Syarat-syarat menjadi isteri kedua
Hai dan assalamualaikum semua. Ah, abang Aqram yang hensem tapi pura-pura ganas itu telah memaksa kami penulis mengepos tentang poligami minggu ini. Kang nanti dia tak relis check gaji kami pulak. Oh ya, dengar katanya buku Terfaktab tu agak laris. Time kasih korang semua yang membeli. Dapatlah pacal yang miskin hina ini kahwin tahun depan. Hikhik.
Apa-apa pun kalau cakap fasal perkahwinan orang Islam mesti ada terbit isu poligami. Sensitip betei isu ini. Masyarakat tak suka. Tapi agama membolehkan. So nak taknak poligami mesti akan sentiasa wujud di negara Meleis ini. Jadi sebagai warga Meleis yang adil lagi prihatin, saya senaraikan LIMA syarat-syarat/tips-tips penyediaan sebelum menjadi isteri kedua. Sila amalkan yewh gegadis sekalian.
1) kene membiasakan diri tidur sorang.
Siapa jadi madu nanti saya kasi ni. buleh? <link> |
Bosan? Takut? Alah, cari peneman. Bukan Hanakz ikannz ye alls. Anak ikan betul takpe. Takpun bela kucing comel. Macam si Izzah Ombak Rindu tu. Eh tapi dia isteri pertama? Ah, sama je dik. Pertama ke kedua ke ketiga, bukan suami duk mengepit 24/7. So kena la cari benda untuk mengisi masa lapang.
And this brings us to number two, iaitu...
2) mempunyai hobi masa lapang
-kalau korang tengok cite TV, isteri2 bermadu ni macam rajin bebeno set rambut pergi shopping bagai. Ye lah, dah suami selalu takde. Kang duduk terperuk dalam rumah tu, gile jadinya. Oleh itu kenalah ada hobi masa lapang. Lainlah kalau hobi korang itu stalk Facebook isteri pertama lepas tu troll wall dia pakai sockpuppet account.
Saya harap anda merajinkan diri keluar rumah buat-buat perkara berpekdah. Alang-alang keluar, mana tahu dapat jumpa rakan-rakan seangkatan. Boleh buat kelab Madu-Madu Terbilang. Pastu buat amal jariah sikit, untung-untung lagi glemer daripada Kelab Isteri-Isteri Menteri milik si Cik Bik Mah tu.
3) kemahiran main sorok-sorok
Ha, ni kemahiran yang essential tahu. Lagi-lagi kalau madu tu jenis cepat naik darah. Maklumlah, makan hati hari-hari, mana tak naik paras kolesterol (OK nerd joke). Kalau suami lupa balik rumah diorg ke outstation ke hilang pergi tablik 40 hari 40 malam je, percayalah, isteri kedua la yang diorg cari dulu. Apa diorang kisah anda tengah mesyuarat ke, tengah melabur ke, tengah main hashtag ke, dia serang hentak berlipat terus. Muahaha!
Oleh itu anda kena la pandai menyorok. Tau mana safe exit dalam bangunan pejabat. Letak stiker glo in the dark kalau boleh, kang dia serang dalam gelap dah macam muvi Psiko pulak. Dan, sorok extra kunci rumah/kereta kat mana-mana. Taruk extra baju dalam bonet kereta, mana tau dia tunggu depan rumah dengan penyapu sebatang. Dan oh ya, simpan rembut pelesu dan topeng muka sekali. Kang dia cari kat tengah jalan, dia tarik-tarik rambut, nayaaa!
Bukan topeng muka macam Leplep ni ye. Kalau gini dari Google Earth pun boleh nampak. LOL |
4) rajin beli hadiah kepada diri sendiri
Apekes la pulak kena beli hadiah? Eh bukan biasanya isteri kedua ni dapat bermacam-macam-macam ke? Time dating dapat rumah kereta bagai, topup BIS pun sentiasa penuh, baju Toshop beg Gucci Prada bagai, banyak kan hadiah tu?
Well, awal je dik. Tapi adik mana tahu duit dia dalam bank tu banyak mana. Lainla adik sekretari dia kannn (apasal orang selalu tuduh sekretari skendel dgn boss? Oh tidakss). Adik sini kak nak habaq mai (awat la aku dah cakap kedah ni oii), duit tu lama-lama habis jugak. Lagi-lagi kalau gaji tu tak sebesar Abam Salih Yaakob. Yes, dulu time beristeri satu memang la boleh breakfast Starbuck tiap hari, tapi bila dah beristeri dua, semuanya automatik terbahagi dua. Nak-nak kalau bini pertama jenis kontrol. Bukan bahagi dua, 90-10 lagi hang tau.
Nanti bila dah besday ke 45 ke 46 ke, tak yah tunggu abam sayam, ambil inisiatif sendiri; beli la hadiah kat diri sendiri. Pi Jusco sale, beli handbag, balut dalam kertas kilat-kilat lepastu reben besar bagai, letak depan rumah. Tepat pukul duabelas cakap SEPRAIIISSSSS!! Pastu buat gaya OMAIGOT OMAIGOT sambil tweetpic kat member. Baru la member tahu bertapa rasa kebahagiaang bermadu ineh.
Apa? preknensi test? takde taste la I ni. <l> |
5) syarat paling penting. Haaa dengar ini dengar.
Syarat paling penting ni syarat pertama sebenarnya sebelum kahwin jadi bini muda. Saja letak last supaya siapa yang baca skim laju-laju tu terlepas pandang dan tak dapat ambil berkat tip paling penting ini. Woha! Padan muka, nanti kahwin tak lama. Oh, jadi inilah syaratnya:
Time takel, ce jangan berdating berdua-duaan. Jangan tengok wayang. Jangan pergi check in hotel mahal mahupun murah. Jangan bercanda di tepian pantai sambil membuat gaya tanduk setan dengan botol air mineral. Or paling kurang guna bomoh minyak dagu nasi kangkang sebagainya.
Ye la, kata sangat nak berpoligami ikut sunah Nabi SAW kan? Cuba ikut sunah Nabi untuk SEMUA sekali termasuk proses taaruf dengan si calon suami itu. Nabi mana ada buat tengok wayang bagai. Ajak bakal bini pergi majlis tarian gelek pun tak pernah rasanya.
Apa? Kalau tak berdating tak keluar tengok wayang, nanti tak timbul rasa sayang? Well, kan awak kata ni cinta sejati. Love conquers all bagai. Kalau betul cinta sejati duduk terpisah beribu batu tak jumpa setahun pun masih cinta bukan. Hikhik. OKtata!
Ulasan
@alice: anak jiran tu stay up malam apa pasai? ohh nak mengendap bini kedua ni ye...kihkihkih
"abang nak kawen ye? nak dating ajak saya. berdua nanti, yang ketiga itu satan bangggg..."
kacang je tuh, masa kecik2 dulu expert bab2 sorok menyorok nie...