Sepi.



4 bulan aku tinggal di Cheras - 2 kerja dan 1 kekasih meninggalkanku. Aku ada banyak kenangan pahit dan manis di Cheras - ini adalah bandar tempat aku membesar. Jejak-jejak aku yang kini sudah berada di Jakarta, Bekasi, Bandung, Singapura, Pulau Pinang - dan juga Walthamstow, London dan Ghent, Belgium - jejak aku ke seluruh pelusuk tempat ini bermula dari Cheras. Tetapi Cheras kali ini mengecewakanku - tidak seperti dulu - pretentious, vex, stressful and a very torment place to live. Dulu aku nak makan sedap kat Cheras merata makanan yang sedap. Nowadays semua yang aku nampak di Cheras semuanya pretentious - semua nak nampak konon-konon sedap walhal isi hampeh.

Anyway aku pindah ke Shah Alam ke rumah adik aku. At the moment aku sedang mencari kerja, the best thing for me to do after being sacked. But first aku kena menuntut hak aku sebagai seorang pekerja - bersempena hari Pekerja yang mulia ini aku kena menuntut dan bertegas untuk mereka membayar gaji aku sebulan. At least aku boleh teruskan kehidupan seterusnya untuk terus melangkah.

Aku pernah ada saat bahagia ketika di bulan April - ia bertahan selama lima hari. Dia datang dalam hidup aku - pada hari Sabtu itu. Dia buat aku tersenyum walaupun aku perlu lalui banyak hari-hari yang memenatkan. Aku sangat gembira bila pulang dari kerja, telefon dia dan mendengar suaranya. Dan pada 21 April - hari lahir aku, dia membuat satu kejutan dengan aku - "I'm not ready. I can't love you because my heart still belong to my ex."

Walau apa keputusannya, aku cuba terima walaupun tak sepenuh hati. Ini kerana aku dilanda sepi. Sepanjang empat bulan aku pindah di Cheras aku tidak pernah bercakap dengan housemate, sepanjang empat bulan - kredit telefon aku dari Januari hingga Mac kekal RM 4.76 - tak pernah call sesiapa. Aku hanya topup untuk maintain nombor telefon aku. Tambahan pula, setelah habis menulis episod "Nana" dalam Awek Chuck Taylor membuatkan emosi aku benar-benar breakdown, break-up ini benar-benar menjatuhkan aku.

Bagi sesiapa yang membaca "Tentang Jack" dalam Teh Tarik Gelas Besar - tentu korang faham sukarnya hidup sebagai seorang penghidap skizofrenia peringkat II. Those serbanistas yang yack yack yack membebel tanpa memahami - aku sarankan sekali-sekala tolong bukak journal sains bahagian psikologi. Tolong faham kondisi aku - bukan nak menambah-parahkan lagi psikologi aku. Jack - adalah orang kedua dalam diri aku. Jika sesiapa pernah menonton filem "Fight Club" - Jack adalah seperti Tyler Durden aku. Aku sarankan untuk memahami kondisi aku sila tonton filem "Fight Club" ini. Serbanistas terutamanya. Jangan asyik khayal tengok "The Arrivals" sangat.

Jack - yang aku "kenal" sejak aku kecil - adalah seorang yang kacak, seorang yang bijak, charming, every girls will fall in love with him. I am not. Jack akan terus menghimpit aku dengan berkata, "Nami, kau gagal. Kau tak boleh kalahkan aku. Sila pergi mati." Bayangkan aku dengar itu sejak 1993. Apa yang aku rasa, apa yang aku alami?

Dan setiap kali aku mahu tewaskan Jack - aku gagal. Aku percaya semua perempuan yang pernah menjadi kekasih aku - semua terpikat kerana "Jack" disisi. Bukan Nami. Aku percaya mereka melihat "Jack", bukan aku, Nami. Kecuali Sherina Ellyana. Bukan puisi atau lukisan yang dia lihat tapi sejauh mana aku memberi dorongan kepada dia untuk melawan gagapnya.

Setiap kali aku sepi - Jack - seperti gedebe buli sekolah akan datang dan menghantui. "Loser loser" "Jump Nami, jump!". Itu yang dia mahu. Dari dulu lagi. Sama ada aku beat dia, atau aku mati. Itu yang dari dulu dia mahukan.

