Realiti Cinta : Seks Bebas, Pendedahan Dalam Masyarakat

Aku yakin sebenarnya ramai di antara pembaca-pembaca Terfaktab kurang melibatkan diri dengan kancah percintaan yang terlalu membahayakan. Kerana, pada pendapat aku, mereka-mereka yang melayari Terfaktab selalunya mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang agak baik dalam kehidupan. Aku yakin. Paling tidak pun masalah yang kerap di lalui ialah kurang keyakinan terhadap pasangan. Dan, buat masa ini, polisi kami di Terfaktab adalah untuk membantu pembaca-pembaca membuat pilihan dan memberi ruang memilih pilihan.

Tapi, hakikatnya kita kurang di beri pendedahan dengan percintaan yang sebenar-benar realiti, yang terjadi kepada golongan-golongan mempunyai kurang kesedaran atau tiada langsung kesedaran dalam percintaan. Jadi, hari ini aku mahu nukilankan pandangan aku dalam hal ini. Ini bukan sebab aku terlalu banyak membaca Harian Metro, Bacaria mahupun Mastika. Tidak tidak. Ini memang realiti yang aku nampak bila aku 'pandang ke bawah' dengan lebih mendalam.

Suraya (bukan nama sebenar) adalah gadis belasan tahun yang tinggal di sebuah felda. Dia cantik, dan mempunyai susuk tubuh yang agak 'boleh tahan jugak lah tapi tak boleh bandinglah dengan Kilafairy'. Heh. Suraya menjadi kegilaan ramai remaja lelaki di kampung yang rata-ratanya menghabiskan masa dengan motorsikal atau aktiviti samseng jalanan.

Aku mengenali Suraya sebab dulu rumah datuk aku berdekatan dengan rumah dia. Bila pandang muka dia, memang tak berkelip mata sebab memang dia cantik, iras-iras Zoey Deschanel. Ada jugaklah aku berbual-bual dengan dia. Wangi betul. Tapi, sewaktu itu aku kurang berminat nak bercinta sebab aku ada makwe lain. Kalau tiada makwe, memang aku try nak sambar. Cuma, bila fikir-fikir balik, kalau sambar buat girlfriend, macam takde gunanya sebab aku akan berjauhan dengan dia. Jadi, aku ignore crush itu dan hanya berkenalan biasa-biasa saja.

Lebih kurang setahun selepas itu, setelah aku pun sudah lama tidak pulang ke kampung kerana bersekolah asrama. Aku mendapat berita yang Suraya telah mengandung. Terkejut beruk juga aku mendengarnya. Ribut takde, hujan takde, nikah kahwin pun tak, tiba-tiba mengandung. Sah! Ini mesti kena rogol. Fikir aku.

Jadi, aku pun bertanya kepada kawan-kawan aku di kampung. Rupa-rupanya Suraya adalah gadis yang agak 'liar'. Aku bukanlah nak kata dia bohsia bila tulis 'liar', bagaimana ya aku hendak tafsirkan? Ok, Suraya adalah gadis yang kerap bertukar-tukar pasangan lelaki dan senang menyerahkan tubuh badan kepada teman-teman lelakinya. Aku rasa tergamam. Come on lah, masih bersekolah lagi kot. Adakah ini playgirl? Aku rasa tidak, mungkin ayat 'bodoh dan naif' paling sesuai mungkin?

Kawan aku ada menceritakan bahawa Suraya selepas break-up dengan Hafiz (teman lelaki pertama), dia jadi agak 'bebas'. Di tambah pula dengan memang dasar pemuda-pemuda felda yang agak 'otak sempit' bergelumang dengan jenayah seperti merempit, dadah dan gangsterisme. Suraya adalah gadis yang selalu menjadi 'on target' kepada golongan-golongan lelaki sebegitu. Lebih syahdu, lelaki yang membuntingkan dia sewaktu itu ialah lelaki yang 'bukan ada kerja sangat pun'. Nak tahu lelaki itu kerja apa? Lelaki itu tak kerja sebab sedang meringkuk dalam penjara kerana dadah. Aduh!

