Barakallah hu lakuma

wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.


Saya dedikasikan ini kepada rakan itu, yang hari ni akan melangsungkan perkahwinan. Dahulunya dia ingin berkenalan dengan saya tetapi saya reject beliau. Tup-tap setahun kemudian dia melangsungkan perkahwinan dengan pilihan keluarga. LULZ!

Baru-baru ini banyak pula berita yang hadir ke telinga mengenai rakan yang akan berkahwin. Hari ini juga tarikh perkahwinan rakan setaman dahulu, yang sebaya TheOtherKhairul. Dan dalam beberapa hari lagi, seorang saudara yang sebaya AlexiaAqram pula akan berkahwin. (Ada la yang bersin kejap lagi LULZ).

Dan dalam kisah-kisah gembira itu pula dengar pula soseh-soseh mengenai rakan yang sudah hampir tiga puluh tetapi masih single, rakan yang sibuk merancang untuk berkahwin tetapi sehingga hari ini masih tiada kad jemputan dititipkan, dan rakan yang mungkin akan dilangkau bendul oleh adik-adik yang lebhi “bertuah” (ehem siapa tu).

Dan mulalah ada yang mencerita, mempersalah dan membanding. “Dah berpelajaran dan ada jawatan kerajaan, kenapa masih single?” dan “apasal kau kena reject 6-7 kali? Kau ada badi cinta agung gagal ke apa? “ serta “tulah, siapa suruh menyombong, jual mahal kan sekarang sudah tak laku” lagi “tak pandai jaga badan sebab tulah tiada orang nak” atau paling pedas “couple-break-couple-break, ni mesti kerjanya main-mainkan hati orang je kan? Puihh!”

Kenapa masih sendiri?
Mudah saja jawapannya, belum jodoh!

Saya teringat semasa saya datang ke perkahwinan rakan sekelas bersama teman-teman sebaya yang sama-sama single. Sedang kami asyik makan, DJ majlis tersebut sindir kami. “Kawan kamu sorang ni dah kahwin. Yang depan-depan saya ni, bila lagi?”

“Dengan mudah saya menjawab BESOK PAKCIK!”
"Alhamdulillah!" reaksi pakcik tu dengan overnya. [link]
Sebenarnya kalau saya nak memang boleh pun saya kahwin esok. Lusa, tulat, tahun ini, tahun hadapan. Tapi jodoh ni bukan “kalau saya nak”, sebaliknya “kalau Allah nak.”

Jodoh bagi saya sama seperti ketentuan hari kelahiran dan hari kematian. There’s a power, higher up that controls all of this. Ada kuasa lebih utama yang mengawal pertemuan dan pepisahan seorang manusia, begitu juga kuasa besar tersebut mengawal mana satu yang akan menjadi persinggahan sementara dan mana yang akan menjadi persinggahan kekal.


Saya boleh bertemu ramai prospek (wah macam MLM pula guna perkataan tu—baiklah, guna perkataan calon), tapi belum tentu prospek calon tersebut adalah yang ditakdirkan untuk kita. No people, I am not making lame excuses to myself for not trying to get laid. Bukan saya memberi alasan kepada kemalasan saya untuk mencari pasangan. Saya cari—saya bercinta, saya berpisah. Saya cari lagi, bercinta lagi berpisah lagi. Tetapi kalau tiada gerak hati yang mengatakan “that’s the one!” siapa saya untuk membantah!

Mungkin orang itu ada di sana. Ya, dia yang di sana itu. Tapi dia belum sedar lagi.

Kepada dia itu, salam perkenalan salam ukhwah. Andainya kita ditakdir berjodoh, doakan supaya kita dipertemukan bawah rahmat-Nya. Dan kalau kita bertemu dan bercinta, tetapi kita bukan jodoh, doakan supaya kita dipisahkan juga di bawah rahmat-Nya supaya kita tidak berpisah sebagai musuh.

P.S. dan kepada yang nak berkahwin hari ini, saya tujukan lagu tersebut untuk anda.

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grant you kids who’ll make your home
Filled with laughter


Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
May blessings of Allah be upon you!link

Ulasan

Milimilo berkata…
Sebenarnya kalau saya nak memang boleh pun saya kahwin esok. Lusa, tulat, tahun ini, tahun hadapan. Tapi jodoh ni bukan “kalau saya nak”, sebaliknya “kalau Allah nak.”


setuju sangat!!heee.let it happen naturally. ;)
MinahSpekMerah berkata…
"Sebenarnya kalau saya nak memang boleh pun saya kahwin esok. Lusa, tulat, tahun ini, tahun hadapan. Tapi jodoh ni bukan “kalau saya nak”, sebaliknya “kalau Allah nak.”"

BETOL sesangat.Ak faham sesangat.
Aslina berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aslina berkata…
kadang2 aku pelik kenapa yang selalu lontarkan soalan tu terdiri dari orang2 tua yang alim dan nampak sangat hebat dalam soal agama...

kecik hati tau dak dengar nada sinis soklan dorang tu...

dah blom sampai jodoh, nak buat camne... kalo tanye pastu sekali dengan tolong carikan takpe la jugak...

heee...

aku rasa kalo bab bercinta ni, masa zaman blaja je kot aku ade masa lapang nak kapel2, jumpe2 orang, kenal2 orang...

start je keje... langsung busy. keje plak ngadap pc. manusia dalam tu plak bape ketul je wujud... tambah2 plak ada boss yang jenis...

