PET 101-couple perlu ke ada pets?
“Ayang, ayang suke ittew tak?”
“suka, suka. Mestilah suke. Ayang kan ayang ayang. Ayang suka ayang tak?”
“suke la. Tapi ada yang ayang lebih suka...”
“siapa?”
“kucing.”
“hamagaddd! Ayang pun suka kucing jugak!”
“hamagadd kite pun samew....jom bela kucing jom!”
“jom....pastu kita namakan dia ayangayang...hihihi
Seronok bukan bila anda mendapati bahawa pasangan anda turut meminati haiwan yang sama dengan anda. Tidak sia-sialah anda bersusah payah menyertai hashtag dengan mentweet selama 45697 kali yang kucing membuatkan anda #turnon; alih-alih dapat RT dari sorang pakwe yang turut minat kucing. Selepas beberapa RT, secubit dua DM, dan satu #twtup dia pun menjadi pakwe anda yang sah. Ewah! Merepek la kau ni senah. Back to the program!
Ya, seronok benar kalau ada “anak” yang boleh dijaga bersama-sama. Yalah, lepas ni ada la alasan nak bergilir-gilir jaga macam orang bercerai baru dapat hak penjagaaan dari Mahkamah Syariah. Tu belum lagi sesi pilih nama sama-sama, sesi beli makanan sama-sama, sesi beli mainan sama-sama, sesi beli baju sama-sama; maklumler nak raya, sugar glider pun kena pakai sedondon purple dengan abah dan mamanya tak gitew?
Tapi tunggu! Membeli haiwan untuk jagaan bersama bukan semudah membuka blog dua-author bersama kekasih. Almaklumler ni benda hidup yang kita mainkan. Takut nanti jadi apa-apa terabai pula. Jadi sebelum anda berkejar ke World of Pets dengan kad kredit boyfriend dato’ anda, sila ambil masa untuk membaca panduan saya di bawah.
1: pastikan pasangan anda BENAR-BENAR menyukai haiwan.
Ada beza antara “sayang, I suka kucing” dengan “sayang I suka kucing.” Kadangkala pakwe anda cuma setuju saja apa anda cakap, maklumlah cinta. (ataupun dia buat-buat mendengar semasa anda membebel enam jam tak berhenti dalam telefon—biasalah tu, tengah main DOTA2 kot). Di mulut setuju saja, dalam hati siapa tahu. Tambah lagi kalau jenis haiwan yang disukai berbeza. Awek suka pets, tapi yg bulu-bulu comel macam hamster. Pakwe suka pets jugak--tapi satu hari dia bawak balik iguana! Menjerit si awek.
kalau makhluk camni saya pun lari gak wei!-[source] |
Lagi satu kena ingat, nanti tentunya ada sesi bergilir-gilir jaga pet anda. Kalau tak bergilir-gilir pun, mungkin ada sekali dua terpaksa dijaga oleh pasangan. Contohnya ketika bercuti ke luar negeri atau rumah baru diubahsuai. Kalau salah seorang tu tak mahu jaga, last-last member/jiran/rumet jugak yang kena tolong jagakan. Hadoi!
2: pastikan pets yang betul-betul sesuai untuk korang berdua.
Tak semua pet sesuai untuk semua jenis rumah. Contoh kalau salah seorang duduk kondo—ada kondo tak bagi letak pets. (ada dorm uni yang tak bagi bawa pets jugak—susah tu kalau tetibe nak kena simpan kat dorm awek!) Also, ada orang yang ada "limit" dengan pets dia. Contoh orang yang suka kucing tapi kucing dalam bilik tidur dia totally NO-NO. Si pakwe pulak memang tido dengan kucing. Bayangkanlah kalau diorang bersama. (Eh wa nak ajak buat dosa ke? Harom! contoh je beb, contoh!). Contoh lain ialah ada orang yang suka bawak pets dia pergi dating bersama. Ada yang tak nak, takut nanti ganggu orang lain (bayangkan bawak pet masuk wayang, pastu wayang tu gelap, pet pun terlepas. EEEE! naya). Jadi yang penting BINCANG, BINCANG, BINCANG.
