Surat terbuka untuk Fairuz
Assalamualaikum wbt.
Surat ku utus dengan nukilan,
Selama yang ku pendam dalam hati,
Andai ku tulis, janganlah terkilan,
Tika nukilan berkisar si cinta hati.
Awalnya ingin kuucapkan terima kasih kerana membenarkanku berkawan dengan kekasihmu Ain tanpa sekelumit rasa curiga. Aku tahu ia susah terutama bagi lelaki sepertimu. Namun kau percaya bahawa aku boleh menjaganya dengan baik ke mana saja kami pergi. Atas kepercayaan dan sifat terbukamu, aku benar-benar hargai.
Bagaimanapun nukilan seterusnya mungkin akan menjatuhkan segala kepercayaan kau kepadaku—dan juga kepercayaan Ain kepadaku juga—tapi biarlah kebenaran yang menjernihkan kita kembali nanti. Tidak! Bukan aku jatuh cinta dengan Ain—tidak sama sekali—tetapi Ain sudah jatuh cinta dengan orang lain—dan akulah yang membantunya untuk curang.
Susah untuk kau percaya bukan—orang terakhir yang paling kau harap-harapkan untuk menjaga Ain tika kau tiada—itulah orang yang membantunya. Tidak! Bukan aku ingin menggalakkan Ain—atau sesiapapun curang—cuma bagi aku, Ain sudah dewasa. Aku tidak layak menentukan hala tuju hidupnya itu.
from my tumblr. |
Fairuz,
Ingatkah bahawa tika Ain menelefonmu, mengatakan berlakunya kemalangan kereta; dan kau sibuk menelefon menasihati Ain dan aku cara menguruskannya? Ya, yang kemalangan itu aku, bukan Ain. Aku yang memandu. Aku yang mahu cari pakaian Aidilfitri. Tapi Ain ke sana tujuannya bertemu lelaki itu. Dan tika kau menelefonku, Ain bersama dia.
Ya, aku akui aku seolah merelakan semua yang berlaku. Aku biarkan Ain berjumpa dengan dia, berpegangan tangan dengan dia. Aku benarkan Ain bermanja dengan dia. Aku biarkan Ain membeli-belah dengan dia. Aku juga biarkan Ain pergi makan dengan dia pada pukul dua pagi. Dan tika aku dihujani puluhan mesej dan panggilan masuk mengenai kemalangan itu, Ain gigih menghubungiku dengan memperincikan setiap butiran mengenai dia dan Khairul.
Fairuz,
Bukan, bukan si lelaki tidak tahu hati Ain telah dimiliki. Bukan juga Ain menyembunyikan status kau dan dia. Ini bukan cinta angin lalu—Ain sudah lama berhubungan dengan dia melalui media sosial dan telefon. Malah setiap kali kau menelefon atau SMS, Khairul ada di sisi, mendengar setiap butiran. Tetapi demi cinta mereka, mereka sanggup menongkah arus walaupun tahu kau bagaimana.
Bagi aku Fairuz, hati manusia lain kita takkan boleh miliki. Kalau sudah bernikah sekalipun—sekali hati itu tertarik kepada hati lain—buatlah apa pun, tidak akan dapat menghalang. Setiap hati dalam badan manusia itu berdenyut sendiri—bukan digerakkan manusia lain. Oleh itu hati itu juga boleh membuat keputusannya sendiri. Siapalah aku—dan kamu juga, Fairuz—untuk menghalang hatinya jatuh ke tangan orang lain?
dari tumblr. |
Fairuz,
Aku tahu kau akan marah dengan nukilan ini. Dan kau mungkin menuduhku menyebelahi Ain. Tidak sama sekali (kalau tidak mungkin aku masih merahsiakan ini, bukan?). Tapi aku berhadapan denganmu bukan sebagai kawan Ain (atau mungkin kawan kau lagi) tapi aku sekadar insan yang memerhati. Insan yang pernah berpisah dan dipisahkan. Mungkin kisah cintaku tidak sama denganmu, tapi kita sama-sama pernah terlepas cinta dari genggaman.