Kesudahannya, Suraya terpaksa berhenti sekolah (sewaktu itu dia berumur 17tahun, SPM) kerana mengandung, undang-undang sekolah Malaysia sememangnya tidak membenarkan pelajar mengandung bersekolah.

Aku tidaklah kenal terlalu dalam Suraya ini, cuma bila berbual-bual dengan dia dahulu, aku rasa dia manja dan comel. Mudah cair dengan kata-kata manis lelaki. Tapi, aku rasa punca utama mengapa dia jadi sebegitu adalah kerana dia kurang pendidikan dan kurang kesedaran.

Hmm, macam sebelum ini pun sewaktu aku bekerja sebagai sukarelawan jabatan masyarakat. Aku ada jumpa satu kes seorang remaja perempuan yang juga termengandung, tapi buat kali KEDUA. lol! Kawan sekerja aku bertanya kepada gadis itu ;

"Adik kan dah besar-panjang, kalau ya pun terjebak dengan seks begini dengan boyfriend adik, kenapa tidak menggunakan kondom?"

Tahu apa gadis itu jawab?

"Kondom tak sedap lah kak, tak rasa".

Aku yang ada kat situ rasa macam..... Wadefak? Apa ke-sialnya jawapan itu?

Dari situ, pandangan aku mengenai perempuan dan percintaan agak terbuka luas. Aku rasakan macam ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat kita terutamanya kepada mereka-mereka yang kurang berpendidikan. Bila aku check balik, rujuk balik kepada kawan-kawan aku yang kurang berpendidikan, aku tersenyum seorang diri. Tersenyum bukan sebab merasa mereka bodoh. Tidak. Tapi, tersenyum kerana ;

Kenapa aku tak berupaya untuk menyedarkan mereka?

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat kita sebenarnya. Dan perkara yang tidak kena itulah sedang merebak menjadi virus perosak. Virus yang menggagalkan percintaan serta hubungan lelaki dan perempuan.

Aku rasa-rasa sebabnya ialah pengaruh artis dan hiburan yang melampau. K-pop contohnya. Heh. Kalian pula rasa sebab apa?


p/s : Kadang-kadang kalau tarbiah orang dengan agama pun tak jalan jugak kalau dah nama hati batu. Guna psiko, jalan alternatifnya, tak salah kan?

Ulasan

vampire's lovex berkata…
nak sedap sekejap ke nak sedap lama.dol betol pmpuan tu jawab cmtu.huuu bg penendang sedas baru dya tahu
M. Faiz Syahmi berkata…
Ni antara perbualan aku dengan member-member kat kedai kopi. Kenapa masalah macam ni dok jadi lagi., sedangkan ceramah agama kat mana-mana. Radio., TV., artikel., corong pembesar suara surau dan masjid. Semua dapat didengari.

Apakesalahnya kita sampai benda ni bukannya makin berkurang pun., tapi makin bertambah ramai adalah.!

Aku duduk dalam lingkungan sosial rakan-rakan yang tak kisah pun apa tu khayal dan ponteng kelas., apa tu seks bebas. Yang penting., kita ni muda beb.! Muda.! Kalau barang dah depan mata., apa barang kita tak cerna.!

Mungkin itulah yg ko maksudkan ngan "otak sempit". aku sebilik dengan kawan aku., juga bijak menggunakan strategi ayat manis., tak sampai 6 bulan kapel., dah dapat tembus vagina awek dia. dan ya., tanpa kondom.! aku siap teman lagi beli kondom., tapi tak pakai.

