Konferen Laki Bini #1 - Perempuan Kuat Mengomel


Baru-baru ini, adalah juga aku duduk berbual dihidang capati di pagi hari. Aku jarang jadi akak firma kerajaan yang duduk melepak jam 9-10 pagi dengan forum tidak rasmi. Cuma hari tu aku tak ada mood nak jadi pekerja cemerlang.

Biasalah bila akak-akak duduk berkumpul, cerita kegemaran kami takkan lah tentang buah dada amoi Pertama Complex atau pun kaburetor motor. Paling remeh pun mesti lah tentang resepi sizzling me. Tapi hari itu, aku buka topik tentang perangai sendiri; apabila dealing your life dengan satu lagi hamba Allah yang bernama Suami.

Soalan aku; KAU KUAT MERUNGUT/ MENGOMEL tak?
Nita seorang setiausaha yang luarannya memang seorang yang lembut. Pakai tudung. Baju comel bunga-bunga. Kulitnya putih. Senyumnya tersipu-sipu. 3 tahun aku kenal dia, dia bukan jenis setiausaha yang suka pokpekpoepek macam makcik karipap. Sifatnya yang pemalu lazimnya menggegarkan jiwa jejaka seperti Asyraf Muslim atau jejaka stok Imam Muda misalnya. Tapi dia jawab macam ni;

“Mesti la. Aku tak suka kalau rumah bersepah. Hari-hari aku merungut, membebel dekat suami aku. Suami aku sampai malas nak layan. Hik hik hik,”

Jawapan Kak Azu pun lebih kurang sama. Semuanya akan bercerita tentang rumah. Tentang masalah anak. Tentang masalah yang kalau difikirkan, tidak patut dibangkitkan lansung. Semua perempuan yang ada di situ memberi jawapan yang sama. SEMUA.

Jawapan aku pun sama. Padahal secara lazimnya di kalangan kawan, aku tidaklah seperti itu. Cuma apabila kita dengan suami masing-masing, kita ingin lepaskan semua keluhan. Bukan dengan sesiapa pun. Dengan suami sendiri. Dengan orang yang kita paling selesa. Dengan orang yang dah janji takkan tinggalkan kita walau apa pun baik buruk kita kononnya.

Mak aku pun selalu berpesan, jangan merungut, jangan mengomel, Allah benci. Tapi seingat aku dulu dia la paling kuat mengomel. Dah tua ni dah letih, Abah pun dah tak ada, siapa lagi teman mendengar dia kan?

Tapi separuh lelaki/ suami ramai tak bersedia dengan hakikat ini. Mereka lebih suka menjatuhkan hukum. Isteri yang merungut itu isteri derhaka, tidak bersyukur, ahli neraka dan sebagainya. Semak kepala. Turn off. Tak berselera. Isteri kau merungut 4 haribulan, tapi 2 minggu sebelum tu dia punya sweet kau lansung tak hargai. Kau judge dia start dari 4 haribulan di merungut, sampai lah ke 4 hari bulan hadapan.

Tapi berlainan dengan jawapan Iswan

“Isteri aku Nampak je macam tu, tapi dia punya membebel..Ya Allah. Tapi aku faham la, dia wanita bekerjaya. Stress kat Pejabat lagi, stress nak uruskan rumah lagi. Malam-malam nak susukan anak lagi. Kesian tau. Kadang-kadang dia bangun tidur sakit leher sebab semalaman tidur mengiring untuk susukan anak. Sedangkan kita sedap je tidur. APA GUNA AKU JADI SUAMI KALAU SETAKAT MASALAH SIMPLE MACAM TU PUN AKU TAK BOLEH NAK FAHAM.

Tapi, memang ada orang tak faham. Kenapa ya?

Wan cakap,
“SEBAB LELAKI TU TAK ADA PEGANGAN DAN PENGETAHUAN AGAMA YANG KUKUH. SEORANG SUAMI KENA BIMBING ISTERI DIA. Bukan biarkan isteri dia takde bimbingan, tau-tau je kita nak marah dia macam-macam. Even Saidina Umar yang gagah tu pun..bini dia kuat mengomel dan dia masih bersabar. Itu satu contoh terbaik. Kalau kita boleh ambil cerita Saidina Umar tu sebagai iktibar, insyaAllah….InsyaAllah. Sebab tu pentingnya solat ni. Sujud 34 kali sehari tu banyak faedahnya.”

