cerita tentang kertas yang kita dah koyak dan buang semalam


Benda yang paling tak best sekali dalam sesebuah perhubungan bila kita terpaksa sebut tentang bekas kekasih kepada kekasih kita yang sekarang ini.

Ada orang bilang, kita masih belum boleh move on
Ada pulak yang bilang, kita masih gagal tinggalkan kenangan lalu biarpun sudah move on
Ada juga yang bilang, kita ini haloba, yang dulu mahu, yang sekarang juga mahu.

Kadang-kadang, sedikit sebanyak perlakuan dan minat kita dipengaruhi oleh orang-orang tertentu. Mungkin ada dua atau tiga minat kita itu kelihatan sedikit menyimpang dari personaliti yang kita bawa. Misalkata kita ni sebenarnya orang yang jiwa-jiwa, alih alih ada pula minat ke lagu rock-rock keras. Mesti ada pengaruh lain yang mendedahkan kita kepada genre yang demikian.

Dah tu bila ditanya, tak kan nak tipu pulak ye dok?
Yang paling menjadi kepantangan dalam sesebuah perhubungan adalah perkara tipu menipu. Berkata benar walaupun pahit. Baik begitu. Bukan apa, sekali kita menipu, akan wujud tipu menipu yang lain pula nanti. Worst come to worst, sebab menipu je boleh jadi putus kasih nanti. Nak macam tu?

Berbalik kepada bekas kekasih tadi. Kadang-kadang kekasih kita pun tak terlepas juga dari menyebut perihal kekasih lama dia di hadapan kita. Bukan sebab tak boleh move on. Bukan sebab masih teringat-ingat. Kadang-kadang ada cerita yang bersangkut paut. Kadang-kadang kita cerita pasal orang lain, ta[i sebab bekas kekasih ni berkawan dengan sipolan yang kita sebut tu, maka secara tak lansung boleh jadi tersebut perihal si bekas kekasih. So, pandai-pandai lah kita nak tackle benda ni. Tak payah la nak touching touching sangat. Sebut tak bermakna ingat. Yang jadi bekas kekasih itu pernah jadi sebahagian dari hidup, jadi normal la kalau ada tersebut.

Tapi...
Kalau kau saja-saja je nak sebut, tu memang sengaja nak tempah perang dunia.

"Sipolanah dulu suka la buku-buku pesen gini"

"First time saya jejak kaki kat sini dengan sipolan dulu"

Dem !
Kalau dah benda yang kita tengok, apa yang kita dengar, tempat yang kita pergi pun mengingatkan kita kepada sipolan sipolanah, maknanya kita kena kaji balik diri kita. Betul ke kita dah benar-benar move on. kalau dah move on, cemana pulak kita boleh benarkan ingatan terhadap bekas kekasih tu bertandang?

Renung-renungkan..
xoxo~

p/s: tak kan nak kutip balik kertas yang kita dah koyak dan buang.

Ulasan

kucokelat berkata…
hurrrmm susah nieh
izuddinrahim berkata…
boleh jugak kutip kalo nak kitar semula. hahaha
AsyieqiN Rkey berkata…
berusaha bersggh2 nk tglkn habit..

oh..si polan dlu kan...

sangat ssh bile mmg egt die..

>.<
Wadi AR berkata…
bakar terus je. senang
yunZatie berkata…
JGN JILAT LUDAH YANG DIA LUDAH..BARU SENTAP
Unknown berkata…
kdg2 xbuang tapi jatuh kertas tu. sbb tu kdg2 cari balik wlpn dh ada buku baru. at least, they did teach us a lesson, whatever reason break up or even for how long we r together dgn ex.
Tanpa Nama berkata…
i tak pena cerita ex2 i kat bf i cos nak jaga hati pasangan la katakan..tp ada satu ex bf i ni suka benor cite pasak ex gf dia ni..particularly satu ni yg dia kata benci..tp kalo dah benci sgt nape ek dok ulang2 ja namanya..benci aku time tu..nampak benor tak move on..
Tanpa Nama berkata…
cemana plak kalo partner asik dok sebok nak tanya pasal ex-ex kita?

-belia24F
CallMe-NW berkata…
tak pernah pun nk cerita psl kertas lama tu.mmg lupe trus..tp yg baru pulak rse insecure sgt psl ex kite..takut dibanding.mcm mne tu?
Tanpa Nama berkata…
bab hati nie kita bkn ley paksa2..kdg2 otak mmg nk lupa 'dia' gila2..tp hati asek dok tingat jek~~ payah2~~~~~~=.='
siti ika berkata…
tak kan nk jilat balik air liur yg kita dah ludah..
TheBentPencil berkata…
-belia24f

tu tandanya dia insecure (kurang keyakinan diri).
marah sikit kat dia. kata:

"yeah ex dulu hensem, kaya, seksi. so what? If I still like em, why am I with you?"

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.