Kronologi Lagu Cinta

Orang kata cinta memerlukan lagu,barulah happening sikit cinta tu.


Awal-awal lu jatuh cinta pada seseorang,lagu apa yang bermain kat fikiran lu? Gua yakin 60% dari lu orang mesti macam terdengar lagu hindustan kan kan? Kuch Kuch Hota Hai kan? Jangan nak membongak,mengaku je..Siapa tak mengaku dia minat Bikmama! Tapi gua first time tengok perempuan yang gua jatuh cinta,tiba-tiba gua terdengar lagu ni..




Bila cinta tu dibalas,dan-dan lu orang akan layan semua lagu yang pesen bahagia sampai ke syurga. Bahagia benor la gamaknya tu ye dak? Selalunya lagu time baru-baru nak bercinta ni semuanya rancak-rancak. Kalau jenis orang-orang yang pesen baik atau budak surau tapi tengah bercinta selalunya dengar lagu cinta jugak tapi dari kumpulan nasyid la. Eh,apesal In-Team lama tak buat lagu?



Pungpang pungpang tiba-tiba gaduh atau ada krisis apa-apa. Ah sudah,kali ni secara auto lu orang akan dengar lagu-lagu yang mendayu-dayu. Kalau perempuan gaduh dengan pakwe mesti dengar lagu dari radio sambil sembabkan muka kat bantal atas katil. Kalau lelaki pulak dengar lagu dari henset sambil lepak di tepi pantai.



Gaduh punya gaduh last-last baik semula. Ok,dah boleh dengar lagu yang happy-happy semula. Tapi kalau dibuatnya gaduh tu sampai clash,lu orang akan mendengar lagu yang lagi rabak,lagi melankolik,lagi jahanam.. Selalunya lagu-lagu dari kumpulan rock kapak akan menjadi pilihan ramai.



Lagu memainkan peranan penting. Ada lagu untuk semua jenis situasi cinta. Cinta tak berbalas?Cinta dalam diam?Cinta terlarang?Cinta curang? Cinta tiga segi?Cintailah sungai kita?Semua ada baq hangg..Tak kisah la lagu tu dalam bahasa apa,asal dalam bahasa crotia sekali pun asalkan dapat kena dengan jiwa,lu orang akan dengar..Tapi walau rabak banyak mana pun,lu orang kena kena bangun semula dan buat-buat steady..Spirit la sikit woi!



Lagu cinta gua? Terus terang kabor gua dengan perempuan yang gua jatuh cinta takde lagu cinta. Sebabnya mudah sahaja,selera oldies macam gua tak sama dengan selera dia. Tapi selalunya kalau gua rindu kat perempuan yang gua jatuh cinta,kompem lagu Unchained Melody yang keluar..Keh Keh Keh..



Tapi untuk minggu istimewa ni,gua nak dedikasikan lagu untuk perempuan yang gua jatuh cinta. Harap-harap dia suka. Kalau tak suka nanti gua cari lagu lain ok? Siapa ketawakan lagu gua ni gua terajang tak cakap banyak!






Nota Cinta : Lagu tak mengekalkan cinta tapi cinta mengekalkan lagu.

Ulasan

MinahSpekMerah berkata…
pergh..abang lep2 (walaupun aku tak sure kau muda atau tua dari aku)..best2.
Mashe berkata…
peh.. aku suka lgu yg first tuh...

lgu last tuh *terkejut*
Ibu Ammar berkata…
berlagu cinta, bercinta lagu. macam tak boleh dipisahkan jek. hehe
Cik TeN10 berkata…
2nd song !! my fav tu.. hihi
peek a boo berkata…
Leplep, dalam byk2 lagu, lgu 2nd tu je aku tau. Kekeke

*okay sy dah komen! FZ :)
Unknown berkata…
okey tetibe teringt kat ex bf nyanyikan lagu baik2 syg utk gua. duh ;p
mimihamid berkata…
lagu last tu best ! dah lama xdgr. haha. :P
mimihamid berkata…
btw, ape tajuk dia eh ?
Leplep berkata…
sehati sejiwa aimi,macam kita kan?..kehkehkeh..
aza yunalis berkata…
seriously mne ko dpt lgu last 2.. old skool la duhhh...