"Buat apa kau hidup lagi Nami, takde siapa yang sayangkan kau. Kau kena halau dari rumah, kau kena dumped dengan awek, lima hari pulak tu. Pathetic. Kau kena buang kerja, kau ni memang loser sejatilah. Hey, buang oksigen ajelah kau ni Nami. Pokok-pokok dah makin kurang, manusia makin bertambah, oksigen makin kurang. Matilah kau Nami, tolonglah mati demi keamanan manusia sejagat. Tuhan? Apa guna Dia cipta kau untuk hidup macam ni? Baik kau mati. Anggap je la kau ni mangsa keadaan."

Itu yang Jack katakan aku ketika aku termenung di tingkat 17 rumah aku di Cheras. Dia memujuk aku - terjun Nami, selesai semua masalah. Berkali-kali dia cakap. Aku cuba tahan. Aku buka handphone aku dan merenung wajah Elly di wallpaper aku.

"Kau nak jumpa dia? Kau rindu dia, bukan? Dunia ni bukan ada apa-apa lagi untuk kau. Mesti kau rindu nak jumpa dia kan? Kau buat-buat tergelincir la, tak diiktiraf bunuh diri. Syahid masuk syurga. Serius, try buat Nami."

Kenapa aku accept dia walaupun aku tak kenal dia? Itu menjadi persoalan bukan sahaja kepada diri aku sendiri - tapi semua kawan-kawan. Tak pasal-pasal dia dump kau selepas lima hari couple. On 21st April. It will leave a huge scar. 21st April yang paling aku ingati.

Tapi kenapa? Sebab macam mamat video kat atas - aku ni sepi. Aku mahu teman bicara. Kat rumah housemate bercakap dalam bahasa yang tak selaras dengan aku. Bukanlah dia bercakap bahasa Tswahili atau bahasa ChiTumbuka. Tapi mamat hamba konsumerisme - mat gila baju Polo kolar besar nombor besar popped up collar pakai Ray Ban Aviator dalam shopping mall. Aku tak boleh bercakap dalam laras bahasa yang dia cakapkan. Pendek kata, aku tak faham apa yang dia cakap. Vice versa.

My best friend J - he try his best to be with me. Ada je la ajak gua makan kat gulai itek Acheh kat belakang bangunan UMNO lama, atau makan beef meatball mee sup, atau menyelusur tempat-tempat makan yang tidak pretentious dan torment untuk dimakan. Dia cuba membawa kelainan - selain tomyam dan mapley. Tempat-tempat yang tak membuatkan aku bosan dan boleh dipengaruhi Jack.

But somehow - seperti juga mamat di atas - menconteng-conteng kertas untuk bercakap dengan awek sebelah bangunan - macam tu jugak yang aku harapkan. Twitter, Facebook, Blogger, apa juga cara asalkan aku didengari oleh significant other. Somehow, paling berkesan sebenarnya bila significant other ada disisi bila tengah down. Let's be honest, lelaki kalau lepas balik kerja nak bagi senyum semula call makwe kan? OK I might be wrong.

Aku harap pencarian aku yang bermula di Shah Alam mulai hari ini dapat mencari dimana genuine smile aku. Dan bila itu berlaku - Elly di atas sana akan senyum kerana tahu - aku mula meredhai pemergiannya. Aku percaya, dia juga mahu melihat aku gembira. Mana tau tempat kerja baru kat Shah Alam boleh main-main conteng-conteng kertas dengan makwe kat sebelah?

Jangan aku dapat kerja kat Plaza Masalam tingkat 14 dah. Aku takut tengah main conteng-conteng kertas - ada pulak orang campak aku ke bawah.

In a meanwhile,



I'm on the mood to write unrequited love - after listen to this song. Guess I always be unrequited.

Ulasan

stuvwxyz berkata…
be strong, i don't know much of your life, how you felt, but be strong :)
As Yusra berkata…
chill~ hidup ni bergantung pada mentaliti pemikiran kita. kalau kita na rasa hepi, kita bole je hepi. setiap dugaan yang datang, pasti akan ada sesuatu yang baek selepas tu ^^,

upss..sori..ni pada pandangan kita je.;)
Unknown berkata…
tahniah..anda berjaya atasi jack...cube motivate diri y masih ada harapan utk kau lps ni...


