Menunggu Penunggu.
Apabila nak naik bas - perkara pertama kau harus tahu ialah nombor bas - dan dimana bas tu berhenti. Kau tak boleh naik bas nak pergi Gombak pakai bas nak pergi Klang, atau tunggu di Bus Stand Klang - sebab bas pergi Klang takkan berhenti di Gombak.
OK - sebagai saekor loser yang takde lesen kereta dan motor aku sejak jahanam aku takde transportation yang mobile untuk bergerak ke Kuala Lumpur, aku bergantung harap kepada transportasi awam hampir sepenuhnya. Kalau nasib ada member atau adik gua nak tumpangkan gua naik kereta pergi ke satu tempat tu okaylah, but most of the time aku bergerak naik bas atau LRT.
Dan naik bas ini ada falsafahnya. Mungkin agak lame dan membosankan cerita kisah menunggu bas ni jika nak dibandingkan dengan car-porn movies like Fast and Furious atau KL Menjerit, tapi sebagai manusia yang advocate transportasi awam, aku rasa naik bas atau LRT ni harus ada falsafah - bukan cerita kosong macam car-porn movies ni.
Apa yang aku boleh relatekan kisah tunggu bas ni dengan realiti kehidupan - aku rasa cinta paling sesuai. Aku pernah ada rasa nak cari awek kat bus stop. Which is pretty lame actually - tapi awek kebanyakannya tak suka balak yang naik bas. Awek suka balak naik kereta, but it's a different story today.
Aku perhatikan ada ramai perempuan yang single. They are attractive, genius and ada la lelaki yang minat. But perempuan-perempuan macam ni single but not available. Not available? Kenapa? Sebab tunggu lelaki yang diidam-idamkan untuk bukak mulut dan mahu hidup bersama.
Kinda like arwah Elly yang tunggu aku dan sanggup reject lelaki lain untuk aku.
Tetapi bukan semua orang suka menunggu. Orang macam aku tak suka menunggu benda yang tak pasti - aku tak tau sama ada semua perangai lelaki memang macam tu ataupun tidak. But perempuan - one thing yang aku tak faham ialah kenapa dia ni sanggup tunggu lelaki yang memang langsung takde response pun kat dia, tapi dia still tunggu jugak. Or berharap lelaki tu bukak hati dan perasaan untuk menerima. Can you girls just move on - kalau dia reject tu meaning carilah lelaki lain.
Menurut fakta CIA - Malaysia secara puratanya 1 lelaki untuk 1.01 perempuan.Meaning contohlah - lelaki ada 10 juta - perempuan ada 10.1 juta orang. Bermakna jika semua lelaki dalam Malaysia ni sudah berpunya - bermakna ada 100,000 lagi perempuan terpaksa jadi single.
Tetapi sorry to say, perempuan adalah species makhluk Homo Sapiens yang aneh. Sangat aneh sampai aku garu kepala nak fikir macam mana nak crack masalah saintifik estrogen wanita ni. Apa yang aku tahu - tak mungkin 10 juta lelaki di Malaysia ni dah ada awek. Mengikut ratio di Facebook - hampir 56% status lelaki adalah "single". Meaning, kalau nak ikut ratio Facebook - dari 10 juta lelaki di Malaysia - 5.6 juta lelaki di Malaysia adalah single. But first, ini secara rough figures so aku rasa aku kena bekerja kat Jabatan Statistik kalau nak dapat jumlah yang lebih detail.
But why 5.6 juta lelaki di Malaysia ni stay single? Apakah dia ni loser macam Ernest P Worrell?
OK - kalau ikut ratio single Facebook 56% tu untuk wanita - jumlah wanita yang single ialah 5,656,000 orang. Ni kalau ikut ratio Facebook, I know somehow it's not very correct. Tapi ini mengikut trend - perempuan sepatutnya lebih ramai single dari lelaki. But, it goes other way around.
Ikutkan - sepatutnya jika lelaki ada yang single ini semua ada sorang satu awek there should be 56,000 lagi perempuan yang akan single. I'm so sorry with 56,000 women that single in this ratio. Tapi things goes other way around, perempuan ni "single", tapi suka kat lelaki yang ada girlfriend. Just like arwah Elly did to me.
So, there must be something that makes girls rather to wait breakup of the guy she wishes to be loved than filling the form to the single. Mesti masalah ni datang dari lelaki. Apakah lelaki yang single ini not attractive? Mati pucuk? Takde sex-appeal? Or simply because lelaki yang dah berpunya ni lebih attractive sebab ada pengalaman?
Here some response dari perempuan "single but not available" yang aku selalu tanya, response yang common.
"Tak bersedia lagi lah. Mak suruh belajar" - yang ni agak ramai percentage.
"I just broke up, emotional tak stable lagi." - yang ni sikit tapi quite significant gak.
"Lelaki, semua tak boleh percaya" - #ayatcliche. Sorang lelaki buat taik semua lelaki dapat palat. Berlambak gak dapat response ni.
"I'm waiting for someone." - yang ni quite banyak.
"Ala, I tak cantik, takde sape nak kat I" - ada 5.6 juta lagi lelaki yang single - jenis macam ni jenis takde semangat nak berdaya saing.
"Takde sorang pun lelaki I jumpa ada taste macam I nak. Tinggi lampai, rambut blonde, body tough, model seluar dalam, maskulin, romantik, yang macho macam Brad Pitt, kelakar macam Johnny Depp, yang senyuman menawan macam David Beckham el Yahud.." - pergi mampus.
