Awak, jodoh itu rahsia Allah
Berikut ialah entri yang dikirim oleh saudara Ceghap di email kami creativesupport@terfaktab.com . Sebuah entri yang mengajak kita berfikir tentang jodoh. Jika anda ada entri yang baik untuk dikongsikan, sila email kepada kami ya!.
Assalamualaikum. Aku ceghap. Aku saja nak menumpang tulis kat sini. Sekian. Aku saspek yang mesti segelintir dari pembaca terfaktab ni sendiri pernah post status seperti di bawah ni tak kira sama ada di facebook mahupun laman sosial lain. Mesti ada punya tak payah nak bohong lah.
Assalamualaikum. Aku ceghap. Aku saja nak menumpang tulis kat sini. Sekian. Aku saspek yang mesti segelintir dari pembaca terfaktab ni sendiri pernah post status seperti di bawah ni tak kira sama ada di facebook mahupun laman sosial lain. Mesti ada punya tak payah nak bohong lah.
Awak jodoh itu rahsia Allah..
☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana awak setia...
SEHEBAT mana awak merancang...
SEJAUH mana awak menunggu...
SEKERAS mana awak bersabar...
SEJUJUR mana awak menerima saya...
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..
Aku sebenar nak komen sikit pasal statement di atas ni. Korang sebenarnya tahukah apa yang korang post ni? Terutama barisan yang aku dah boldkan dan warnakan Merah tu. Kelakar la korang ni. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kita tetap tidak akan bersama? Ya aku tahu semua yang berlaku memang sudah tercatit di loh mahfuz sejak awal dahulu lagi. Tetapi tidakkah kamu tahu tentang sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah? Tepuk dada tanya selera.
Aku rasa tak perlulah aku huraikan kesemua sifat-sifat tu sebab korang dah pandai guna google kan? Cuma aku nak terangkan sedikit sahaja. Sifat-sifat Allah, Allah ada 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus. Kat sini aku nak huraikan tentang 1 sifat harus bagi Allah. Apa ya? Sifat harus bagi Allah adalah BERKEHENDAK ya adik-adik.
Ha! Jadi komen aku pada statement "Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama.." adalah, dapatkah korang hubungkaitkan 1 sifat harus bagi Allah dengan statement ini? Masih belum? Isk kamu ni takkan lah masih belom faham? Owh lembab betul kamu ye. Mari abang terangkan.
Ya seperti yang diterangkan pada awal tadi, memang betul semua perkara yang berlaku sudah tercatit di loh mahfuz. Tetapi dengan 1 sifat harus Allah, Allah boleh menukarnya jika Allah berkehendak untuk berbuat demikian. Kun fayakun (Jadilah, maka jadilah). Jika Allah tidak boleh menukar peraturan yang Dia cipta maka bukan tuhanlah Dia. Betul kan?
Mungkin ada yang bertanya, kenapa Allah nak tukar pula? Allah boleh tukar kalau dia suka. Misalnya Hambanya berdoa kepadanya. Allah kan maha memberi, maha mengasihani, maha penyayang. kan? Dengan berkat usaha, doa, dan tawakal, tak mustahil Allah berkehendak untuk menukar apa yang telah ditulis di loh mahfuz.
Ok. tu saja komen aku pada status tersebut. Dan aku berharap dapat menukar mentaliti segelintir masyarakat kita. Aku juga harap yang ini boleh menjadi info berguna kepada semua. Semua yang baik sesungguhnya datang dari Allah dan yang buruk adalah dair kelemahan saya sendiri. Semoga hidup anda diberkati Allah. InsyaALLAH. wassalam.
Ulasan
malangnya bila orang itu dikahwini dan kita mendapati dia mempunyai kekurangan, apakah kita berfikir "ah, ni mungkin bukan jodoh kita, kita harus berpisah."
ah, itulah yang menyebabkan penceraian yang banyak sebenarnya kan?
pokoknya, soulmate itu bukan "diberikan" kepada kita tetapi "dibuat" oleh kita. Kalau ada kekurangan, kita terima dan kita sesuaikan. tak perlulah kata "ini bukan jodoh aku yg Allah takdirkan etc etc"
wallahualam
*bunyi gay siot*