Allah takkan menduga kita kalau kita tak mampu tanggung...smoga usha kali ni berjaya...
SHIMI berkata…
sesuatu yang datang dalam hidup, sukar untuk dijangka dan ditafsirkan.
nn berkata…
the complexity of it all.
Diana Zainal berkata…
letting go of something special mmg susah. but life goes on bro! ;)

wish you having a great job and find ur other half soon.
Tanpa Nama berkata…
jwpan kpd semua psoalan..ingat tuhan..tu jer..igat tuhan..kte akn slamat..yakinlah
Wahida Samsuddin berkata…
Enya - May It Be :")
Tanpa Nama berkata…
god have bigger plans 4 u..
life's a long journey dude..
~abc123~
Fyqa berkata…
dah knape la dgn "Tanpa Nama berkata..."

hmm....sgla ktntuan dtg driNYA.
aki_san berkata…
waaa...nami pindah shah alam la...hehe...welcome,,,
Cob Nobbler berkata…
Shah Alam makan mana best?
Tanpa Nama berkata…
abc dkt seksyen 2 serius sedap!
Dale berkata…
gud luck bro!
aku doakan dari jauh.
*siyes ni!
Unknown berkata…
aku duduk seksyen 8 shah alam, agak2 nak join aku naik van juara pusing2 bandar klang ngan puchong selak2 bundel.. boleh kontek aku...selalu sabtu ahad la...

:)
silent berkata…
cerita atas tu best la wei
Anne berkata…
kerja shah alam pula? yg dekat KL Sentral tu?

Nami, apa kriteria futuregf yang awak cari? kalau saya nak isi borang?
Tanpa Nama berkata…
ak tringat novel Dr. Jekyll and Mr. Hyde yg ak kne bace mase f3 dulu...skizo xle diubati kn? tp ko leh less kn 'rase' tu...erk, btol ke? urm,ntah la..sbb ak xkenal ko..but, skizo ko ni dtg pas nana xdek ke? if yes, mybe sbb ko sbnrnye xredha lagik pemergian die, dat y u stuck with dat moment..ntah la..diri ko kn...ko je yang tau.......
TheBentPencil berkata…
Hey...teenage dirtbag was my fav song back in highschool. i tired to sing that in the school talent show. I dont wanna click and listen to it, cuz it brings so much memories.

by the way, kirim salam kat jack.

kata kat dia kalau Nami terjun dia pun mati sekali.
ArtEyNatEyrA~ berkata…
Rasa jiwa kita sama.
Berhenti.
Sepi.
Kosong.
Mati.
kami.kata berkata…
menjeritlah dan mungkin kau tenang *_*
penjejak badai berkata…
aku bca kbnyakan entry ko...mcm psycho pn ader ko ni...xpn ko ade multi personality...ntah la...tp ni 1st impression aku la...sume org mesti ade 1st impression kn...tpu la kalo xde...haha...tp 2 la...jgn amek hati la...ni bkn kutukan...just saying...sory kalo terasa...
Ren berkata…
keep fighting bro..coz ur not alone..im also lost myself to my other half sometimes..
Jemari MonteL berkata…
ingat Tuhan.. insyaALLAH selamat.. moh ler shah alam.. JM sec 19 jer....
vanilamanis berkata…
pecelele padang jawa best nami!
noramieza berkata…
nami, kau da pindah shah alam eh?
dah x keje kt KL Sentral lagi?
AzmanV2 berkata…
Shah Alam - The City Of Roundabouts! The place i grew up! Takde wayang weh! Maksiat kurang. kahkahkah Good luck nami!
Tanpa Nama berkata…
lumrahnya, human beings will always find reasons to live. there are sometimes in life when you were stumbled upon unexpected things... kau jatuh... dan jatuh... dan jatuh. then u start to question ur life... 'what the fuck am I doing here? ape sebenarnya tujuan hidup aku ni.'

I was once like u... bezanya, kau dengan Nana, aku dengan bapak. dan aku tak skizo, tp ade ED.

well, aku bukan nk nasihat ape2. cume nk share point of view... ape yg aku pernah lalui dulu. even kdg2 aku buntu ape tujuan aku hidup lgi... tp aku pujuk diri sendiri... 'i am here... there must be a reason... or else... Allah dh ambil nyawa aku.'
MegaBlue berkata…
InsyaAllah..Allah slalu ade kat sisi..

berdoa..dekat diri pade tuhan..
luqiee berkata…
lu kapel dgn athirah ke?

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.