Ketatlah. sakitlah. macam-macam. macam mana aku tau.? haa., kantoi video dalam mp4 kat henfon rumate aku. nasib baik pancut luar. kalau tak., kau fikir jela nak gugur ke apa ke.

nasib baik diorang dah break. kalau tak aku taktau apa nak jadi.

ni nak kata camna ni.? mungkin betoi apa ko cakap., sebab tayangan benda2 seksi. tanpa pemikiran terbuka., ereksi cepat beraksi. penis pun dah tak sabar nak tunggu vagina secara halal. jalan singkat., cari mana yang percuma.

awek sendiri la kan.? paling dekat.?

mungkin betoi ko cakap depa-depa ni kena bagi psiko lebih. serang dari dalam. maknanya jadi kawan dulu. rapat., hantar pemikiran dari dalam. sebab aku rasa., semua orang boleh terima pendapat kawan., kan.?
M. Faiz Syahmi berkata…
dem., panjang pulak dah.
Verdict berkata…
slut.


frasa pelacur pon tidak mengenal gender sekarang.


ada perempuan ada lelaki. dua dua.


setuju dengan point asas education, charity bermula dari rumah dan kesedaran.

ada baiknya bila mak suruh balik rumah sebelum maghrib dan tak boleh keluar langsung pada waktu malam. ada bagosnya bila ayah pulang dari tempat kerja dan solat jemaah bersama dengan ahli keluarga; jadi role model. adik beradik yang saling mengingat, abang yang protective, kakak yang menegur, adik yang membantah.

kalau ahli keluarga pon kita nak jauh, bila kita susah siapa yang nak tolong?

Terfaktab boleh tolong ingatkan cara begini je lah. kan kan kan.
Cik TeN10 berkata…
psiko.. mgkin itu salah satu jalan yg terbaik..
Fatahul Nizam berkata…
sebab hiburan melamapau, ya.
sebab kpop sebagai misalan,
tak boleh jadi sebab utama.
sebabnya, hiburan melampau ni
bukan atas dasar muzik semata-mata
so, kalau nak blame genre
muzik, itu tak wajar
(para peminat black metal
sendiri melenting bila
dituduh sesat). wajar
bila blame konsert bebas.
*angguk-angguk*

mana mungkin setakat dengar
lagu Super Junior, terus
buat anak. Mana mungkin.

the reality is dua je.
kurang (dan hampir tiada)
amalan beragama,
dan nafsu. alah...tak
payah sebut kes mengandung
anak luar nikah je...
yang mengumpat bagai,
mencuri bagai, simbah asid
bagai, sebab dua tu jugak.

lastly, mana mak ayah?
aisya berkata…
pelacur pun kene bayar kalau nak perkhidmatan dia. so untuk kes ni nak dipanggil apa? lagi teruk dari pelacur? sebab free2 je dah boleh dapat. pada aku tak boleh nak salahkan mak bapak 100%. aku ada kenal sorang ni yang mak bapaknya protective, ambik berat pasal anak2. tapi anaknya tetap mengandung luar nikah. sorry to say aku rasa kalau budak tu memang mentalitinya rendah, macam mana mak bapak dia ambil berat pun dia still buat jugak. alasannya dia tak cantik. so terima sape je yang nak dia and sanggup bagi apa saja sebab takut lelaki tu tinggalkan dia. bodoh.
akak eskrem berkata…
Sebagai seorang kakak kepada adik berusia 13 tahun, ai sendiri pun risau ngan keselamatan sulit dia tu. Dengan entah macam2 cabaran yang bukan2 (rujuk kepada sekabar metro), d only alternative yang ada is bercerita n explain dalam cara yang paling senang bebudak lurus n naif paham. But then, we cannot protect them forever. When d time come, ai pun belum sure lagi how to do. Rite now pun ai assist dengan cara forward2 entry yang berkaitan ni. Susah kan cabaran zaman sekarang bila bab seksis ni muncul dalam masyarakat kita?
Hizwan Nizam berkata…
inna sola tatanha 'anil fahsya iwalmunkar.

dan kalau parents pon tak kenal tikar sejadah, mane mungkin anak2 rindu dan syahdu tgk kaabah?
Cinderella Rapunzel berkata…
sorang kawan aku, preggo twice. dia ada pendidikan, ada agama, ada kesedaran, ada ibu bapa yang strict, walaupun tak kaya tapi takla miskin.

yang aku faham lepas dia cerita, sebenarnye, dia nk revenge.