Aku angguk.

“Kita isteri ni dah macam engineer kepada kehidupan berumahtangga. Kita nak kena make sure semuanya tersusun. Semua cukup. Suami reti bagi je. Depa mana fikir nak susun atur. Semak tau otak. Dah la kerja lagi. Kat rumah dengan anak lagi. Kalau lelaki boleh pertahankan nature depa, depa pun kena faham nature kita yang tak berapa kuat nak tanggung banyak beban camni. So mengomel ja la yang reti. Hik hik hik”

Itu KAWAN aku cakap. Bukan aku cakap. Aku cerita je.

Suami / Isteri adalah cermin kepada diri sendiri. Kita jarang nak annoy kawan-kawan. Kalau kawan cakap kau gemuk, kau boleh gelak-gelak. Kalau suami cakap kau gemuk, terasanya macam hati kena koyak-koyak. Benda tu kau tak boleh persoalkan. Memang kebanyakkan orang macam tu. Susah nak cari orang yang perfect internally. External memang senang. 

Kalau nak perempuan yang sempurna kau kena mati dulu, masuk kubur dan berharap masuk syurga. Itu pun sebelum mati kau kena make sure amalan, ibadah kau layak untuk semua tu.

Kita memang tak perfect. Tapi bukan kah seronok jadi seorang yang boleh merangkumi semua perasaan pasangan kita? Kadang-kadang menyampah, kadang-kadang meluat, marah, geram, tapi dalam masa yang sama dia menyayangi kau sepenuh hati?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
entri yang best sepanjang BW..thanks for sharing
Milimilo berkata…
semalam tajuk #semaniskurma isteri garang macam singa. heee. mengomel bersebab yg munasabah takpe. :D
laskar pelangi berkata…
memang lew perempuan suka membebel.. sweet pe camtu.. =D
Hizwan Nizam berkata…
pompuan ; secara diskriminasi nye, mulut lagi laju dari akal.

laki ; ego lagi laju dari akal.
Didyajustsaytht berkata…
Sayang kak ladynoe!

ini sangat baik.

apalah sangat tensen si suami melayan bini membebel.

cuba try balik kerja terus potong ayam basuh sayur masak sampai malam. pastu cuci pinggan sorang2. pastu buat laundry.

satu lagi saya nak kongsi--semalam saya duduk tingkat atas masa ayah dan mak duduk tingkat bawah di meja makan. pastu pokpekpokpek bunyi suara mak. pastu suara ayah. tinggi pulak tu. macam marah-marah pon ada.

ingat tengah bergaduh pasal kekasih gelap ke apa, rupanya tengah mak tengah complain pasal berita politik dalam buletin utama. ayah pon layankan je.

OMAIGOTT APE LA DATUK SERI TU KAN BAIK TAK PAYAH KALAU PERANGAI CAMTU

AHAH YE LA PRU TAHUN DEPAN SURE TAK KENA CALON BOOO

lols.
Tanpa Nama berkata…
great posting.
Unknown berkata…
terbaik.

tang makcik karipap tu sy gelak,. tetibe trin gat BALAS maharaj lawak. kakakhkakahkah


Permpuan harus mmbebel, tp berpada2, :) suke sangat entry ni :)
Tanpa Nama berkata…
*ah tepuk tepuk tepuk*
Sungguh terharu baca entry ni x tau kenapa tapi mmg terbaik. mengulas segala yang slalu aku nak sampaikan kat husband aku.
afrohead berkata…
selalu aku tunggu penulisan ladynoe kat terfaktab ni.. harap lepas ni lagi kerap. good one ladynoe!
b@w berkata…
itulah kekurangan dan kelebihan masing2 antara laki dan perempuan.kalau dua2 nak perangai laki mmg huru hara rumah.kalau dua2 nak jadi laki memang tunggang langgang rumah.haha

tengok la video dlm blog aku psl beza otak laki n perempuan.siyes lawak.

http://tulisansuaraku.blogspot.com/2011/05/perbezaan-otak-laki-dengan-otak.html

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.