Sebab Itu Orang Kata, Jangan Over.
Salam hormat untuk semua pembaca Terfaktab.
Kalau benci. jangan benci sangat
Kalau sayang pulak.. biarlah berpada
Kamu orang mesti selalu dengar kan? Bahkan sangat selalu. Terlalu selalu.
Tapi, selalunya kita tidak ambil pusing, kita buat tidak tahu dan kita tidak endah lansung. Oleh kerana dah sayang, kalau boleh bulan bintang mahu kita beri.
Selalunya yang berlebih-lebih menunjukan kasih sayang ni siapa?
Lelaki?
Atau perempuan?
Atau mungkin terlalu subjektif?
Selalunya yang banyak berkorban dan sanggup lakukan segala ini siapa?
Lelaki atau perempuan?
Atau mungkin juga terlalu subjektif?
Untuk entri yang pertama ini aku tidak mahu bias kepada sesiapa. Cuma kalau pun kita sayang, berpada-pada lah. Yang selalu terjadi, berjanji untuk sanggup sehidup semati. Si kekasih sanggup berkorban segala-galanya sedang kita sendiri sebenarnya tidak pasti pun apakan nanti si kekasih ini benar-benar ditakdirkan untuk menyimpul mati hubungan itu dengan sebuah ikatan perkahwinan yang sah. Apabila tiba pada suatu ketika, bila mana salah seorang berpaling arah, perasaan yang sebelum ini mekar dengan kasih sayang terus saja bertukar menjadi benci yang meluap, berakar dendam.
Sebab apa?
Kerana dulu kita sudah terlalu kasih
Kerana dulu kita sudah terlalu banyak berhabis
Kerana dulu kita sudah terlalu banyak beralah
Akhirnya.. apabila kita sedar bahawa segala yang kita lakukan tidak berbaloi walau untuk satu sen pun, kita jadi marah. Kita kecewa. Kita benci.
Jadi, kalau pun kita benar-benar kasih, jangan diserah semuanya yang kita ada. Simpan sedikit kasih sayang itu untuk diri sendiri. Kerana sekurang-kurangnya nanti kita akan masih mampu untuk mengasihi diri sendiri bila kita tidak ada sesiapa lagi yang sudi mengasihi.
Ulasan
btw,entri lu memang power shahira..sama power macam entri gua..kahkahkah...
betul pun. i believe, some moments in their life, semua orang alami benda ni. nevermind, we learn from mistakes. :)
bersederhana dalam menyukai dan bersederhana dalam membenci :)
buat baik ber pada2
buat jahat jgn sekali..
pndai2 la olah bagi kena dgn tajuk,, ghagaa
Kau sengaja kan..
nway, sangat setuju dgn entry ni..kita jdi marah dan kecewa sbb kita rasa pengorbanan kita tak berbaloi kan..
- definisi cinta mudamudiremajakini.
Berbahagialah walau dengan sedikit rasa cinta kerana di saat-saat 'sakit', kita pernah merasai perasaannya mencintai,
dan menghargai.
Jangan cinta banyak-banyak, nanti perit.
ohsem!
dandelion daku terpandang perkataan ohsem.oh gembira..
kawen tu memang nak kawen.. tgk list money2 akan keluar memang banjir la airmata=D
kena kerja kuat nie..nak kumpul duit banyak2
first entry yg nice..^_^
btw, sebab itulah dalam apa jua perkara pun kita perlu bersederhana kan? nak sayang atau benci seseorang jangan melebih-lebih sangat..
biasanya salah satu lebih mencintai yg satu lagi. itu memang hakikat bercinta.
tak pernah tgk kekasih yang dua2 sayang gila2 bangat sama sendiri.
kalau ada pun, munkgin menyebabkan diri ini geli geleman dan muntah pink. hahaha