3: $$$$$-- mampu ke nak bela?
Ye la, bela kucing. Ambil kucing dari SPCA, tak payah bayar berjuta. Lepas tu kasi makan kucing tu nasi dan ikan dari meja. Jimat! Pastu bila nak pergi outstation, letak depan rumah dengan cage terbuka. Pandai-pandai la dia pergi cari makan tupai ke anak cencurut ke. Minum air lopak hujan. Takpayah bawak gi boarding house. Lagipun bukan boleh caya sangat syarikat Pignot tu. #ehtetibe
Truth--menjaga haiwan tak semurah yang disangka—terutama untuk orang yang baru first time pegang haiwan berbulu (pakwe berlengan lebat tak termasuk). Kucing pun--walaupun kucing kampung—paling kurang ada deworming, neutering, spaying. Tu belum lagi kalau tetibe haiwan tu sakit. Balik-balik rumah terpeleot depan sofa dengan sekilo muntah nasi. Lepas tu awek merayu-rayu nangis tolong minta bawa gi Hospital Veterinar. Nak tolak nanti tarik muka dua minggu tak sudah. Tapi sekali hantar—ha amekau! Lima ratus ringgit brader. Bela kekasih gelap sorang pun tak mahal macam ni.
4: pastikan dua-dua ada tanggungjawab!
Ye la, macam pasangan berkahwin ambil anak angkat, korang ambil anak kucing. Walaupun korang tak tinggal serumah tapi dua-dua kena ada tugas juga. Amboi, mentang-mentang dia enjinia, awek zoologis, awek dia la yang kena pumpangpumpang baca PetDigest. Mana boleh bang!
Jadi sebelum beli Si Comel tu buka buku atau google fasal haiwan tu. Hafal dari cara menjaga sampailah cara mengubat. Ingatlah kata pepatah “pet is a commitment, not a lifetime accessory.” Kalau nak cari haiwan sekadar nak buat “tanda cinta”, baik takpayahlah. Beli couples keychain macam orang-orang marhaen ni buat.
5: pastikan ada “backup plan” kalau breakup
“Hish! Simpang malaikat 44 Izzie! Ko doakan kami breakup ke?” Bukan macam tu kak oih, tapi anything can happen. Cuba fikir kalau breakup, siapa nak jaga haiwan tu. Awak ke dia? Sanggup tak mengenang kisah lama tiap kali tengok si Comel yang tak tumpah tembamnya macam awek anda. Kalau anda sanggup, dia pula macam mana—sanggup tak lepaskan kucing yang selalu dipeluk cium tu kepada orang yang paling dia benci?
Maybe kat sini jarang berlaku, tapi kes couple berebut pets lepas berakup memang selalu kat Amerika. Sampai bergaduh pun ada. Ada jugak kes dua2 tak hingin. Last2 Si Comel up for adoption. Terabai. Tak ke kesian? Benda hidup kan tu? Tunggulah kat akhirat dia tuntut balik nanti.
Tu lah sebenarnya point yang paling penting --Pet ni commitment. Macam kahwin jugak, kalau berpisah paling kurang ada mahkamah boleh uruskan hak penjagaan. Haiwan? Harap nama dekat sijil milikan je la. Itu pun kalau ada. Jadi, kalau perhubungan anda dengan pakwe-makwe anda belum cukup kuat lagi, jangan mengada nak tambah beban dengan berhaiwan peliharaan pulak.
Akhir kata simpan je la balik duit anda tu, kalau anda belum sedia. Andai ilmu panjang sejengkal, jangankan haiwan hendak dijaga--tamagotchi pun kirim salam je le. kehkehkeh!
ps. gambar semua adalah plushies dari Littlest Pet Shop. Boleh dibeli di mana-mana ToysRUs berhampiran. auw!
Ulasan
tak kuasa nak bela pets .. huwa2x
kes ke 5 aku yang amik