The Cycle of the Broken Hearted.

Ia adalah satu pusingan lengkap yang sangat signifikan dengan sesuatu hubungan yang gagal. Bagaimanakah pusingan itu berputar? Mungkin pawana tak mampu nak beritahu tepat di telinga kau apa itu satu pusingan lengkap bagi seorang yang gagal dalam hubungan. Jadi, mari sini, baca nukilan aku yang berlagu ceria Pretty Woman daripada Roy Orbison.

Kau bermula dari kawan. Kemudian jika kedua-dua orang bersetuju kau dan dia terus naik ke tangga seterusnya iaitu mematri hubungan. Bijaksana ada mengatakan mematri hubungan ini ialah satu fasa di mana kau dan dia meluang lebih banyak masa bersama untuk lebih banyak kenal satu sama lain. 

Dalam sesi perkenalan peringkat kedua itu, terlihat ada yang tidak kena. Hasil perbincangan, lalu kau dan dia berkeputusan berani mati, meletakkan jarak. Walaupun di luar kamu dilihat sangat serasi bersama, tapi bila bicara pasal hati, tuan badan yang tahu.

Tiba lah ke fasa 'jauh'.

1. Bersedih.


Siapa tak bersedih? walau hubungan seminggu pun, kalau dalam seminggu tu, kau dan dia penuh jiwa bersama untuk saling mengenali, dan tiba-tiba, esoknya, dia sudah tiada di sisi. Siapa tak bersedih itu layak di label sebagai predator. Macam-macam orang akan mengambil inisiatif untuk melupakan sifat sedih mereka itu. Bagi lelaki, merokok, berkaraoke, melepak sehingga subuh, berdota dan macam-macam aktiviti lain mampu buat mereka senyum untuk melupakan kisah itu. Tapi jangan diingat semudah itu. Bila tiba waktu dia keseorangan, bila memori dicipta terjah masuk ke minda, sendiri mahu ingat.

2. Membenci

Selepas berbulan lamanya bersedih, tunggang langgang hidup. Mandi terlampau basah. Tidur 24 jam. Kau melihat kembali bekas kekasih kau. Hai. Bukan main gembira lagi dia dengan hidupnya. Pada awal perpisahan bukan main lagi kau kata,

"Kalau ini jalan untuk you bahagia, I rela lepaskan."

Pedaah.Sekarang ni? Kenapa tiba-tiba marah?

"yelah. Aku bersedih dengan perpisahan ini. Dia? gembira?"

Lalu wujudlah perasaan benci secara automatik dalam diri. Kerana cemburu dengan bekas kekasih yang mampu gembira walau tanpa kau di sisi. Yang mengaharapkan kalau mendiamkan diri, bekas kekasih mampu meratapi pemergian kau. Padahal? Di sebalik gelak tawa tu, kau tahu? Semasa fasa ini lah wujudnya permainan Bekas VS Bekas. Apa itu?

Permainan di mana mottonya ialah, "Aku mampu bahagia tanpamu."


Kau bersungguh-sungguh menunjuk kepadanya kau bahagia. Supaya dia boleh kesal kerana meninggalkan kau. Kau tunjuk kau mampu beli barang yang dia mahu sangat punya. Kau keluar dengan lelaki sana, lelaki sini. Semata-mata nak sakitkan hati bekas kekasih kau. Hasilnya boleh tahan. Bila bekas kekasih kau juga bermain permainan itu dengan cuba menyakitkan hati kau dengan tunjuk kau gembira.

Benda ini akan berterusan sehingga kemarahan yang membuak-buak.

Siapa menang? faktab. Akhirnya marah. Ya. Lalu kau terus ambil iktibar, tiada masa lagi untuk beri peluang kepadanya. Lalu buang terus dia dari hidup. Teruskan perjalanan sendiri.

3. Kembali berkawan.

Setelah lama menyepi, lalu kau dan dia kembali bertembung. Di satu kawasan ramai orang. Bersentuh bahunya dan terjatuh buku seperti drama swasta. 

"Eh, kau."

Masa tu kau kembali senyum. Ajak dia melepak di mamak. Sembang cerita lama. Lalu terkeluarlah satu fasa ayat berbunyi,

"Bodohkan kita waktu tu?."

Akhirnya kembali berkawan. Walaupun dalam hati masih berdetik atau dia kembali semula ke hati. Walaupun kau tahu, itu tak mungkin. Walaupun kau tahu, tak sama lagi seperti dulu.

Ironik kan pusingan hidup selepas satu hubungan yang gagal? 

Ulasan

K.A.C.A.N.G berkata…
whoa..how if dalam tempoh bersedih dan marah yg menggila,tetiba berjumpa dgn encik/cik 'bekas' n kita rs nk baik mcm kwn(even dlm hati sbnarnye rs syg masih tebal)..adakah itu normal?
jhnrdzi berkata…
Hal ini tengah berlaku sekarang.

Tapi yg last entah la.

"Bodohkan kita masa tu?"

Aku suka ayat ni :)
Tanpa Nama berkata…
Aku takkan ulang benda sama 2 kali.

Tp kalau dh memang jodoh, lari ke mana pun lekat juga.
najwa nano berkata…
aku cuba brkawan blik tp entah macam mna tersambung blik.kehkehkehkeh
Tiqachuu berkata…
patut lah aku tengok dia dah banyak berubah :/
afrohead berkata…
bahagian membenci tu tidak melibatkan semia orang rasanya. :)
ezsyani berkata…
@Sylmeena Hamzahaku setuju. takkan ulang benda yang sama dua kali:)
cahaya eyena berkata…
nice...i loiiikeeeee...;p
yra nazirah berkata…
yup ..ai sgt setuju .. sbb ai pon cm ni jgak ..cuma blom kena satu kitarn tu 'drama swasta' =)
Unknown berkata…
thats true. OMG! skrg saye masih dlm fasa membenci :) LoL. tp akan wujudkah fasa kembali berkawan? jeng jeng jeng :p
Nur Liyana berkata…
normal. rasa nye baik dh ptus tu, jd kn hubungan sbgai kawan. bukn membernci. kn?
N berkata…
kitaran sye pulak: bersedih> dia delete, dia yang add balik > kata kawan tapi gaya mcm couple > skrg xtau apa sbnrnya yg berlaku. haiyaaa
Aslina berkata…
rasa nak kawan?

sebab tu aku selalu pilih ex jenis jejauh. senang takkan jumpa dah kalo clash. sebab aku negeri lain, dia negeri lain.

heh.
eyka berkata…
aq dlm proses membenci kot..dye gembira,aq menderita..its hurt A LOT!!sob..sob...
Unknown berkata…
sedang mula belajar berkawan kembali.
2nd time tak kan wujud tapi berkawan skurang2 nya we have someone to laugh for the stupid things.
Syafiq Azmi berkata…
skung fasa benci dan kawan ntahhh..
kadang2 bile kite bagi smgt lain lak dia pikir kan nyer huhu...
apa2 pon dia mmg terbaikkkkkk

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.