Cerpen Faktab: Kerana Aliza.
"Masih ada rasa terhadap aku?"
Angin pantai menghembus kuat rambut Arshad yang panjang. Di tangannya masih terbakar sebatang rokok yang baru suku sahaja dihisapnya. Matanya tepat memandang laut. Tiada apa di laut dari mata kasarnya. Tenang. Bahasa yang dibawa bunyi ombak tidak dapat diserlahkan dengan kata-kata manusia. Setenang hati Arshad apabila Tiara menanyakan soalan itu kepadanya.
"Kau cakap dulu kau nak tunggu aku. Aku pergi sekejap je." Tiara menyambung pertanyaannya.
Arshad tenang menghidu masuk asap kotor ke dalam peparunya, dan kemudian menghembus terus ke luar. Matanya tajam seperti memandang sesuatu di laut. Perjumpaan yang dirancang sebagai "reunion" kekasih lama, makan-makan, bersemuka setelah bertahun lamanya tidak bersua, kini menjadi seperti satu medan pertempuran untuk Arshad.
"Mana janji-janji kau Arshad? Manusia memang tak pernah pegang pada janji kan? Oh, lelaki terutamanya." Tiara sekali lagi menekan Arshad dengan soalan-soalan yang tajam.
Tiara pernah menjadi kegilaan Arshad satu ketika dahulu. Dia menjaga Tiara bagai menatang minyak yang penuh. Jiwa. Hati. Perasaan. Raga. Semuanya kepada Tiara. Namun satu masa yang memeritkan. Di dalam kegembiraan itu, mereka berdua setuju untuk berpisah. Betapa hancurnya hati Arshad ketika itu. Senyum di luar, lukannya perih di dalam. Pantai ini lah yang menjadi saksi betapa bodohnya Arshad menangis demi wanita. Betapa bodohnya Arshad menjerit-jerit terpekik terlolong demi seorang wanita.
"Kenapa diam ni Arshad? Jawablah. Jawablah! Ini semua kerana Aliza kan? Dia tu liar Arshad! Hidup tak tersusun. Sana sini berjalan dengan lelaki. Mata bercelak tebal. Macam tu ke perempuan pilihan kau Arshad? Jawab lah! Tiara ada di sini. Tiara dah balik! Kita boleh bina balik macam dulu." sambung Tiara cuba memenangkan hati Arshad.
Arshad masih tenang menghembus udara kotornya yang terakhir. Dia berjalan ke sebatang pokok kelapa sebelum memadamkan api puntung rokoknya.
"Kau jangan libatkan Aliza." Arshad mula buka mulut.
"Apa yang dia ada Arshad? Dia tu liar! Liar!"
"Diam Tiara!"
Suasana sunyi sebentar. Deruan ombak menjadi penyambungan perbicaraan mereka. Adam terduduk di akar pokok kelapa itu. Matanya tepat memandang laut. Dia celaru dengan dirinya sendiri. Seperti ada dua watak di dalam tubuh Arshad. Satu, menarik-narik jiwa Arshad untuk terus kekal. Dan satu lagi, menggunakan lori lima tan menarik jiwa Arshad untuk terus pergi dari situ.
Aliza. Seorang gadis yang hilang arah sejak ibu bapanya mati kemalangan selepas mereka satu keluarga bercuti di Taman Tema Genting. Hidupnya menjadi liar sejak itu. Dia datang ke dalam hidup Arshad semasa Arshad sedang kesedihan meratapi hubungan yang gagal dengan Tiara.
"Eh bro, ada lighter tak bro?"
"Nah."
"Wah pink. Jiwa betul lu bro! Eh, apasal sedih semacam ni? Come on bro! Live the life to the fullest bro!"
Kata-kata awal Aliza sejak pertemuan dia dengan Arshad. Aliza dan Arshad tidak punya apa-apa hubungan istimewa. Namun, sejak kedatangan Aliza kembali ke hidup Arshad, dia kembali mampu mengukir senyuman. Dan akhirnya, mereka menjadi rapat. Berkongsi cerita. Berkongsi pendapat. Sepuluh bulan sejak kedatangan Aliza, kini Arshad mampu kembali berdiri. Berjalan terus dari segala kesugulan itu.
