Sialan
Paling sialan dalam cinta
Namanya masa
Dia menghukum saat kita lupa
"Ini hari lahir saya,
mengapa tiada ucap selamat dari dia?"
Paling sialan dalam cinta
Namanya masa
Dia mengejek andai kita ternanti terlalu lama
"Lihat dia kini gembira,
bersama sang lain kerana kau penangguh alpa."
Paling sialan dalam cinta
Namanya masa
Dia membunuh waktu rindu bernyala
"Semakin ditunggu saat bersua,
semakin aku sengsara."
Siapa yang bersuara dalam tiga rangkap tadi?
Ini manusia sarat bangga diri
Betapa aku dipanggil sialan, dicaci
Betapa kau lebih durjana berasa lebih tuhan berbanding Ilahi
Hanyut dalam kasih dan saat tak dihitung lagi
Aku sang masa akan kekal di sini
Sehingga Dia mahu putar dunia berhenti
Sialan itu bagi yang tak mengerti
Bahawa aku cuma penanda gerak hati
Namanya masa
Dia menghukum saat kita lupa
"Ini hari lahir saya,
mengapa tiada ucap selamat dari dia?"
Paling sialan dalam cinta
Namanya masa
Dia mengejek andai kita ternanti terlalu lama
"Lihat dia kini gembira,
bersama sang lain kerana kau penangguh alpa."
Paling sialan dalam cinta
Namanya masa
Dia membunuh waktu rindu bernyala
"Semakin ditunggu saat bersua,
semakin aku sengsara."
Siapa yang bersuara dalam tiga rangkap tadi?
Ini manusia sarat bangga diri
Betapa aku dipanggil sialan, dicaci
Betapa kau lebih durjana berasa lebih tuhan berbanding Ilahi
Hanyut dalam kasih dan saat tak dihitung lagi
Aku sang masa akan kekal di sini
Sehingga Dia mahu putar dunia berhenti
Sialan itu bagi yang tak mengerti
Bahawa aku cuma penanda gerak hati
Ulasan
tapi masa yang sesuai semakin lari dari kita.
haiss!
Pecah?
Menarik.
Sepatah. Gua nak cakap terima kaseh sebab mampu tulis karya buka mata.
awaken.
wide awake by katy perry.
banzai