Aku tak nak fokus dengan semua topik - kecuali "I'm waiting for someone". Sebab ini adalah tajuk utama aku nak menulis hari ini.
Apa yang kau tunggu? Tunggu lelaki tu bukak pintu hati untuk menerima kau sedangkan berlambak lagi lelaki yang single yang memang bersedia untuk kau? Hmm.. aku berfikir lama jugak sebab aku pernah ditunggu macam ni oleh arwah Elly. Apa benda yang aku ada sampai ada orang sanggup tunggu aku?
That guy must be so special then. Mungkin one in a million. But still, if one in a million pun - kalau cari yang single mesti ada 5 orang sebab ada 5.6 juta orang yang single. Still kalau kau tunggu yang sorang ni, ada 4 lagi yang special tapi single ni. So what are you waiting for?
"Tak sama macam dia tu" - of course la, what do you expect? Sedangkan negara Amareka tu pun mengharamkan penklonan DNA manusia - what do you expect from a country who gaduh politik sebab video sex yang maha mengarut dan sangat tak penting kepada rakyat macam Malaysia ni? Lagilah takde penklonan manusia langsung. So my point is - memang la tak sama - tapi at least dia jadi diri sendiri. Tak boleh la semua kau nak expect sama macam lelaki yang kau minat tu.
"Tapi dia dah ada girlfriend/isteri, tapi hati I ada je kat dia"
When Elly told me the same conundrum to me and I questioned her why,she said "true love is don't have reason at all". Yup absolutely agree. Kalau bernasib baik, maybe lelaki yang diidam-idamkan tu eventually break up dan penantian itu akhirnya berakhir. But Elly took almost 3 years for her dreams to be with me to be in reality. By the time, the relationship only stands for 2 months because God loves to troll me. "Semuanya ada hikmah".
My question is, are you willingly to wait 3 years, even longer than that for your ultimate dream in a relationship with a guy you love. But status boyfriend-girlfriend should be fine - no problem, if break up pun it will heals sooner or later.
Well I don't know. Bila kau tertinggal bas, kalau kau larat tunggu bas - kau tunggulah. Ataupun mungkin kau naik bas route lain dan berhenti jauh sikit sebelum kau menapak. Atau kalau desperate sangat kau naik teksi. Sediakan duit yang banyak especially waktu malam kena bayar double. Atau kau balik menapak jalan kaki. Tapi kalau kau kerja KL kau nak menapak Cheras memang masak. Call member mintak tolong jemput, okay jugak. Tu pun kalau member kau free dan tak berdating dengan awek time tu. Ataupun, mungkin kau sewa hotel murah sebelum besoknya kau balik. Atau kau simply lepak CC 24 jam dan lepak sampai besok pagi. Atau, kau simply tunggu sampai besok pagi dan tidur di bas stop.
Entah, mengubahsuai kata-kata Alex Ferguson semasa tahun 1999 dahulu, aku boleh katakan "love, bloody hell!". Memang bloody hell. Mungkin lelaki Meleis memang loser di mata perempuan. Mungkin lelaki yang sudah berpacar atau sudah berkeluarga nampak macho. Mungkin faktor ekonomi menjadi faktor penting. Faktor status. Faktor imej. Entah, I don't know.
Kepada yang menunggu, dan terus menunggu, ini lagu untuk kalian semua. Mungkin apa yang ditunggu takkan kesampaian, tapi bila yang lain tiba, tak dapat Evian, air paip pun jadik. Daripada takde langsung.
"I'm not living, I'm just killing time." - Thom Yorke.
Fakta : Negara ratio wanita lebih ramai dari lelaki paling tinggi ialah di Russia, Colombia, Mexico dan Estonia.
Contoh wanita-wanita Russia, Colombia, Mexico, Spain dan Estonia.
Carmen Kass, Estonia.
Claudia Bassols, Spain.
Sofia Vergara, Colombia
Maria Sharapova, Russia.
Angelique Boyer, Mexico.
Dude, I must be live in a wrong place.
Ulasan
thanks, cob. ^_^
" lelaki memang lah banyak, tapi nak cari yang betul-betul lelaki tuh yang payah contoh mcm jaga waktu sembahyang & boleh pimpin wanita. setakat nak cari boyfriend kontrak memanglah boleh berlambak kalau kau sanggup hati kau terhiris nanti "
maybe komen kau - yang ni agak kurang percentage tapi alasan boleh diguna pakai.
HAHAHAHA :P
sebab aku budak engineering. kat U aku blaja dulu budak engineering pompuan semua terpinggir pasal dak2 lelaki sibuk kejar budak business dan tesl.
sekian terima kasih.
bila aku bising aku xde bf, semua org akan ckp, "ada jek org nak kt kau, kau jek xnak". TAPI xde org pun ckp dia nak kt aku..
guys: aku xpaham non verbal..klu nmpk mcm suka tp xbgtau xguna..mmg xkemanalah..
aku pernah suka kat seseorang. dari aku 17tahun sampai aku 24 tahun. 8 tahun aku tunggu dia lafazkan something that would make me feel better and make me hope for our future together.
but what happened was, someone came,and woe me. He said, " I cant wait for someone to fall in love with me coz the last time I waited, some else took her away"
aku pun,penat tunggu dan menanti.lapan tahun aku dok main tarik tali dengan dia sampai semua orang kat sekeliling kami including our parents thought that we were dating.
but actually we were not.nothing pass the friendship line.
skarang aku agak takut kalau dia tetiba ungkit kenapa aku tak tunggu dia.heck camne aku nak tunggu when dia sendiri tak bagi hint langsung.