Poligami Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Mula-mula masa abang nak tulis karangan abang ini tadi, abang tak perasan pulak yang minggu ini ialah Minggu Poligami. Abang dengar je poligami ni terus tegak bulu roma abang. Engko tahu kenapa? Abang tak boleh dengar benda-benda macam ni. Lagi-lagi yang boleh menyebabkan kaum perempuan menangis sedu-sedan bila kena dimadukan. Biar peduli kalau ada orang lain cakap dapat payung emas. Sebelum engko nak kahwin lagi satu, mari sini abang hempas muka engko dengan payung cap Bonia ni. Mahal payung ni. Abang baru beli itu hari masa pergi New York. Siap lah engko.

Apa-apa pun sebelum abang nak tulis karangan pasal poligami ini. Abang nak mohon maaf sebab tak dapat tulis untuk slot Ahad lepas. Sibuk kerja lah dik. Harap engko sudi maafkan abang sebab abang ni duda. Taitel duda ni selalu macam orang teraniaya jugak. Macam perempuan kena madu lebih kuranglah.

Biar abang terus teranglah. Kalau engko rasa abang ni lain macam, engko boleh cakap. Tapi, abang memang tak setuju dengan poligami. Abang hanya berkenan dengan monogami sahaja. Poligami bagi abang bila tengok zaman sekarang, selalu gagal dari berjaya. Itu yang abang lihat pada mata abang. Ha, abang cakap macam ini, jangan pulak engko kata abang tolak agama pulak atau pilih cara agama lain pulak. Benda ini abang tak nak kait dengan agama pada niat abang. Boleh tak engko anggap ini pada persepektif saja? Ala, lebih kurang macam kalau cakap kat sini, habis kat sini je lah. Jangan bawak ngadu pergi mana-mana pulak. Abang piat telinga engko karang.

Perempuan bagi abang baik yang dah menjanda, dah membalu, dah kahwin, masih bergetah, anak dara, yang tak berapa dara, sunti, remaja, hatta sampai ke budak kecil sekalipun, adalah insan yang secara otomatiknya kurang gemar berkongsi. Dekat sini abang tuju pada kongsi kasih sayang dari orang yang dia sayang. Kalau kurang rencah, boleh tambah. Kurang sedap, boleh tekan dalam lagi. Tapi kalau kurang kasih sayang, belum tentu boleh ukur dan memang orang lelaki akan garu kepala nak curahkan kasih sayang sampai cukup untuk puaskan orang perempuan. Abang tak tipu, engko kalau tak percaya engko tanya Datuk Seri Najib. Engko tengok muka Rosmah pun engko dah tahu adakah si Rosmah puas ke tidak dengan kasih sayang. Maaf lah. Saja abang melawak.

Lagipun engko sendiri dah pernah baca bukan berita-berita pasal kahwin lagi ni yang sampai laki dia kena simbah asid satu hal, kena potong kemaluan satu hal, kena terajang satu hal, ada siap tu sampai kena kerat masuk dalam peti ais. Mau engko tak gila bila baca. Perempuan zaman sekarang ini banyak yang ganas. Abang rasa mungkin dari sikap rebel. Atau sikap suka melabel dan paling tepat, membebel.

Jadi, engko lupakan je lah nak kahwin lagi dan poligami ni. Cukup-cukup lah dengan seorang perempuan. Abang tak sanggup nak tengok perempuan berderai air mata, apatah lagi tengok ada lelaki yang jadi arwah. Lagi tak sanggup bila tengok perempuan sama perempuan bergaduh berebut kerana hanya poligami. Engko yang tak kahwin bolehlah cakap mampu tak mengapa, tapi abang yang dah kahwin ini cakap mampu tak mampu bukan buktinya. Depan mata abang ada orang perempuan pernah hulur pisau kalau abang berani kahwin lagi satu. Tak cukup tanah abang berlari engko tahu? Nasib baik sekarang abang dah menduda. Kalau tak mesti abang sendiri dah arwah. Jadi abang nak tanya pada perempuan yang menjanda;



Ada nombor telefon?



Wassalam.

Ulasan

vampire's lovex berkata…
hahahaha lawak pon ada.
Erzarita Scarlet berkata…
haha...part nk no tepon mmg terbaik....yup, x ramai ppuan yg sanggup berkongsi barang apatah lg kasih sayang.....ssh2...hihi
nur berkata…
terbaik lah abg borhan , good job bro . hahaha :D
fi berkata…
/me dara. nak no fone? haha
Cik Yuyu berkata…
hurm.... kalau redha suami kawen lain takpela. tapi perempaun biasa macam saya ni, xnak berkongsssssssssssssssiiiiii! mane boleh nk share22222222.
Unknown berkata…
hahhaha..nk ker nombor tepon..??
TheBentPencil berkata…
sebenarnya dari dulu lagi saya musykil abang borhan ni siapa...huahua

duda yeh?
nah saya ada nombor anak che wan. ala Rogetah tu.
Tanpa Nama berkata…
Ayat pancing yerr abam borhan.....hahaha...WINNN!!!
silent berkata…
monogami itu lebih sunnah sebenarnya.

Rasulullah poligami di akhir-akhir hayatnya.....
Tanpa Nama berkata…
gud job abam borhan!
tak lama lagi boleh la kami makan nasi minyak kenduri ni..

-pankopen-
fahmi berkata…
haha..terbaik la abg borhan.sempat lg jual minyak ye. part tak bleh blah,kurang sedap boleh tekan dalam lagi..
Tanpa Nama berkata…
terbaikkk! *bak kata boboiboy*. :p
caya lah abg borhan! suke dgn penulisan abg borhan! :D
Nur S. berkata…
kalau bini tak setuju laki dia kawin lagi, mesti laki pakai hujah itu sunnah. masalahnya sunnah tu je yg dia ikut. sunnah qiamullail, tolong isteri urus rumahtangga, blablabla... yang tu takde pulak nak ikut.

p/s: erm, aku tak nikah lagi. ni semua pengaruh drama melayu dan slot DCCK dalam newspaper dulu ;p

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.