Hari Ahad Bersama Abang Borhan Entah Ke Berapa

Asalamualaikom warahmatullahiwabarokatuh.

Long Island, New York. Bangun pagi tadi, di negara orang, buat abang rasa rindu dengan Manjoi, Perak. Kampung yang abang telah tinggalkan selama sepuluh tahun itu apa ceritalah agak-agaknya? Makwe abang malas nak cerita. Karang kalau abang cerita engko mungkin tak percaya dulu abang memang takde makwe kat sekolah. Abang dulu budak-budak sekolah abang memang benci ke abang. Sebab abang pengawas sekolah yang suka catit nama budak-budak ni dalam buku tiga lima. Ha sapa suroh engko datang lambat?

Abang nak bercerita pasal lelaki yang ramai peminat. Tapi abang rasa abang tak layak nak cerita sebab abang tak pernah ada ramai peminat masa sekolah mahupun taim unibersiti. Jadi, abang cuma boleh ceritalah dari pandangan abang yang tengok dengan mata kepala sendiri, pada kawan-kawan abang yang jenis banyak peminat.

Nama dia. Aliff Aziz. Bukan penyanyi tu. Bukan.

Aliff ni kalau tak iye abang rasa mungkin dia akan ada bini banyak sebab amboi kemaen kepak dia kat unibersiti dengan makwe keliling pinggang. Sorang budak enginiur, sorang budak kimia, sorang ni budak meskom, bahasa, seni dan apa saja kos yang ada kat unibersiti tu dia ada makwe. Atau bahasa lembutnya, ramai peminat.

Hari ini dengan budak ni, hari esok dengan budak lain study sama-sama kat perpustakaan, hari esok berendut kat tepi tasik dengan budak ni pulak. Tulat abang tengok jalan pimpin tangan dengan lecturer janda. 

Baik baik. Yang lecturer tu abang saja tambah. Astaghfirullah nambah-nambah cerita pula ye dak? Sebenarnya abang jeles sikitlah. Ada sikitlah jeles. Engko macam tak paham pula naluri lelaki jeles tu macam mana ye dok?

Tapi tapi tapi!

Semalam kan abang bukak fesbuk. Abang jumpa budak yang banyak makwe ni masih tak kawen-kawen lagi walaupun umur dah tiga puluh ****. Abang kengkadang pelik jugak, adakah lelaki jenis banyak makwe memang kahwen lambat atau susah nak kahwen atau tak payah nak nikah sebab dah puas kahwen?

Cuba engko yang ada pengalaman benda ni cerita sikit ke abang. Abang nak dengor juga.


Ha kabor sikit kabor sikit!

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.


p/s : Ni Ahad belah New York. Engko apa tahu?

Ulasan

tira berkata…
Baru nak cakap kat sini dah isnin. Haha. Kelakar la abg borhan ni. Nice post btw. :)
BUKAN_BIMBO berkata…
Abang borhan dari manjoi? eh tempat i tu!
cik bella tan berkata…
Keep on curious the existance of u abg borhan. Manjoi? Kg mana? Megat terawis? Kecik dunia kalau beno dr situ. Tak susah nak cari pun
Adziim berkata…
Dah bnyk perabis duit kat peminat2 tu semau cmne nk ada duit kawin.
Myra.KS berkata…
hahaha..entry abg borhan always the best!
memang betol kot laki hensem ni kwn perempuan je ramai, tapi sorang pon xmelekat. maybe sebab susah nak jumpe yg betol2 iklas nk dbuat pasangan ats dsar bukan skadar paras rupa.
lagipun banyak dugaan pasangan hensem/ cantik. huhu
Cikya berkata…
Err. Bro. Aii ada sepupu. Dah 30++ tak nikah lagi.
Beliau bukan player. Hensem, gaji besar pegawai bank kebenda tah...
Silapnya. Beliau digilai oleh janda kaki mandrem.
Ha kau. Dah try byk kali nak matchmaking. Jenuh berubat tak lekat bakal jodoh.

Kes ni camno Bro? *tipikal tak?* *tipikal kan?*
Eh. Long Island. Aii cottage Island. Eh. :)
nabilah shuaid berkata…
silibin sini! silibin!
mr E oSk girL berkata…
mungkin sebab terlampau choosy smpai menyebabkan dia terlepas semua peluang~

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.