Bagi aku, Fairuz, kau boleh lakukan dua perkara—merelakan dia pergi atau terus berlawan untuk memilikinya. Merelakan dia pergi—ayat yang sukar untuk diterima, aku tahu. Tapi lihat disekelilingmu, bro. Kadangkala cinta yang telah lama mati dipertahan juga, kerana alasan yang lekeh. Akuilah, dari awal lagi kita melihat tanda-tandanya—ini bukan kali pertama dia berkenalan dengan lelaki baru—dan bukan juga kali pertama dia berjumpa lelaki lain.
Kau tanya aku mengapa dia curang? Kerana kau tidak sanggup melepaskannya walau berapa kali diminta. Kali ini, lepaskanlah dia, Fairuz. Sampai bila kau nak mengamuk mengenai cinta hati yang sudah curang—sedang cinta hati itu sudah pun lama beralih arah, cuma kau tidak sedar. Dan selama kau enggan melepaskannya, selama itulah dia akan terus mencari alasan untuk menyakiti hati kau.
tumblr. |
Andainya kau masih ingin berlawan untuk cintanya, Fairuz, ingatlah untuk berlawan dengan bermaruah. Mengamuk, bertumbuk, mengugut cuma akan mencalar maruahmu. Apa gunanya menghabiskan seluruh kudrat hanya kerana cinta seorang wanita? Jika kau melakukan sedemikian maka wanita itu tidak lain hanyalah pemanjangan kepada egomu. Apakah dia seperti trofi untuk egomu yang harus kau jaga?
Tidak-dia hanya seorang manusia. Rayulah hujahmu, berikan pendapatmu. Luahkan perasaanmu. Jika dia masih tidak berganjak, pergilah mencari yang lain. Jangan cuba dihidupkan kembali cinta yang telah mati, nescaya ia menjadi tidak lebih daripada mayat hidup.
Fairuz,
Andainya warkah ini menyakiti hatimu, aku faham. Andainya kau tidak mahu lagi nama aku tercatat dalam hidup kamu, aku juga reda. Namun mengertilah Fairuz, tidak ada yang lebih memedihkan daripada berdiam dalam satu perhubungan yang krisis. Dan sesukar hati aku melihat cinta tiga segi sebegini, aku tahu lebih sukar pula untuk kau menghadapinya.
Tapi kau lelaki sejati, Fairuz. Kau akan kuat untuk semua ini.
Selamat tinggal.
Ulasan
lol bru habis ramadan dan pandai babi membabi? ishishish.
p.s. kau fairuz ke? trollface.jpg
kesiannya fairuz.
tapi aku fairuz!
tapi aku perempuan!!
haha.
tapi entri ni macam kena kat aku jugak.
tapi aku nak blah dah ni.
haha kbai
dont try to hold something yang kite dah tau mmg longgar and rapuh kat tgn kite.. kesudahan die same je..
so lepaskan..
but need to know that pintu bahagia ni banyak...satu tutup, dont stare lame sgt kat situ, move on and tgk kat pintu lain...
and of kos and damn yes, its take time even years to heal the pain..
tp aku bkn sprti ini.
but it's ok..
sunyum..n_____n
mmg mkn masa nk terima
but fairuz tentu akan bahagia if terima semua ni dengan baik n yang penting jaga maruah
what she give she will get back
wa dah alami benda ni
my ex bf curang n his new gf tau yang dia ada wa masa tu
kejam kan?
but now that b0y curang pada that girl
she get what she give to me rite?
Tapi, aku rasa walaupun Fairuz tu ada masalah tak boleh terima hakikat, Ain juga haruslah bertegas. Kalau cinta dalam hati dah mati bagitahu jela dengan jelas "fairuz, aku takde hati kat kau dah doh, kat tak paham2 bahasa lagi ke??" <---emo pulak aku. Dan Ain patut blah je dari hidup Fairuz tak payah toleh2 lagi.. Kalau Fairuz nak bunuh diri ke apa lepas tu, itu masalah dia la.Cinta atas dasar simpati memang tak patut ada.
Aku memang menyampah betul dengan orang macam penulis dan Ain ni. Bukan sebab aku pernah alami. Tapi jelik sangat dengan orang yang hipokrit.
*aku pun taktahu apehal aku emo pulak baca entry ni. *
manusia memang macam lebah, habis madu sepah dibuang. kejamnya. lebah tu binatang lain cerita lah kan ?
cinta mati, taksangka.