tapi aku buat kesimpulan, kurang iman di dada, hati tak kuat.

fullstop.
afrohead berkata…
benda ni orang yang terlebih pendidikan akademik pun buat jugak. senang cakap perkara paling asas tak kuat. pendidikan agama. lagi satu, persekitaran. aku pernah sembang dengan sorang budak perempuan (budak sekolah) di mana dia cakap kawan-kawan perempuan dia kat sekolah cerita romen tu best, romen tu sedap, diorang dah buat dah dengan boyfriend so si pencerita terdetik rasa nak cuba.

lagi pun, kita di zaman input tanpa kawalan. dengan Harian Metro apa kejadah semua. itu tak masuk lagi kalau beli handset dekat kedai cina, taukeh kedai handset bukan peduli yang beli tu budak perempuan masih bersekolah ke ape ke, tetap jugak dia bagi video 3gp percuma dalam memory card.

asas kena kuat. pendidikan agama. kita sekarang berada di zaman "eh biasalah tu. normal lah. semua orang buat apa?"
Tanpa Nama berkata…
Aku ada adik, yang baru-baru ni aku dapat tahu dah terlanjur dgn bf dia. yg kerja pun stakat gaji 8ratus, bila dpt thu dan ktorang mrh. die ckp laki tu terbaik, baik, baik, the best. smpai ktorang mntk rayu tglkan laki tu, dia xnak, dia nak kawin. skolah pun xhabis lg. ktorang rayu lg suruh sedar smpai menjerit ckp nak tgl rumah. mana silapnye? mak ayh aku sembahyang. slh aku ke sbb blaja jauh dr adik xde sape nk peduli? bila dah jd cmni.. aku thu payah.. even tukar skolah pun, xmustahil menda sma jadi. sekali dah kena.. susah nak lepas kn? mesti asyik teringat.. rindu adik aku yg aku anggp still kecik n xthu ape2. rupanya dah pandai mcmtu.. kecewa dan sedih.. smpai msa aku marah bila die xnk tingglkan laki tu, aku tanya, dah sedap sgt ke?? dia nangis, tapi dia angguk. kecewa msa tu Tuhan je yang tahu. Ape aku perlu buat? nasi dah jadi bubur. ssh nak jga adik2 zaman skrg.
sya berkata…
bagi aku perempuan punca kadang2 senanyer. lelaki tak buat kalo perempuan tak bagi... dan. yes. sendiri takde kesedaran.. tu je.hmm
Aslina berkata…
aduii...

takut plak bile pikir nanti anak2 buah aku ni camne? bleh ke survive mcm aku?

huhuhhh...
mye berkata…
apa nak jd dgn ank rmaja kte?..
rsaw plk fkirkan adk2 remaja n ank2 kte msa hdpan...
huhu
Aimi Bahari berkata…
budak-budak sepatutnye dari kecik kita kena rapat dgn diorang. tak boleh terlepas pndang pun. mcm adik i sekarang. dah pandai nak simpan gambar perempuan sexy. hancur hati bila mak bgtau. masalahnya budak2 xtau beza salah dan betul.
Nur Liyana berkata…
merasakn yg psangan tu memg cmfem jd suami/isteri diorang. ada sesetngah buat semua tu utk enjoy. ada jugak yg budget hot stuff bila ramai laki suka. kesimpulannya, semua tutup mata, ikut hati, guna nafsu, buang akal.
laskar pelangi berkata…
tu lah di antara gejala songsang remaja sekarang. semakin menjadi-jadi.. lepas kes maksiat sana sini. ada plak kes buang bayi. sampai bila lah remaja mahu buka minda ke arah positif. hanya fikir mahu seronok dan mahu merasakan diri terlalu bebas. bebas seperti mat saleh kononnya kot...nak tunjuk terror sangat ada pengalaman buat macam-macam..