"hmm... awak single kan... takpe kan kalo awak keje lebih masa? nanti saya bayar la lebih..."

what can i say? tambah plak dengan keadaan yang semua benda pun nak naik harga....

pastu nak jalan2 pun pikir 3-4 kali... dari bosan2 duduk umah baek gak la setuju je keje lebih2 sikit... bukan pasal tamak duit pun...

ntah. kosong. huhu.
AkuBukanLelaki berkata…
semoga aku dpt 'dia' yg Allah swt takdirkan utk ku tepat umur aku 27tahun..hahhahah
Unknown berkata…
jodoh dan maut semua ditangan tuhan, mungkin ada yang terbaik telah ALLAH tentukan. Kita tak tahu tapi DIA lebih mengetahuinya...^^
Patenggg berkata…
this entry make me happy..
yeah !!!
Akulah Aqilah Itu berkata…
kalau ikot kan hati, sekarang jugak nak kawin. memang kena cincang dengan mak aku la kan kalau aku bagitau mak aku macam tu. heh.
orang kurang rajin berkata…
sangat suka post ini.

InsyALLAH, insyALLAH. :)
dr.radzi berkata…
mungkinkah link yang dimaksudkn tu sepatutmya link artikel lain? hehe, tanye je..=)
TheBentPencil berkata…
@dr.radzi

ya betul. sebenarnya nak link ke picture tu aje. isk2 0_o
TheBentPencil berkata…
@milimilo

btoi tu cik milo! Allah lebih tahu apa masa yang paling sesuai. contoh kita terpaksa tunggu 5 tahun baru dapat kahwin dgn dia. tapi dalam lima tahun tu dia dapat bina kematangan diri untuk bersedia membimbing kita. can i say blessing in disguise? well, Allah lebih tahu. :)
TheBentPencil berkata…
@Aslina

Aslina, you sound like me. and the lots of my pals too. macam geng2 yg sy cerita dalam post tu, kitorg semua single. tapi kerjaya yang menguasai hidup kitorg. Like you, they work 9-5, kekadang OT sampai 2-3 pagi weekend pun ada.dan ada yg tumpu pada kesenangan family dulu. maklumlah, dia susah2 tampung kita belajar. sekarang kita pulak tampung dia kejap. kalau kita kahwin siapa nak jaga mereka? hm...fikirkan!
TheBentPencil berkata…
@mendatak hijau

aiyaiyai! dont say like that!

mana tahu dia datang awal sikit ke...lulz!
TheBentPencil berkata…
@PUTERI DENEBOLA

ya. bagi saya ada sebab kenapa Dia tentukan jodoh pertemuan. sebab daripada jodoh lahirnya zuriat, dan daripada zuriat lahirnya kelangsungan spesis makhluk yang dia jaga dengan penuh kasih sayang.
Kalau jodoh itu Dia 'random'kan tanpa disusun dengan rapi, mungkin generasi umat yang kemudiannya tidak akan berada dalam keadaan optimum. Contoh terlalu banyak bayi tak banyak orang dewasa ke, terlalu banyak lelaki dari perempuan ke...er agaknyalah.
TheBentPencil berkata…
@Akulah Aqilah Itu

Tunggu 3 tahun lagi, dia pulak yang akan tanya. "kalau ikutkan hati, sekarang jugak mak nak kahwinkan kamu. nak tak?" LULZ!
miss lily berkata…
entry nie buat saya rasa lega sgt lps ada rasa frust skit tgk gmbr kwn2 bertunang dan berkahwin sbb xtau bila nak ada gmbr mcm tuh jgk...tp saya kene redha dan pasrah dan terus berdoa agar tuhan temukan jodoh yg terbaik utk saya di saat saya betul2 sudah bersedia utk memikul tanggungjawab yg maha hebat itu...
kikin berkata…
oh. entri ni kene sgt lah dgn situasi sy. time kenduri kawin akak br2 ni, semue org sibuk tanye "kakak awak dah, awak bile lagi?"
err... adelah pulak sy nak tahu bile? prospek pun takde lagi.... haha
GadisKampung berkata…
betol, setuju ngan entry ni. xyah la nak kalot2 mencari. t kalot2 berpisah. xke naye?? da masok main hati n perasaan orang kot tu. kite berbalik pada klu da sampy seru terbukak lah ati n berkahwinlah kite nanti. doa je la yang terbaik.
haizanabdulrahman berkata…
aku pun rasa tahun ni ramai org dok bernikah. lagi tak best, bila makcik-maikcik sibuk tanya, "Kau bila lagi?" relax lah bhai, aku baru 20, belajar pun tak habis lagi ni =_______=

nikah time masih study, what say u ey Terfaktab? :) kalau aku, ini mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu ur studies, especially kalau duduk sebumbung serumah. sbb tanggung jawab tersangat amat besaar, baik as a husband or a wife. tapi abanga aku yg lelaki kata orite je, dia tak kisah (ya, aku perempuan)

what say you? :)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.