa kan mak ayah ak bg kbenaran..amin..
ZeBentPenzel berkata…
@AsyieqiN Rkey
tq!

@norinaomar:
teringat lagu "Hey Ya"
"thank god mom and dad for sticking through together, cuz we dont know how"

@~unlimited love~
sila, sila.

@WadiAR
jom kita naikkan trend ni semula.
mahar standard FTW!

@immi
badai boleh jadi besar atau kecil.
anak tak lulus SPM pun boleh kira sebagai badai gak. hoho
ZeBentPenzel berkata…
@TanpaNama
antara sebab sebuah perkahwinan itu berjaya adalah perbincangan. Kalau sudah bincang dan itulah persetujuan yang dicapai, terpaksa la ikut.

mungkin dalam kes mak saya, tok bagi sebab 1) pada zaman tu, umur dia dah kira molek sangat doh, dan 2) diorg dah kapel lama, tak manis berdua-dua takde ikatan.

I pray for your best too. Amin!
Tanpa Nama berkata…
2 la..stu sbb aku nk kawen, sbb aku rse cm x sggup nk lme2 tnpa ikatan..kdg2 aku keluar ngn dia..aku tau ayah aku x bape ske..mak ak je ok..tp pandai2 jge diri la..kbetulan, akak dia ajak buat knduri skali..ktorg ade la smpanan sikit2..insyaallah dlm stahun ni aku confident la nk suruh mak ayah aku buat knduri..which means, insyaallah dorg x payah support aku teruk sgt..sikit2 kena jgk la kot..sbb mak ayah aku mesti nk jemput ramai org..ak anak tunggal perempuan in my family..ak bru grad..bf aku blaja lg..thats why mak ak cm x ske sgt..myb dia segan kot nk bgtau org, bakal menantu dia blaja lg..bila pk2, sedih jgk la..fmly bf ak sume da ok..fmly ak,, tah la..
ayue! berkata…
yang positive cmni sedaplah baca. yg other side?hmpp
ezzara berkata…
sebenarnya bercinta sebelum kahwin ke selepas kahwin ke tak kisahlah janji diri sendiri tu yg penting, pandai2lh jaga hubungan. btw, congrats.! sweeet cerita ni. ^^
qalam_timur berkata…
artikel yg positif..tersenyum saya membacanya....orang tua adalah rujukan terbaik dari pelbagai aspek.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.