abuat ak teringat citer cinderella melayu la... hahahahaha....
aiNa MardHiaH berkata…
lagu last?! hahahahaha.
layan~~
Mawar Berduri berkata…
aku selalu karok lagu last tu.. kehkehkeh..
fatin aiQa berkata…
suka supor dupor okay dekat entry ni :)
babyEYs diary berkata…
dgr je ayat first untuk lagu last tu, aku gelak sorg2..siyes! xleh blah lagu..
hahahahahahaha :D
Apple Xander berkata…
hahaha..lagu last xley blah! jiwang abess..tgkap leleh gilaa lagu tu..layannn ;D kbye ;)
leplep , asal aku cam takleh play lagu kau doh ? sedih gilaaaa :'(
Leplep berkata…
woi woi,gua terajang karang..sweet apa lagu tu?kehkehkeh..
Cinderella Rapunzel berkata…
ok, aku mmg fail bab nak ingat tajuk2 lagu ni..can anybody help list out the titles of the songs?

aku paling suke lagu no.5..lagu semangat??

LMFAO XD
Leplep berkata…
@hayralepas lu tekan button play tu lu kena tunggu lama sikit baru lagu tu keluar..takpun line tenet lu slow..

takpe2,nanti gua nyanyikan untuk lu secara live dan akustik..
ank_amin berkata…
lagu haslinda tuh. fewwwwwiieettt!
pemuzik jalanan berkata…
Haha lagu last yang paling ohsemmmm!
Bapak ahh wehh, gelak guling guling
Berto berkata…
satu lagu gua tekan pon x dapat main. internet hawau betul.
alinlon berkata…
yeah . lagu last uh bes weyy .
ayue! berkata…
hahahhahahahaha...lagu last ta leh tahan der..
nunui Joe berkata…
haha lagu first baikk punya~ :D
faradeeba rosnan berkata…
lagu last yg tk boleh blah.
jiwang berkarat hbis.
haha
Halusinasi berkata…
lagu gaban pun ada..memang bersemangat sungguh! suka...haha

erm, lagu last tu, memang jiwang...teringat cerita ni popular masa kecik dulu...gelak guling2, terkejut dgr lagu ni...

lagu pretty woman dan unchained melody memang lagu best...terbaik!
putra87­™ berkata…
Oldies seh lagu leplep ni... :D
Leng Chai berkata…
ahahhaa pretty woman... lol
kalo aku dengar
cant help falling in love with you
Marlina Salleh berkata…
tak sangka aku laki pon minat lagu yang last 2.ingatkan spesis yang macam aku ja layan.. hahahah...

opsss.. terrrr gelak!
huahaha :p
Shahada Fauzi berkata…
pehhhhhhhh..semua lagu best ni..suka!

awat la tak buh tajuk lagu n link lagu sekali?nak download!hahahaha..;p
Unknown berkata…
wah!!!
layan.
entry ni banyak lagu best.
buka page ni sepanjang hari sbb nak dgr lagu ;p
kaka berkata…
mak aihh lagu las XD
hanis azlan berkata…
sumpah lagu last ni buat aku play 13567898754 kali ! hahaha
Patenggg berkata…
HAH!AMBIK!

1.Roy Obson-Pretty Woman
2.OST Full House-Sha La La
3.Saleem-Benci Tapi Rindu
4.The Rolling Stones-As Tears Go By
5.Gaban Theme Song-Uchuu Keiji Gavan
6.The Righteous Brothers-Unchained Melody
7.Haslinda-Sehati Sejiwa

den memang rajin..HAHA..
leplep king of steady berkata…
@fatenalina lu memang steady fatelina,lu memang steady..
Sue berkata…
bila dengar lagu last tu..
bukan nak kutuk tapi..

gulp!
*tak leh nak habiskan ayat.
hahahahahah! aku tadi-tadi baca main teka lagu apa kau nak bagi...aku bajet lagu last kau stok m daud kilau ke ape sbb oldies...lagu ahmad jais ke ape...tup2 lagu ni kuar...terbaek ah weh! hahahaha
aQi + GenGkey berkata…
deym..
bru arini pasan ade lgu gaban..
keh3..:D
OK boleh terajang gua. KAHKAHKAHKAH perghh lagu last! *pingsan

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.