Ehsan google. |
"Kau masih ada hati dengan aku kan? Ingat tak masa kita mula-mula sampai ke pantai ni? Indah kan waktu tu. Kita duduk di situ kan? Cerita mengenai hidup yang belum puas. Kau ada cerita mengenai impian kau nak menjadi pelukis jalanan yang terkenal kan? Ingat lagi tak Arshad?" Tiara cuba mencungkil memori lama bersama Arshad. Arshad tertunduk.
"Lepas tu kita maghrib sama-sama dengan suara belakang tu sebelum kita kau hantar aku balik. Ingat lagi tak? Seronok kan waktu tu? Eh, si Aliza tu sembahyang tak?"
"Kau sudah lah nak sebut nama dia. Dia tak punya kena mengena!"
"Dia tu siapa Arshad? Nak pertahankan dia sangat?! Dia tu teruk! Hidup tak menentu!"
"Diam Tiara! Diam! Kau tak kenal dia, tak payah nak buat fitnah."
"Habis kau kenal dia sangat lah? Hanya sebab budak kotor tu, sekarang kau nak marah aku? Dulu kau tak macam ni Arshad. Apa dia dah bomoh kau hah?"
"Sekotor-kotor dia pun, dia nak berubah! Dia nak kembali ke jalan sebenar. Aku rasa itu tanggungjawab aku untuk sama-sama bimbing dia dan pada masa yang sama bimbing diri aku sendiri untuk mencari jalan sebenar! Sekurang-kurangnya dia selalu buat aku senyum!"
"Aku tak pernah buat kau senyum ke dulu Arshad? Pernah kan? Selalu kan?"
"Ya, selalu. Selalu. Tapi yang paling utama sekali, dia tak pernah bangkitkan isu 'pergi'. Dan dia tak pernah bicara tentang hati yang mati. Kau dah buang aku Tiara. Jauh. Kau biarkan aku keseorangan menanti satu jawapan seperti menanti salju yang turun di bumi khatulistiwa. Sekarang kau kembali untuk apa?"
Tiara diam. Air mata mula menitik satu persatu.
"Kau anak yang berpelajaran Tiara. Ada punya keluarga yang bahagia di rumah. Pulanglah. Capai cita-cita kau. Lain dengan Aliza. Dia tak punya bimbingan. Paling penting dia punya hati yang suci yang perlu dicari. Aku tahu tu. Aku rasa tanggung jawab aku untuk cari hati suci tu sama-sama dengan dia."
Benar. Sejak Arshad dan Aliza bersama, Aliza banyak berubah. Dia lebih mahu mengenal dirinya yang sudah lama dibiar dihanyut oleh nafsu. Satu persatu dia betulkan dirinya. Dalam masa yang sama, Aliza seperti pengubat mujarab untuk kembali membawa senyuman ke bibir Arshad.
"So sekarang? Apa Arshad? Selepas kau jumpa hati dia, dia dah betul, kita boleh balik bersama kan? Ingat janji kau? Kan? Kan? Aku janji aku takkan pergi lagi." Tiara bercakap teresak-esak kerana menangis.
Arshad bangun dari akar pokok kelapa itu. Membersihkan seluarnya. Dia mendongak melihat langit. Kepalanya senget ke kiri dan ke kanan. Seperti mencari sesuatu di langit. Dia kembali memandang tepat ke mata Tiara.
"Kau tengok langit tu Tiara. Kau tengok terus tembus ke angkasa. Terus tembus tinggal jauh planet bumi ini. Terus ke arah Ilahi. Dia ketahui semuanya. Baliklah. Kau tak perlu lelaki macam aku."
//diapdatasi dari blog sendiri di sini.
Ulasan
#justsaying.
p.s. nice story bro.
i like it ..
arshad have a right to choose aliza .
not TIARA !
nice story.. :)
kalau dah nak sangat siAliza tu..hambik la Aqram ooii.. sesuai la ngan jiwa tunggul kayu ko tu.
rata-rata yg berperangai liar, mmg akan sokong siAliza..
jiwa tunggul = kuat melalak kat batang pokok kelapa = Aqram
heeee
lagipun si Aliza slow2 balik ke jalan benar. itu lagi elok kalau jadi baik, tapi hanya nak cari salah orang, salah sendiri tak nampak. tu dah bukan baik dah tu.
sudah2 lah cari salah orang lain.
yg buat aku emo ni, bila ada guna keperitan hidup sbg alasan nk jadi liar. aku cukup pantang bertembung ngn org macam ni. yg aqram tu.. aku mmg anti-aqram..hehehe sakit buntut ke? sesape?