Kejahilan Yang Tersayang.
Kalau kau sayangkan dia, kau takkan biarkan dia terus sesat. Kau pula larikan diri, selamatkan diri dari lumpur yang menarik kau ke dalam. Tarikhlah jiwa dia untuk sama-sama mendalami kebaikan dan tinggalkan kesesatan yang dia agungkan. Tarik sekuat hati. Tarik! Tarik lagi! Biar sampai dia sedar yang dia sedang berpijak pada malam hari, bukan lagi waktu siang yang boleh dia hidup senang lenang.
Itu kalau kau benar-benar sayang dia dan tak mahu tengok dia terus hanyut. Dan hanyut. Dan hanyut. Apa yang kau dapat jika kebaikan yang kau buat, dan orang yang kau sayang pula terus dirantai dengan kejahilan? Dan kau bangga dengan kebaikan kau depan dia sambil menjerit pada orang ramai,
"Hey lihat lah kebodohan yang dia lakukan. Sebab itu aku tinggalkan apa sahaja mengenai dia, kerana dia kotor! Kotor! Kau lihatlah kekotorannya! Kita orang baik-baik seharusnya keji dan ludah orang begini. Aku tak sanggup lagi jadi seorang manusia yang jahil dan ikut sahaja telunjuk kejahilan dia!"
Kalau kau sayang dia, kau takkan buat begitu. Ingat, sayang bukan cinta. Tapi cinta itu sayang.
Ulasan
bukan sekali, banyak.
mula2 die akur.
tapi die ulang semula.
akhirnya, aku yang kalah.
aku yang terikut rentak lama balik.
slah ke kalau aku tinggalkan?
tak cukup lagi ape yang aku korbankan?
sekarang, aku yang dipandang kotor.
orang tak tau ape die dah buat.
rujuk komen ezatti. :)
memang, sampai skang kesan die.
sory la trkomen pnjang, geram sangat. thanx bro.
Ramai yang cuba tarik dia. Dah selamat, kemudian dia sengaja terjun masuk ke dalam lumpur tu balik. Salah siapa?
Orang dah bagitau,
jangan main dekat lumpur tu -- bahaya.
Tapi dia nak main jugak. Sengaja terjun pulak tu.
Dah penat tarik dia. Karang terjatuh sekali dalam lumpur tu pulak.
Blahh ajela. Penat.
Sekarang, tak tahulah sama ada dia dah tenggelam dalam lumpur atau berjaya selamatkan diri.
Bila pikir-pikir balik, terasa macam pentingkan diri. Rasa menyesal. Entahlah.