alhamdulillah dulu takde kes macam nie time zaman sekolah dlu.. takut jugak bila fikir pasal anak muda sekarang. di peringkat sekolah pun dah tau macam-macam. rosak binasa anak muda kita. dah la orang melayu.. ke mana agaknya maruah seorang anak melayu dan sebagai umat ISLAM ...
hatred24 berkata…
suraya itu sperti aku sja.
aku ade bapak berkopiah
mak bertudung labuh
abg2 pangkat ustaz.
aku tak tau mna silap nya

dan aku masih mencari punca
moga mudah aku mencari penawarnya
Diana Zainal berkata…
ngeri dengan keadaan sekarang. mohon agar aku masih mampu menjaga. sungguh dugaan sekarang maha hebat. susah nak persalahkan mana mana pihak. sbb at last, the person jugak yg buat keputusan, jalan salah atau jalan betul. semoga kita sentiasa berada di bawah penjagaan rapi yg maha pencipta. insyallah.
maia berkata…
mak ak selalu pesan, jage yang sulit tu..semua tu depend pd diri masing2, memang arr kite tengok skrg byk citer 'aneh-aneh' bagai..memang syok jew rr bg mereka yg tgok.. tapi kalau iman tak kuat,susa nak ckp ar an.. plus, igt senang ke nak jage diri, nak jage iman. sebab tu agama tu penting. takde agama, hancur le tamadun manusia.kadang2 mak ayah rajin solat, tapi anak perangai perh! sebab tu iman tak boleh diwarisi... peace ^_^v
Miss Petite berkata…
Budak zaman sekarang mentaliti terlampau cepat 'grow up'. susah nak control. mak bapak control kat rumah pun, kat luar diorg still boleh buat macam2.

so, we need to go back to basics. ni semua berbalik kepada konsep iman. Diri sendiri kena pandai jaga asas agama. kadang2 orang zaman sekarang ni memang la bersekolah, dan masuk U, tapi sayang, uneducated enough.

So, pandai2 la jaga diri sendiri...
Tanpa Nama berkata…
serious nk tau,sape perempuan kt gmbr last skali tu? -.-
Alter Ego berkata…
@Hizwan Nizam
this has nothing to do with parents la. why so typical?
Tanpa Nama berkata…
aku rase reason aku still virgin sbb takut tuhan..kalau tak..lama dah aku main..mostly member2 aku main..and ex-bf aku pun suke pressure aku benda ni..and reason y aku asyik single..aku tak suka kena pressure..kalau cinta,tak ada makna nak ajak aku sama2 masuk neraka kan??
Lagenda berkata…
tak boleh blah.
jom senaraikan peranan masing2..
zt-zati berkata…
to me pn, mnde ni mmg scary..
iman kene kuat, that fact..
~mintak2 la jao mnde2 mcm ni..
Unknown berkata…
ignorance is bliss. knowledge is power. you choose.
RogueLady berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zey berkata…
hek eleh. yang pic last tuh tayang satu body, tapi make-up tang muka je. LOL!
TheBentPencil berkata…
@hatred24

honey, I got pals like that too. Ahli surau, kuat agama and all that. nak kata layan Kpop ke porn ke, takde la pulak. tapi...stil tersangkut.

Iman tu, tak dapat diwarisi. Saya faham mudah untuk jadi orang baik kalau didikan agama dari kecil. tapi saya faham juga, tak semua macam tu.

orang kata kepada saya "you boleh berubah babe, you boleh berubah...senang je! you je tak nak!" tp tu bukan hakikatnya.

Ada sesuatu dalam diri dan ia dinamakan KEKUATAN PRINSIP. Ia adalah teras dalam badan kita yang kita rujuk sebelum membuat sesuatu. ia yang kita gunakan setiap kali kita ingin membuat keputusan untuk buat atau tak buat sesuatu.

mungkin bagi saya, saya kena tekadkan prinsip untuk berkata TIDAK kepada sesuatu yang saya tak suka, dan berkata MESTI BUAT kepada sesuatu perkara yang baik.
eyjalukman berkata…
mungkin didikan agama masih kurg . cra psiko pn berguna juga sometimes ;)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.